~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Rabu, 25 Januari 2012

Kepentingan dan kehebatan solat Subuh berjemaah!


Mari kita bayangkan kebarangkalian berlakunya satu situasi ini dalam kehidupan seharian.
‘Kokkokkokkok… Kokkokkokkok…’
Arghhh, kebencian sangat menebal dalam diri mendengarkan jam loceng berbunyi sekuat hati. Jam ku gapai menunjukkan jam 5.30 pagi.  Inilah masa yang paling sesuai untuk bangkit bersiap menunaikan solat Subuh. Kepenatan masih terasa di urat-urat badan dan aku memutuskan untuk tidur kembali. Aku tak punya kekuatan untuk bangkit. Tiba-tiba, kedengaran pengumuman mengatakan RM500 akan diberikan oleh JKK kampung bagi sesiapa yang menunggu di luar kawasan rumahnya sekarang.
Tanpa berlengah, kepenatan hilang dan aku berlari sekuat tenaga ingin mengambil ganjaran yang diberikan. Kata Pengerusi JKK tersebut, ‘Sekiranya esok dan hari-hari kemudiannya engkau menunggu di tempat yang sama pada waktu yang sama, ganjaran yang sama akan diberikan setiap hari’. Aku berada di awangan. Selamanya takkan aku lupa dan lalai untuk mengutip ganjaranku setiap pagi. Oh ironinya, diri akukah itu?
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” (HR Bukhari dan Muslim)
Untuk merangkak mendapatkan RM500, tak kuasa aku melakukannya. Menjatuhkan air muka sahaja. Lainlah sekiranya kerajaan memberikan jutaan ringgit, baruah berpatutan untuk aku merangkak mendapatkannya. Subhanallah. Namun kekasih junjungan mengatakan kita akan merangkak untuk mengerjakan solat Subuh sekiranya kita tahu ganjarannya. Bayangkan betapa hebatnya solat Subuh berjemaah sehingga kita boleh mendapatkan ganjaran sedemikian bukan sekali dalam satahun tetapi setiap hari selagi nyawa dikandung badan.
Hadis Rasulullah s.a.w juga telah mengatakan bahawa solat Subuh berjemaah ini menjadi garis pemisah antara sifat sebenar orang mukmin dan orang munafiq. Apabila Rasulullah s.a.w. meragukan keimanan seseorang, baginda akan menelitinya ketika solat Subuh. Apabila baginda tidak mendapatinya solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang baginda ragukan dalam hati. Mereka yang tidak mempunyai iman yang teguh tidak akan mampu meninggalkan keindahan diulit mimpi indah di pagi buta.
Ibnu Mas‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:
“Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya atau kedua telinga. ” (HR Imam Al-Bukhari)
Menurut Imam Al-Qurtubi, kencing syaitan di sini adalah hakiki dan bukan hanya simbolik. Iaitu kita akan mampu mengenali mereka yang tidak bangun untuk mengejakan solat Subuh dengan kemuraman dan kekusutan wajahnya di pagi hari serta kehilangan cahaya dan seri.
Syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda:
“Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata): Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu ikatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas. ” (HR Al-Bukhari)
Inilah ujian yang perit namun mereka yang benar-benar beriman akan mampu melaksanakannya. Nilai yang tertinggi akan diberikan kepada mereka yang istiqamah melakukannya pada awal waktu dan secara berjemaah dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil.
Kekuatan dan perpaduan umat Islam dapat diterjemahkan dengan kemampuan kita untuk bangun mengerjakan solat Subuh berjemaah. Bagaimana harus kita bicarakan tentang strategi-strategi untuk mengalahkan Zionis laknatullah di Palestin dan dari sumber mana untuk kita dapatkan jutaan ringgit untuk menolong saudara-saudara kita di Somalia yang kebuluran sedangkan kita tidak punya sebarang kekuatan? Dalam surah Ar-ra’d, Allah ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu yang mengubah nasib diri mereka sendiri ”.
Sekiranya seluruh umat Islam mampu untuk bangkit mengerjakan solat Subuh berjemaah, kita akan yakin bahawa kemenangan Islam itu sangat dekat. Sehingga orang Yahudi mengatakan bahawa mereka sangat takut sekiranya mereka menyaksikan orang Islam memenuhi masjid di waktu Subuh. Namun, kenyataan hari ini mengatakan bahawa umat kita masih jauh daripada impian ini. Bagaimana mungkin kita menang pertempuran dengan musuh di luar sedangkan kita tewas dengan hawa nafsu sendiri?
Benarlah kemuliaan umat Islam itu terletak pada kemampuan mereka untuk bangun di waktu fajar. Rasullullah s.a.w pernah mendoakan umatnya, “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (yaitu mengerjakannya).” (HR Tarmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).
Hinggakan kehebatan solat subuh berjemaah ini diibaratkan sama seperti beribadah keseluruhan malam. Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”.HR Muslim.
Wahai sahabat, marilah kita teliti perjalanan hidup kita. Di manakah letaknya taraf solat Subuh kita seharian? Ayuh kita ketepikan kelembutan selimut serta tilam dan marilah kita bersegera bangkit mengerjakan solat Subuh dan yang terbaik sekali secara berjemaah demi meraih keredhaan Allah dan melihat wajahNya yang agung di akhirat kelak seperti diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Allah, sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (HR Bukhari dan Muslim).
Inilah ganjaran yang paling hebat yang mampu diperolehi oleh manusia iaitu mampu untuk melihat tuhan mereka di akhirat kelak. Dan antara caranya adalah dengan mengerjakan solat sebelum terbitnya matahari.
Akhirnya, semoga beginilah situasi kita setiap pagi,
‘Kringg kringg’. Dengan mata yang masih diulit sisa-sisa mengantuk, aku melihat jam. Pukul 5.30 pagi. Terngiang-ngiang di telinga surah al-Israa’ ayat 78,
“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari dan hingga waktu gelap malam, dan sembahyang subuh, sesungguhnya sembahyang subuh itu disaksikan (oleh malaikat).”
Mengenangkan cintaku kepadaNya, aku bingkas bangun. Mengenepikan selimut seberat 8 kilogram, melawan kedinginan suhu udara dan air lantas mengambil wuduk. Seterusnya menunggang kapcai yang setia menanti meredah kegelapan fajar menuju ke Surau. 
Itulah yang kita semua perlu lakukan setiap pagi untuk menjayakan hasrat kita menawan Terengganu mahupun Malaysia. Jika perkara ini masih belum diselesaikan mungkin pertolongan daripada Yang Menguasai Pemerintahan Langit dan Bumi akan lambat tiba. Wallahualam,,,

