~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Jumaat, 11 Mac 2011

Sebab mengapa rakyat malaysia perlu bangkit-sebab 1

Pemerintah Yang Tidak Amanah


Kuasa pemerintahan merupakan amanah yang amat besar yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada sesiapa yang dikehendaki. Namun yang demikian, pemimpin BN telah mengkianati amanah yang diberikan untuk terus menzalimi rakyat. Mereka menggunakan amanah yang diberikan untuk kepentingan peribadi.Terlalu banyak wang rakyat yang diamanahkan untuk mereka menguruskan dengan betul tetapi diseleweng dan digunakan untuk hal peribadi mereka dengan membeli rumah dan kereta mewah yang melampaui batas.

                                                        Harta rakyat...harta mereka??

Malahan mereka juga mengkianati amanah kepada agama.Mereka bukan sahaja menolak hukum Islam malah mereka juga bersama-bersama menentang perjuangan Islam dengan bersungguh-sungguh.Pemimpin-pemimpin Umno juga mengkianati amanah untuk membela bangsa.Kepercayaan melayu kepada Umno untuk membela bangsa melayu dikianati dengan menipu bangsa sendiri dengan pelbagai penipuan sistematik yang sangat merugikan bangsa melayu.Natijahnya, bangsa melayu terus hidup dalam kemiskinan dan ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain.Umno bn juga mengkianati amanah rakyat untuk mentadbir negara dengan adil.Tetapi mereka melakukan pelbagai rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pembaziran secara besar-besaran untuk mengkianati amanah rakyat....

                                                   Pemimpin amanah disayangi rakyat

Gelombang Kebangkitan rakyat...Suara orang muda,,pencetus revolusi!!

Mengapa rakyat Malaysia perlu bangkit??

Kebangkitan rakyat terus menular di banyak negara di Asia. Kebangkitan rakyat yang dulu sering dipelapori oleh masyarakat Eropah kini mula menjalar ke Asia dan Afrika. Gelombang kebangkitan rakyat yang pernah terjadi di Amerika Syarikat, Iran, India, Thailand kini mula menular di negara-negara Asia Barat. Banyak diktator mula ditumbangkan oleh api kemarahan rakyat yang semakin membara terhadap kezaliman dan penindasan pemerintah. Pemerintahan kuku besi yang diamalkan oleh  Ben Ali di Tunisia, Hosni Mubarak di Mesir dan Gaddafi di Libya menyebabkan rakyat mula bangkit.Negara-negara yang terkenal dengan kekayaan hasil minyak ini menyaksikan bagaimana hampir keseluruhan penduduknya begitu daif dan miskin sedangkan pemimpin-pemimpin negara hidup dalam kemewahan yang melampau..




Di Malaysia, sebagai sebuah negara yang mempunyai hasil minyak dan hasil bumi yang lain, namun malangnya masih ramai rakyat hidup dalam kemiskinan. Masih ramai rakyat yang tidak mampu untuk mempunyai rumah sendiri ataupu menyewa rumah, masih ramai rakyat yang tidak mampu mempunyai kenderaan sendiri, terlalu ramai rakyat yang tidak mampu menghantar anak ke sekolah mahupun pusat pengajian tinggi, masih ramai rakyat yang terpaksa mengikat perut dan terlalu ramai rakyat yang menganggur  tampa mempunyai pekerjaan.Namun malangnya, ditengah-tengah ribuan peminta sedekah, pemimpin-pemimpin negara hidup bermewah-mewah, ditengah-tengah ribuan rumah-rumah hampir menyembah bumi, naiknya mahligai-mahligai pemimpin meninggi langit, ditengah-tengah rakyat mengikat perut berjimat cermat, pemimpin2 berjoli sakan tak kira tempat. Itulah realiti kehidupan di Malaysia.Walaupun cuba disembunyikan oleh media massa arus perdana.