Selasa, 24 Januari 2012

ARC cetus fanomena baru dalam kalangan anak muda!!

Mat Rempit atau kini digelar samseng jalanan sering dilabelkan sebagai pemuda yang rosak akhlak, peragut dan kutu rayau. Malah lebih teruk ada masyarakat yang melabelkan golongan ini sebagai sampah masyarakat. Tohmahan dan ejekan yang dilemparkan masyarakat dibantu oleh media massa arus perdana menyebabkan golongan ini semakin hanyut dan akhirnya terjerumus ke lembah gejala sosial yang lebih meruncing.


Menyedari permasalahan golongan muda yang semakin serius ini, Dewan Pemuda Pas Pusat melalui lajnah DACS(development Art, Culture and Sport) telah mengambil inisiatif yang amat menarik dan bernas dengan cara  mendekati dan memahami golongan ini. Untuk tujuan itu, DPPP mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah kelab bermotosikal alternatif atau dikenali sebagai ARC(Alternative Riding Club) .


Penubuhan kelab ini telah mencetuskan fanomena dalam kalangan anak-anak muda di Malaysia. Setakat ini, lebih 10,000 orang anak muda bermotosikal telah menyertai kelab ini secara rasmi diseluruh Malaysia. Hal ini kerana, setiap pemuda yang mempunyai motosikal daripada semua jenis dan cc layak untuk menyertai kelab ini.  ARC juga telah mengambil penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus sebagai ikon kelab untuk mempromosikan kelab ini diseluruh negara. Ustaz Azhar dipilih sebagai duta ARC kerana populariti beliau dalam kalangan mat-mat rempit ini.


Antara aktiviti ARC ialah mengadakan jambori ARC setiap tahun, Konvoi ke Litar Sepang sempena grandprix Malaysia dan konvoi keseluruh Malaysia. ARC juga sering menganjurkan program-program dan kursus-kursus skill tungangan motosikal yang betul dan aktiviti tertentu bagi meningkatkan tahap kemahiran dalam kalangan ahli. Disamping aktiviti permotoran, ARC juga sering menganjurkan khidmat sukarela dan kebajikan untuk supaya anak-anak muda menggunakan masa lapang dengan lebih bermanfaat.


Sesiapa yang mempunyai sebuah motor dan ada lesen layak untuk menyertai kelab ini. Daftar sekarang, jadikan diri anda sebahagian daripada komuniti ARC. Untuk pertanyaan lanjut tentang ARC boleh hubungi:


:>Facebook ARC,
>FB Comunity ARC
>ARC Selangor
>Ketua ARC Terengganu, SDRA Riduan : 0199392636































Isnin, 23 Januari 2012

Kebangkitan Islam kian hampir!!


Parti Islam kuasai dua pertiga Parlimen Mesir








KUALA LUMPUR, 22 Jan: Keputusan pilihanraya Parlimen Mesir menepati ramalan pelbagai pihak dengan parti-parti beraliran Islam mencatat kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di negara itu.

Keputusan akhir pemilihan Parlimen pertama Mesir setelah jatuhnya Presiden Hosni Mubarak turut menepati ramalan beberapa pihak apabila parti politik milik Ikhwanul Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi.

Dengan perolehan yang turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir semalam mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat.

Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.

Semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, Ikhwanul Muslimin merupakan organisasi yang dilarang bergiat dalam politik dan dengan keputusan tersebut, parti-parti Islam kini telah berjaya menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di Mesir.

Dengan keputusan itu juga, FJP kini sudah memutuskan untuk melantik seorang ahli politik kanannya, Saad al-Katatni sebagai ketua (speaker) Majlis Rakyat.

Wartawan BBC di Kairo, Jon Leyne dalam laporan terkininya berkata, Presiden Mesir yang akan dipilih nanti bagaimanapun bukan parti pemenang pilihanraya itu.

Sebaliknya, pemilihan presiden akan dilangsungkan pada bulan Jun nanti, setelah segala proses lain yang berkaitan dengannya diselesaikan.

Berdasarkan sistem pemilihan Mesir, warganegara itu akan memilih dua pertiga anggota Parlimen berdasarkan parti yang memiliki daftar calon masing-masing dan hanya sepertiga calon individu yang dipilih secara langsung.

Pemilihan Majlis Tertinggi Parlimen akan diadakan pada bulan Februari nanti dan selepas itu akan dipilih 100 anggota dari Majlis Tertinggi dan Majlis Rendah yang ditugaskan untuk menyusun perlembagaan baru Mesir.

Pilihanraya Parlimen Mesir itu diadakan setelah kebangkitan rakyat yang turun ke jalan-jalan raya di negara itu sehingga berhasil menjatuhkan Presiden Mubarak pada bulan Februari 2011 lalu.

Warga Mesir memberikan suara dalam tiga tahap pilihanraya yang berlangsung selama enam minggu untuk memilih 498 anggota Majlis Rakyat (Parlimen), sementara 10 anggotanya diperuntukkan untuk Dewan Tertinggi Tentera yang kini memerintah negara itu untuk sementara waktu.

Sementara itu, Agensi pula melaporkan, keputusan rasmi pusingan pertama pilihan raya Mesir menunjukkan parti Islam mencapai kemenangan besar, termasuk kumpulan Salafi yang terkenal kerana bersifat radikal.

Kumpulan Ikhwanul Muslimin yang berfahaman sederhana memenangi 36.62 peratus diikuti oleh Parti An-nur yang mewakili kumpulan Salafi, 24.36 peratus sementara Al Wasat, sebuah lagi parti Islam berfahaman sederhana meraih 4.2 peratus undi, berdasarkan carta yang disediakan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pilihan Raya, Yusri Abdel Karim.

Menurut carta itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (AJP) yang mewakili Ikhwan, memenangi 3.56 juta daripada 9.73 undi, An-Nur, 2.37 juta dan Al-Wasat, 415,590.

Keputusan itu adalah untuk kawasan yang mengundi pada Isnin dan Selasa lalu dan ia mengesahkan ramalan awal bahawa parti berhaluan Islam akan memenangi sekurang-kurangnya dua pertiga undi.

Satu-satunya parti sekular yang mencatatkan kemenangan besar ialah Blok Rakyat Mesir yang memperoleh 13.35 peratus undi.

Jurucakap Ikhwan seperti yang dilaporkan oleh Agensi berkata, “Rakyat memilih calon yang mewakili identiti Islam dan dipercayai pengundi."