Bayangkan ketika rakyat bergelut untuk melepaskan diri daripada jerat kemiskinan, namun rakyat terus ditekan da ditekan selumat-lumatnya. Pelbagai jenis cukai yang membebankan rakyat seperti cukai pintu yang terus meningkat, tol2 lebuh raya yang semakin tinggi dan yang terbaru ialah jerat saman ekor yang begitu zalim.Saman ekor merupakan satu jenis kezaliman yang amat zalim kepada rakyat.Rakyat terpaksa membayar saman beratus-ratus ringgit bagi mengelakkan disenarai hitam dan ditarik lesen memandu. Saman ekor juga senang untuk dimanupulasi seperti kesalahan had laju dan macam-macam lagi walaupun banyak kes kesalahan itu tidak dilakukan dan tidak mempunyai bukti.Penarikan subsidi minyak petrol,minyak masak, beras, gula dan lain2 keperluan harian menyebabkan rakyat semakin terhimpit. Kenaikan harga minyak petrol(walaupun Malaysia adalah pengeluar minyak) menyebabkan rakyat merasai tekanan.Bayangkan seorang yang bergaji RM 2000 hingga RM 3000 di bandar masih dikelaskan sebagai golongan miskin akibat taraf hidup yang amat tinggi. Mereka terpaksa membayar tol beratus ringgit sebulan, pelbagai jenis kompaun , saman trafik, sewa rumah, ansuran kereta, bil air dan elektrik, bil telefon, penjagaan anak, dan pelbagai jenis bayaran yang sangat membebankan rakyat.



Tarif elektrik dan bil air yang melambung tinggi juga antara punca yang menyebabkan ketua isi rumah tidak dapat tidur malam.Perswastaan syrikat air dan syarikat pembekal tenaga menyebabkan bil air tidak dapat dikawal lagi. Perswataan menyebabkan keperluan asas rakyat dijadikan sebagai peluang perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi.Bayangkan pengerusi Syabas(syarikat Air Selangor) berpendapatan hampir RM425,000 sebulan.Sedangkan rakyat terus tertekan dengan kenaikan bil air.





Ditengah-tengah kesempitan dan tekanan rakyat, gaji menteri2 kerajaan berjumlah hampir RM 50,000 sebulan,selain mendapat keistimewaan kereta,rumah,bil air dan bil elektrik percuma. Elaun percutian, elaun rumah terbuka berjumlah rm 500,000 dan bermacam2 pembaziran. Dari manakah kerajaan dapat wang sebanyak itu untuk menanggung seorang menteri? Tak lain dan tak bukan duit dari cukai2 dan saman2 yang rakyat bayar!



Apa lagi yang perlu ditunggu oleh rakyat Malaysia. Kuasa ditangan anda!!

Sabtu, 5 Mac 2011

Kebangkitan rakyat Libya

Perkembangan Kebangkitan Rakyat di LIBYA

Tahukah anda? Libya kini bergolak apabila rakyat mengadakan tunjuk perasaan mendesak Muammar Gaddafi meletak jawatan tetapi pemimpin veteran itu bertindak balas dengan menentang gerakan antikerajaan menggunakan kuasa tentera sehingga mengorbankan lebih 1,000 orang setakat ini.


Kebangkitan ini adalah tempias daripada gerakan revolusi di Tunisia, Mesir dan kini kebangkitan ini semakin hebat di Libya. Muammar Gadaffi sudah memerintah Libya selama 42 tahun dan lebih lama lagi daripada Hosni Mubarak dan sekarang nampaknya lebih kejam daripada Hosni Mubarak. Ingtkan Hosni Mubarak dah cukup kejam. Rupenya ada lagi. Begitulah dalam hidup kita, kadang2 kita rase kita ni dah jahat, rupenya ada lagi yang lebih jahat dan apabila kita rase kita ni dah baik, rupenya ada lagi yang lebih baik daripada kita.. Jadi sejahat mana pun kita, belum terlambat untuk kita bertaubat dan jika kita baik, maka bersyukurlah dengan nikmat pinjaman Allah itu.


Seramai 131 rakyat Malaysia yang terperangkap di Libya berjaya dipindahkan ke Tunis, Tunisia pada pukul 12 tengah hari semalam berikutan ancaman keselamatan yang semakin memuncak di negara bergolak itu.
Alangkah lagi malangnya, Muammar Gadaffi ni siap suruh bedil lagi rakyat dia yang menuntut keadilan. Inikah pemimpin yang kita cari? Gaddafi sudah memerintah selama hampir 42 tahun dan beliau berkuasa menerusi rampasan kuasa aman semasa pemerintah Libya, Raja Idris mendapatkan rawatan perubatan di luar negara.