Beliau menegaskan, FJP jauh berbeza dengan kumpulan Salafi yang menurutnya mencapai kemenangan memeranjatkan dalam pilihan raya itu.

“Kami berharap orang ramai akan dapat membezakan antara pergerakan yang berbeza dan tidak menganggap semua aktivis Islam berada dalam satu ‘kapal’,” katanya.

Aziz Muda, 22 Jan 2012(Harakah daily)

Ahad, 22 Januari 2012

Gong Xi Fa Chai, tolak perkauman sempit: Presiden PAS


Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Tionghoa di Malaysia, dan di seluruh dunia minggu ini, PAS ingin mengucapkan selamat menyambut hari kegembiraan tersebut.

Perayaan yang turut melibatkan majlis makan besar dalam keluarga besar merupakan satu nilai positif yang juga turut disanjung ajaran Islam.

Islam juga menggalakkan hubungan kekeluargaan dipereratkan, malah jika sudah memeluk Islam sekalipun, hubungan kekeluargaan tidak pernah putus khususnya dengan kedua ibu bapa mereka.

Apa yang malangnya ialah pemerintahan negara selama puluhan tahun ini masih belum mampu mewujudkan perpaduan nasional yang mantap. Malah hidup dalam kegelisahan akibat permainan politik perkauman pihak pemerintah.
Bahkan hubungan masyarakat Tionghoa di Tanah Melayu ini telah wujud seawal pemerintahan kerajaan Islam Melaka melalui hubungan diplomatik Laksamana Cheng Ho de ngan kerajaan Melaka.

Masyarakat Tionghoa di Malaysia merupakan kelompok kedua terbesar di negara ini dan memberi kesan terhadap politik dan sosial negara.

Perubahan yang mereka lakukan dalam pilihan raya ke-12 yang lalu membuka lembaran baru politik negara yang menyentak keselesaan pemerintah di peringkat pusat.

Perubahan yang dilakukan adalah untuk melihat negara maju ke hadapan dan keluar daripada politik usang yang menindas, diskriminasi dan zalim kepada rakyat kepada politik yang adil dan saksama sesama rakyat.

Namun ianya belum cukup merubah keseluruhan sistem ‘usang’ negara dan menginsafkan pemimpin pusat yang terus menerus menindas negeri-negeri dan rakyat.

Maka tibalah masanya kita membuat per ubahan total di peringkat kerajaan pusat. Maka sekali lagi masyarakat Tionghoa adalah pen ting dalam mengekalkan dan meningkatkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya bersama membina negara yang adil untuk semua.

PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghoa di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur.

PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghoa khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain.

Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Gong Xi Fa Chai
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Filem terbaru 2012 " Umno Gangster"!!

Saksikan kemunculan filem terbaru yang sedang hangat dipawagam dengan kutipan sebanyak 2.4 juta pada hari pertama tayangan. Filem yang bertag line " Ketuanan UMNO, 1 Malaysia dikuburkan" itu dilakonkan oleh pemuda-pemuda Umno. Pelakon utamanya lebih dikenali sebagai abang gemuk dan dibantu oleh stuntman-stuntman kebanyakannya pelajar-pelajar sekolah bermotosikal berjaya melakonkan watak masing-masing dengan jayanya.
Pelakon-pelakon pembantu diberi upah rm50 satu kepala. Jom saksikan....

Ayoh Chik Nok Jadi Sek Kelaut Semula






SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam.


Ini jawapannya kepada pertanyaan tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat kiranya calon yang disediakan iaitu Anwar Ibrahim berhalangan disebabkan dipenjara dan sebagainya.



Ada yang menyebut namanya sebagai seorang calon. Memang dalam politik di zaman ini, rakyat diberi kuasa menyokong menentukan kerajaan melalui pilihan raya, maka mereka mahu tahu calon Perdana Menteri.





Momentum atau persaingan hebat bagi menentukan penguasa Putrajaya dalam PRU 13 ini buat pertama kali, disebabkan keupayaan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sejak Pakatan Rakyat terjelma.



Hakikat menentukan keadaan jadi begitu. Tetapi suasana juga menuntut akan calon alternatif jika berlaku sesuatu.



Ustaz Hadi sebagai seorang ulama haraki tidak pernah menolak tanggungjawab. Apabila beliau ditanya soalan itu, maka beliau memberikan satu jawapan politik dan dakwah mengikut semangat yang selalu diberi oleh ulama besar silam.



Pertama tidak menjawabnya secara tepat sebelum keperluan itu tiba tetapi adalah tanggungjawab ulama tidak menolak tanggungjawab apabila amanah itu diletakkan kepadanya.



Saidina Abu Bakar cepat-cepat mencalon Umar al-Khatab sebagai khalifah menjalan tugas pimpinan sebaik Nabi SAW wafat, kerana merasakan dirinya bukan calon terbaik. Saiduna Umar r.a. pula cepat-cepat menolak selagi Saidina Abu Bakar ada.



Itu akhlak yang berkelayakan besar bagi memimpin umah. Pimpinan negara atau kerajaan adalah penting, tetapi pemimpin Islam yang berwibawa sentiasa melihat siapa berupaya dan berkelayakan selain daripadanya, kerana yang utama bagi Islam ialah tuntutan dan hendak Islam dapat dipenuhi dan ada orang lain yang dapat memenuhinya, kalau pun tidak lebih baik, sekurang-kurang sama baik dengannya.



Maka pilihan mereka ialah membuat pekerjaan sendiri bagi menyara diri seperti beternak, bertani, menangkap ikan. Abu Zar misalnya menolak semua jawatan, memilih menjadi tukang anyam bakul bagi menyara hidupnya.



Ustaz Hadi adalah seorang tokoh besar ulama dan politik di peringkat nansional dan antarabangsa, pendakwah gigih, pernah menjadi Menteri Besar, berkelayakan untuk menjadi pentadbir. Semuanya bersetuju beliau diberi peranan.



Jika boleh diberi kebebasan untuk memilih kehidupan yang paling dekat di hatinya iaitu sebagai orang biasa yang kembali ke laut sebagai nelayan. Memang beliau dilahirkan dalam keluarga nelayan, besar sebagai keluarga nelayan. Walau pun sibuk dengan hidup politik dan dakwah, tetapi ke laut dan menjala ikan tetapi menjadi hobinya dan ada kandang kambingnya sebagai tempat bersantai setelah penat kempen dan mengajar.



Jika tugas politiknya dapat dikurangkan, atau kewajipan itu dapat dipangku orang lain, tentu beliau ada masa yang selesa untuk mencandat sotong dan turun ke laut dalam menangkap ikan untuk keperluannya dan orang-orang sekelilingnya.



Mulanya saya tidak pernah memikirkan Ustaz Hadi patut lebih ke laut dari mengendalikan pemerintahan apabila Allah gilirkan bagi PAS untuk sama-sama memerintah. Keutamaan baginya di tempat pemerintahan ialah bagi memastikan tuntutan Islam itu berjalan sebaik-baiknya. Jika ada yang boleh mengendalikannya, maka pilihannya untuk ke laut seperti datuk-datuknya dulu dan saudara maranya.

Inilah pilihan yang dibuat oleh Rashied Ghanusi apabila Parti An-Nahzah memenang pilihan raya Tunisia baru-baru ini dan ini kaedah yang digunakan oleh Ikhwanul Muslimin yang menyertai pilihan raya Mesir sekarang. Pimpinan utama Ikhwan tidak menyertai pilihan raya pun, tetapi mereka memberi amanah kepada orang-orang yang dipercayai dapat memenuhi perjuangannya.



Kita boleh mengambil sikap terbuka boleh mengambil laluan yang diambil oleh rakan-rakan di Tunisia dan Mesir dan boleh menasihatkan Ustaz Hadi supaya menangguhkan dulu keinginannya menjadi nelayan penuh masa.



Mungkin buat masa terdekat ini ke laut itu jadi hobi seperti orang turun ke padang golf dan bermain tenis.


Sumber: Harakah Daily

Mantapkan Ukhwah Ahli Pas,,Selangkah ke Putrajaya!!

Mantapkan Ukhwah Di Kalangan Ahli PAS



     Perkara kedua yang dilakukan oleh nabi Muhammad SAW ketika sampai di Madinah ialah mempersaudarakan antara orang Muhajirin dan Ansar. Mereka disatukan di atas dasar akidah, bukan atas bangsa. Rasulullah SAW menitik beratkan soal ukhwah supaya budaya asabiah di kalangan masyarakat Arab jahiliah yang telah menjadi darah daging dapat dimusnahkan. Bukan senang untuk memecah tradisi masyarakat Arab yang tebal dengan fahaman asabiah dan bangga dengan keturunan.