Dahulunya kebangkitan rakyat di Tunisia dan merebak ke Mesir. Sekarang di Libya, selepas ini? Ayuh kita kongsi perkembangan revolusi dan kebangkitan rakyat supaya kita sama-sama tahu bahawa dunia kini semakin di akhir zaman, Islam mula bangkit dan petanda-petanda akhir zaman semakin jelas dan bertambah-tambah. Hayatilah dan fahamilah isu kebangkitan ini supaya kita tidak menjadi golongan yang rugi.
Kongsilah dengan rakan-rakan, nak copy paste dari ini pun amiklah. Moga kita dapat sedar yang Islam semakin bangkit, tinggal diri kita je dah bangkit ke belum dalam melawan diri sendiri?

Kebangkitan Rakyat Mesir

Proses kebangkitan Mesir Berbicara tentang Ikhwan Muslimin - A. Lutfi Othman

Revolusi Mesir: Di mana kedudukan Ikhwan Muslimin?
Ahmad Lutfi Othman 

Kebangkitan rakyat Tunisia sehingga dapat menggulingkan diktator Zine El Abidin Ben Ali dalam waktu begitu singkat kini menjalar ke Mesir, dan berpotensi cerah meranapkan banyak lagi pemerintahan kuku besi di rantau Arab. Siapa pun tidak dapat menduga, anak-anak muda yang membesar dalam ledakan dunia maklumat tanpa sempadan, yang sentiasa dikongkong dan dikurung oleh budaya takut, berjaya menghalau Ben Ali dan keluarga.

Di Timur Tengah, hampir semua kerajaan yang memerintah tidak dipilih rakyat melalui sistem demokrasi. Sama ada ia sebuah republik atau sistem monarki, memihak Barat atau memusuhinya, mengadakan hubungan dengan Israel atau tidak, namun rakyatnya sentiasa ditindas dan dinafikan hak. Elit penguasa membolot dan menimbun kekayaan untuk diri, keluarga dan kroni. Negara kaya tetapi majoriti penduduknya merempat. Pengangguran, kemiskinan dan rasuah bermaharajalela. Manakala maruah umat tergadai dengan pergantungan kepada kuasa-kuasa luar.

Tumpuan kini tertumpu ke Mesir. Regim zalim Hosni Mubarak, yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat dan zionis Israel hanya menunggu masa untuk runtuh. Diberitakan keluarga presiden yang memerintah selama 30 tahun itu sudahpun melarikan diri ke luar negara. Hosni tidak berupaya lagi membendung amarah rakyat, yang terus melancarkan protes tanpa henti biarpun berdepan risiko tinggi. Medan Tahrir menjadi saksi pertumpahan darah tidak dapat dielakkan, apatah lagi rakyat berdepan dengan dalang keganasan yang dicetuskan Parti Nasionalis Demokratik pimpinan Hosni.

Keaiban detik-detik akhir kehidupan presiden sebelumnya, Anwar Sadat yang dibunuh di hadapan publik dan disiar secara langsung televisyen, mungkin berulang kepada Hosni. Anwar ditembak mati seorang anggota tentera, Leftenan Khalid Islambouli ketika beliau berdiri menerima tabik hormat daripada perbarisan ketenteraan pada 6 Oktober 1981. Ia berpunca daripada kemarahan rakyat terhadap perjanjian Mesir dengan Israel, dalam Perjanjian Kem David, selain penentangan terhadap amalan rasuah dan kenaikan harga barangan.

Apabila rasa gentar dan takut sudah hilang daripada sanubari rakyat tertindas, tiada apa lagi yang mampu menghalang tercetusnya revolusi dan pemberontakan. Regim yang diperkasakan oleh pasukan keselamatan, khususnya polis rahsia yang dulunya digeruni kini terpaksa melutut dengan suara keramat rakyat. Pukulan belantan, perintah darurat, arahan berkurung, tembakan gas pemedih mata, peluru getah hatta ratusan kes pembunuhan oleh agen pemerintah; semuanya dianggap enteng apabila kepompong budaya takut pecah berkecai.

Malah balai polis diserbu penunjuk perasaan dan mereka bertindak nekad membakarnya. Satu simbol nyata bahawa ketakutan yang membungkus gerak kehidupan rakyat selama ini telah turut terbakar. Rasa hormat dan maruah diri yang dipijak-pijak sejak sekian lama mula bangkit mengisi roh generasi baru rakyat Mesir. Mereka kini sedang berusaha mencipta sejarah, bukan hanya untuk membebaskan negara yang "terjajah" sekian lama, juga bagi membawa obor semangat buat negara-negara jiran dan ummah seluruhnya.