  Baginda memberi tarbiah kepada kita bahawa semangat ukhwah kena dimantapkan, lebih lebih lagi ketika negara Madinah baru dibentuk pada ketika itu. Inilah asas yang paling awal perlu dilakukan jika kita mahu membentuk masyarakat yang mantap untuk menghadapi cabaran semasa.
Sehingga persahabatan mereka yang kita tidak akan bertemu dalam sejarah sepanjang zaman. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sohehnya.


“Setelah mereka tiba di Madinah Rasulullah SAW telah mempersaudarakan di antara Abdul Rahman bin Auf dengan Saad bin Rabi’. Saad telah berkata kepada Abdul Rahman, “Saya adalah orang yang paling kaya di kalangan Ansar, marilah kita bahagi dua harta itu, saya mempunyai dua isteri , pilih yang mana satu awak suka supaya saya ceraikan dia, apabila selesai ‘iddahnya, berkahwinlah dengan dia”. Abdul Rahman bin ‘Auf menjawab, mudah-mudahan Allah memberkati keluarga dan hartamu, tunjukkanlah saya di mana pasar kamu”


Ahli Pas perlu membentuk ikatan ukhwah yang mantap di kalangan ahli dengan ahli, pimpinan dengan ahli. Ikatan ini dibentuk tanpa ada pilih kasih di kalangan anggota parti. Ia dibina di atas dasar Islam bukan atas dasar duniawi, bukan dibina di atas dasar benda atau pangkat.

Apabila ada ikatan kasih sayang barulah semangat untuk berkorban akan dijelmakan. Kita perlu bina ikatan ini seperti bangunan yang tersusun kukuh. Jamaah hanya kuat apabila wujudnya pertautan hati di kalangan anggota parti. Ia bukan dibina di atas dasar pura-pura atau atas dasar dunia dan kebendaan.

Perkara-perkara yang membawa kepada pertautan hati ialah sifat kasih sayang yang suci, sifat timbang rasa, sifat baik sangka dan semangat ingin berkorban sesame anggota.Hati yang dipenuhi dengan kebencian tidak akan bersatu. Perpaduan yang dibina di atas dasar pura-pura tidak mampu menghasilkan perpaduan yang sebenar.

Persahabatan yang berasakan kepada sifat tamak akan melahirkan pertelingkahan. Suatu persahabatan yang hanya mementingkan perniagaan tidak akan melahirkan sifat timbangrasa dan kasih sayang. Keperluan duniawi mungkin dapat mempersatukan segala ciri-ciri yang belainan ini , tetapi ciri-ciri ini mudah sangat untuk berpecah belah.

Sebuah jamaah yang kuat apabila ahli-ahlinya berfikir dengan ikhlas dan mencintai matlamat yang dituju. Jamaah yang kukuh ukhwah seumpama acuan keluli di mana syaitan tidak dapat untuk mencelah masuk dan melakukan kerosakan.


Ketika sambutan masyarakat terhadap Pas begitu memberangsangkan maka soal ukhwah adalah suatua perkara yang amat perlu dititik beratkan. Sekiranya ukhwah longgar maka perjalanan jamaah juga akan tempang. Mutu kerja dan semangat di kalangan anggota akan hilang.

Ahli-ahli Pas perlu menunjukkan ukhwah yang teguh walaupun bilangan ahlinya sedikit di suatu tempat, terutamanya bagi ahli Pas yang berada di luar bandar. Banyak di kalangan orang Melayu yang tinggal di pendalaman bukan mereka tidak sudi untuk menyertai Pas, tetapi mereka bimbang akan dipulau oleh ahli Umno sewaktu kenduri dan mati. Sebab itu kita boleh lihat perkara ini yang diterjemahkan di dalam peti undi setiap kali pilihanraya. Jika dicula, tidak ramai yang menjadi ahli Pas, tetapi apabila peti undi dibuka, Pas mendapat sokongan berganda.

Oleh itu cawangan Pas di seluruh negara perlu memperhebatkan program yang boleh mengikat dan memberi motivasi keberanian untuk orang bersama dengan Pas. Masyarakat luar Bandar mereka tidak termakan sangat dengan isu yang berlaku di dalam negara. Yang menjadi perhitungan mereka ialah “politik bermasyarakat”. Pada mereka apa erti mereka sensitif dengan isu penyelewingan yang dilakukan oleh pemimpin Umno, jika mereka dipulau oleh ahli Umno.

Oleh itu program usrah, kemasyarakatan dan kebajikan adalah pengikat kepada ahli Pas untuk berani berjuang bersama dengan Pas. Biar mereka ada keberanian kerana kebajikan mereka dipedulikan oleh jamaah.

Sepanjang pengalaman saya melihat cawangan yang kuat dengan ikatan ukhwah dan kemasyarakatan di situ ahlinya mempunyai motivasi yang tinggi untuk melawan Umno. Sebab itu program kebajikan perlu diaktifkan dalam apa keadaan sekali pun jika kita mahu mendapat sokongan ahli terutama di kawasan pendalaman.

Walaupun nampak remeh sahaja isu ini tetapi isu inilah yang menyebabkan ahli Umno bimbang untuk menyeberang menyertai Pas takut dipulau apabila mereka berbuat demikian.

Oleh: Ustaz Idris Ahmad (Pengarah Jabatan Tarbiah dan Perkaderan PAS)

Sabtu, 21 Januari 2012

Dokumentari Kegemilangan Kerajaan PAS Kelantan

Kejayaan demi kejayaan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sering dipinggirkan oleh media arus perdana. Malah, media-media tali barut kerajaan pusat ini juga sering menggambarkan bahawa negeri Kelantan ialah negeri yang mundur dan ketinggalan dari arus pembangunan. Namun sebenarnya semua yang ditohmahkan itu boleh diibaratkan sebagai buruk khabar daripada rupa. Oleh yang demikian, ahli-ahli Pas khususnya mestilah berusaha mempromosikan kejayaan Negeri Kelantan ini kepada semua lapisan masyarakat.

Saksikan sebuah dokumentari tentang pemerintahan Kerajaan Pas Kelantan yang bersih, adil dan amanah..



Jumaat, 13 Januari 2012

Surat Terbuka untuk MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said...

Surat Terbuka untuk MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said...


Assalamualaikum w.b.t. datuk seri..Apa khabor...semoga datuk berada dalam keadaan sihat lagi sejahtera bersama keluarga bersemayam diatas istana di Kijal, Kemaman.


Mitok maaf banyak la datuk Mat Said kalu-kalu surat ni menganggu keharmonian dan kesenangan hidup datuk seri. Bukan mende Datuk, surat ni daripada orang kampung jer datuk...hok ngaji dop berape nok abis.


Datuk Seri Mat Said,


Seperti yang datuk dan kami sekalian rakyat tahu,  Negeri kita memang kaya raya. Kalu tengok pada  bajet kerajaan Terengganu setiap tahun selama lima tahun ngelas ni mencecah hampir RM 2 BILION sokmo. Hok nombor dua  paling tinggi di Malaysia. Bangga dop soh kira r kami, datuk, sebab bajet  negeri kita uat kaloh negeri-negeri hok maju supe Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Pendapatan perkapita(belit lidoh nok sebut ) Negeri Terengganu pulok ialah sebanyok RM27,140 jugok hok kedua tertinggi di Malaysia. DOP SEKE AMBE ..KAYA NGAT NEGERI KITA DATUK..SAPA LARAT BULEH NO 2 SOKMO...






Alhamdulillah Datuk, kaya sunggoh Negeri Terengganu dengan nikmat minyok hok Allah Taala beri. Kaya dop kaya  Negeri Terengganu buleh kita perati betapa mewohnya tok-tok wokil dari Terengganu(duit dop abis). Atas orang tahu, ade cerita tok wokil dan AJK Bahagian Umno negeri kita, orang hormat ngan tabik spring. Sapa ade orang  gelor sek2 pemimpin ganu ni PUAK POKET TEBAL(PPT). Citer ni kami dengor  mase tok2 wakil kita  gi perhimpunan Agung Umno baru2 nim.






Datuk Seri Mat Said,


      MALANG..hok tu je kami buleh kabo kalu orang tanya pasal nasib Rakyat Terengganu.. Walaupon harta negeri kita dop abis makan, Datuk, namun kami hidup dalam keadaan sekin dan daif. Kami ade gok dengor cerita  Negeri Terengganu nim kadar kemiskinan yer tinggi sapa 17.3% rakyat Terengganu hok sekin. Sapa larat jadi  negeri nombor 2 rakyat paling sekin di Malaysia(doh bakpe yang buleh jadi gitu seme datuk, Terengganu negeri kaya kan). Hok kami sedeh ngat datuk,  ada orang kampung hok terpaksa minjam duit jiran hanya sebab nok beri sesuap nasi untuk anok-anok. Ramai sek2  muda pakat lari ramai-ramai ke KL Lupor sebab nok cari kerja. Memang payoh boh nok cari kerje kat ganu. Dop caye ce datuk solek ket muke datuk biar orang dop kenal,,,pahtu datuk try r gi usha2 cari kerje...tengok buleh ke dop..