Sejarah pembebasan negara-negara Arab, termasuk Mesir dan Tunisia, daripada belenggu penjajahan, memang luar biasa. Pengaruh Mesir terhadap orang-orang Melayu juga tidak kurang hebatnya. Akhbar-akhbar Melayu, seperti al-Ikhwan, Saudara, al-Imam, Idaran Zaman dan Suara Melayu sejak awal abad 20 telah melaporkan pergolakan politik dan gerakan kebangsaan rakyat Mesir. Nama-nama pejuang dan pemikir Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani (1838-1897), Muhammad Abduh (1849-1905) dan Rashid Ridha (1865-1935) tidak asing lagi kepada orang Melayu, yang seterusnya menimbulkan polemik Kaum Muda di Tanah Melayu.

Menurut Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dalam bukunya, Islam dan Masyarakat Melayu; Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, gerakan Pan-Islamisme yang dipelopori Jamaluddin Al-Afghani telah mencetuskan kesedaran kebangsaan rakyat Mesir. Ketika di Mesir, Afghani berjaya mempengaruhi generasi muda dan ramai pengikutnya muncul memainkan perana penting dalam perkembangan sejarah Mesir moden. Gagasan ideanya -- yang menyeru umat Islam kembali kepada ajaran sebenarnya -- lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan pergerakan nasionalisme Arab atau Mesir.

Selain itu, dua institusi besar Mesir yang juga cukup dekat-akrab dengan masyarakat Islam di Malaysia ialah Universiti Al-Azhar dan gerakan Islam, Ikhwan Muslimin. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merumuskan: "Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya' yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia."

"Sayangnya," tambah Ustaz Nik Aziz, "Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran."

Isu Palestin juga begitu dekat dengan umat Islam sedunia dan rakyat negara ini. Di kala zionis Yahudi bertindak zalim sewenang-wenangnya, dibantu pula oleh Amerika Syarikat, maka peranan negara-negara jiran, sekurang-kurangnya untuk tidak sama-sama menekan amat diharapkan. Mesir pula pernah menunjukkan komitmen dan kekuatannya untuk berperang dengan Israel.

Malangnya Mesir mengkhianati amanah dan harapan ummah. Ia turut melakukan pengepungan ke atas wilayah Gaza, Palestin. Talian hayat rakyat Palestin dipotong. Bantuan dunia luar tersekat. Mesir memang terbukti menjadi sekutu rapat dan talibarut Israel memerangi kumpulan Islam di Gaza. Benarlah rumusan Ustaz Nik Aziz:
"Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya."


Secara peribadi, saya lebih terasa intim dengan Ikhwan Muslimin (ditubuhkan pada 1927, di Isma'iliyyah, Mesir), yang dianggap guru buat semua gerakan Islam moden. Saya kira hampir semua aktivis dakwah di negara ini sedikit sebanyak, secara langsung atau tidak langsung, dipengaruhi Ikhwan. Malah kebangkitan harakah Islamiyah di negara-negara lain, seperti Jamaat Islami di Pakistan, Masyumi di Indonesia, Parti Refah di Turki, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia juga mendapat inspirasi daripada Ikhwan, yang kemudiannya diikuti Hamas di Palestin dan banyak lagi gerakan Islam di seluruh dunia.


Pengasasnya, Assyahid Hassan Al-Banna (14 Oktober 1906 - 12 Februari 1949) dibunuh regim Mesir melalui satu tipu helah jemputan perundingan dengan kerajaan. Imam yang agung itu terkena tujuh tembakan tetapi masih mampu berjalan memanggil ambulan. Bagaimanapun pihak tentera tidak membenarkan doktor merawatnya, sehinggalah Al-Bana sengaja dibiarkan mati dengan tumpahan darah yang banyak.

Tiada sesiapa dibenarkan menguruskan jenazahnya. Hanya ayahnya, Syeikh Ahmad Abdul Rahman, berusia lebih 90 tahun memandi dan mengafankan jenazah Al-Banna. Syeikh Ahmad bersama tiga anak perempuannya mengusung jenazah ke masjid dengan kawalan ketat tentera. Pengikut dan anak murid Al-Banna kemudiannya diburu bagaikan pengganas. Al-Banna bukan sahaja meninggalkan puluhan karya ulung untuk umat, tetapi lebih penting menunjukkan teladan unggul mengatur organisasi secara tersusun bagi melaksanakan perjuangan Islam di medan.

Kisah kezaliman dan penderitaan bukan hanya ditanggung Al-Banna tetapi seluruh generasi Ikhwan seterusnya. Penyeksaan yang ditanggung mereka terlalu perit untuk diceritakan. Penuh dengan air mata, penjara, darah, tali gantung, pengharaman dan pembunuhan kejam. Tokoh-tokoh Ikhwan lain yang harum namanya, dan terus disebut-sebut, selain meninggalkan khazanah pemikiran berharga, seperti Assyahid Syed Qutb, Assyahid Abd Qader Audah, Hassan Hudaibi, Umar Tilmisani, Mustafa Masyhur, Mustapha al-Siba'i, Said Hawwa, Syed Sabiq, Muhammad Al-Ghazali, Yusof Al-Qaradawi dan ramai lagi.

Memang ada pihak yang sangsi, apakah Ikhwan yang sering diperalatkan pemerintah akan "dipergunakan" sekali lagi apabila Mesir berdepan krisis besar? Apatah lagi Mesir merupakan negara paling strategik di Timur Tengah, malah bagi Napolean Bonaparte, ia negara terpenting di dunia. Regim Mesir sentiasa menekan dan menindas Ikhwan, sejak Raja Farouk, Jamal Abdul Nasser sehinggalah Anwar Sadat dan Mubarak. Walhal Nasser dan Sadat merupakan orang yang pernah rapat dengan Ikhwan.

Mohamad Fauzi Zakaria dalam, Aqidah Yang Menggoncang Dunia, yang merupakan kajian di peringkat sarjana terhadap pengaruh pemikiran Syed Qutb, menjelaskan Ikhwan terbabit secara aktif dalam Revolusi Julai 1952 menumbangkan tirani monarki, Raja Farouk. Malahan Syed Qutb ditawarkan beberapa kedudukan penting dalam kerajaan revolusi termasuk Menteri Pelajaran, memandangkan pengalamannya yang luas di bidang pendidikan. Namun beliau menolaknya.

Syed Qutb, dalam satu majlis yang dihadiri para pegawai tentera Mesir menegaskan: "Sesungguhnya revolusi telah berlaku ... keluarnya seorang raja tidak bermakna berakhirnya revovulsi. Bahkan matlamat terakhir revolusi ini ialah mengembalikan negeri ini kepada Islam ... Sesungguhnya diriku semasa pemerintahan beraja telah kusediakannya untuk dipenjarakan. Malah tidak aman diriku pada zaman ini pun untuk terus kusediakannya kepada penjara lebih daripada persediaanku sebelumnya." Dengan spontan, Jamal Abdul Nasser yang turut berada dalam majlis sama mencelah: "Saudaraku Syed, demi Allah, tidakkan sampai kebimbangan itu padamu melainkan langkahnya mayat kami. Kami berjanji padamu dengan nama Allah bahawa kamilah tebusan kepada dirimu sehingga maut!"

Realitinya, apa yang dibimbangi Syed Qutb itu terbukti benar. Atas konspirasi terancang, melalui fitnah terhadap gerakan itu, Ikhwan diharamkan pada 13 Januari 1954, pimpinan dan ribuan anggotanya ditangkap. Kenyataan rasmi regim Nasser, dua hari selepas itu: "Pengumuman penting Majlis Pimpinan Revolusi tentang Ikhwan Muslimin, hubungan mereka dengan Inggeris dan mengadakan pertubuhan sulit di dalam pasukan polis dan tentera dalam usaha menggulingkan kerajaan dengan berselindung di sebalik pergerakan agama." Syed Qutb akhirnya terkorban syahid di tali gantung pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, selepas dua kali dipenjarakan.

Saya yakin, suasana kini sudah banyak berubah. Generasi Ikhwan yang terlatih, berakhlak dan berdisiplin, serta kaya dengan pengalaman -- dibantu arus globalisasi dan dasar langit terbuka yang mempercepatkan proses pendemokrasian dan boleh menyulitkan berulangnya konspirasi jahat terhadap Ikhwan -- pasti bersedia menyumbang khidmat menyelamatkan Mesir secara lebih berkesan. Buat masa ini mereka lebih bersedia menonjolkan Mohamed El-Baradei, penerima Hadiah Nobel Keamanan 2005, ke hadapan. "Kemahuan kami adalah kehendak rakyat," kata salah seorang pemimpin Ikhwan di Kaherah.

Insya-Allah, Ikhwan tidak dapat ditipu lagi, manakala pemimpinnya lebih berhati-hati dan bijaksana membaca realiti bagi mengatur rentak. Imej ekstrimis, militan dan teroris, walaupun masih cuba dipalit ke wajah Ikhwan, namun agak sukar mempengaruhi majoriti rakyat yang sudah bersatu hati menghambat Hosni. Dalam masa sama, dipercayai regim Hosni cuba "bertarik tali" dan berlengah-lengah untuk meletakkan jawatan, bagi mempastikan pembaharuan Mesir tidak diterajui Ikhwan. Pemerintahan Amerika Syarikat yang menyokong transisi politik di Mesir turut meminta Hosni bertahan, bagi memastikan proses pembaharuan berjalan secara lancar dan aman.

Sekiranya pilihan raya adil dan bebas diadakan di Mesir, seperti pernah berlaku di Algeria dan Lubnan, juga seumpama di Turki, Ikhwan seperti gerakan Islam lainnya, akan mendapat sokongan ramai. Cuma, kepentingan Amerika dan Israel (terbukti Ikhwan bersedia bangun menentang Israel termasuk memikul senjata di medan perang) di Mesir jauh lebih besar berbanding Tunisia yang dibiarkan jatuh. Justeru, strategi dan pendekatan terbaik amat diperlukan oleh gerakan Islam masa kini, agar segala ruang sabotaj ditutup serapat mungkin.

kebangkitan rakyat Tunisia

Mohamed Bouazizi, Anak Muda Perintis Kebangkitan Tunisia



Di sebuah negara di utara Afrika, yang mana kebebasan media dan rakyat disekat oleh kerajaan diktator yang sudah memerintah lebih 23 tahun, muncul cerita seorang anak muda yang gigih mencari sesuap nasi.
Kadar pengangguran kian meningkat seiring harga barangan yang melambung mendadak, ramai graduan yang tidak mempunyai peluang pekerjaan dan cuba mencari rezeki dengan usaha sendiri.
Mohamed Bouazizi, 26, hidup susah sejak dari kecil, dan rajin menjalankan perniagaan jualan buah-buahan dan sayur-sayuran di jalanan Sidi Bouzid.
Suatu hari, pihak berkuasa telah merampas barang-barang jualan beliau, gara-gara berniaga tanpa lesen. Bukan itu sahaja, Bouazizi turut diludah dan ditampar oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita. Beliau berjumpa dengan Gabenor kawasan Sidi Bouzid, namun tidak diendahkan.
Kecewa dan hilang arah tujuan, kerana tidak lagi berdaya membantu keluarga, inilah mesej Facebook terakhir Bouazizi:-
"Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan takkan membantu. Saya tersesat dan itu dari di luar kawalan  saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta saya dan ingkar kepada ibu. Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya.Saya sekarang pergi dan tidak akan datang kembali. Perhatikan saya tidak menangis dan tidak ada air mata jatuh dari mata saya. Tidak ada ruang lagi untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah Rakyat. Saya tidak merasa normal dan tidak dalam keadaan yang betul. Saya pergi, dan meminta yang memimpin perjalanan untuk melupakan."






17 Disember 2010, Bouazizi telah membakar dirinya dengan satu tin minyak petrol. Seterusnya beliau dikejarkan ke hospital di ibu negara Tunis dan bertahan sehingga 4 Januari 2011, dan disahkan meninggal dunia.
Apakah kesan daripada tragedi Bouazizi membakar diri ini?
Sebenarnya setin petrol itu jugalah, yang telah membakar kemarahan seluruh rakyat Tunisia kepada presiden dan isterinya, Ben Ali dan Leila Trabelsi yang selama 23 tahun telah menyalahgunakan wang rakyat.
Kerajaan Tunisia cuba mengawal kerosakan yang berlaku, dengan menurunkan harga barang-barang keperluan, selain janji Presiden Ben Ali untuk tidak lagi bertanding pada pilihanraya presiden yang dijadualkan pada 2014.
Namun, segalanya sudah terlambat, beribu-ribu rakyat semakin membanjiri kawasan pejabat kerajaan dan di tengah-tengah kekalutan itu, Ben Ali dan Laila lari dari Tunisia, bercadang untuk ke Perancis, namun terpaksa bertukar haluan ke Arab Saudi yang sudi menerima Ben Ali, sama seperti kisah Idi Amin beberapa tahun dahulu.
Terdapat ralat dalam alat ini