                           Ni rumah kami           Ni rumah datuk


Datuk Seri Mat Said,


Kami rakyat Terengganu memang rase susoh hidup  di Negeri kaya raya ni. Bunyi pelik tu kan. Rama penduduk  kampung hok terpaksa minjam duit hanya untuk sesuap nasi. Ada hok larat ikat perut sebab tak dop duit beli makanan. Kami ingat agi cerita  pelajor cemerlang dalam kampung kami. Pelajar tu Datuk, ade 9 orang adik beradik, sapa larat dop gi sambung belajor sebab takdop pitih. Datuk nok tahu dop, ayoh pelajor tu memang karat biru sejak kecek agi. Rumoh dyer bira  rumah JKK je datuk. Tapi JKK lasung dop pandang. Usah ke nok pandang datuk, jeling pown dop..NOK TAHU SEBAB APE DATUK?? Sebab ayoh pelajor tu hanya OKU je datuk, Orang Kuat Umno,  tukang pasang bendera, tak dop jawatan, tak dop kuasa. takdop sape nok layan. 


Datuk Seri,


Kami benornye datuk, bukan nok saloh ke datuk ngat, Kami ade gok bace berita dalam Sinar Harian hok datuk beri bantuan ke pelajor, ke orang sekin, ker anok mude. Tapi kalu datuk nok tahu, bantuan hok datuk beri biasanya dup sekat atah lambo Jin Kuca Kapong(JKK)  jer, dop pown celoh dapur ketua cawangan Umno. Bantuan hok sepatutnya jadi hak orang kapong hok layok  dup musing ligat bagi same-same kroni JKK dengan ketua campangan. Misalnye datuk,  bantuan kurma dan air zam-zam hom datuk beri pon puok2 dyer uat gelap. Projek-projek lain datuk dakyoh tanye r, Datuk Mat,...uat sakit ati jer. Ibarat datuk suruh orang curi jaga keda emas r datuk...


Datuk Seri Mat Said, 


BANYOK datuk..memang banyok projek-projek besor hok ada  Terengganu..Sejak dari zaman 'saeng' datuk perintoh agi..name mende ..hok dup besut ow...Derih jusoh ork.Projek-projek.. macang Taman Tamadun Islam ngan Sejid Kristal, tanding kapal layor Monsoon Cup, Highway Pata Timur(panda gok speaking skit2) , Stadium baru Sultan Mizan( hok rutoh) dan Pembinaan Airport baru hok bunyi kate sapa abis lebih RM7.1 billion belake seme. BUKAN DATUK! Kami bukan anti pembangunan datuk, malah kami sokong  bila mane pembangunan itu untuk rakyat. TAPI kami jadi luga(meluat) kalu  projek-projek mebabi buta sape meBAZIR duit rakyat. RUNTUHNYA stadium Sultan Mizan datuk ibarat rutuhnye maruoh kami sebagai rakyat Terengganu datuk(sentimentel seket). Kami malu datuk, lau gi tempat orang, pahtu orang tanya..mung asal negeri mane?bile kami kabo dup Terengganu, dyer uat tanye selalu datuk,,Negeri demo ker hok stadium runtuh ultraman lawan raksaksa ow ork??..Atah butir kene. Malu wei datuk...dop tahu nok letok muke mane..




Datuk Mat Said. 

    Projek Masjid Kristal hok harga lebih RM250 juta pulok dengor citer  dop balik modal(rugi besor) kalu nok banding dengan Masjid Cheng Ho kat Kelantan hok harga dyer RM 8.2 juta. Jauh beza tu datuk..(walaupun kami orang kampung...kami panda gok ngira seket2...moga dup kira sokmo harge ikan layan hok naik tiap hari). Hok kami paling dop puah hati datuk, pasal tandingan perahu layor,  Moonsun Cup yang orang kate sapa larat RM 300 juta abis setahun. Kami dop maroh pown kalu datuk nok uat tanding perahu layor, sohkan perahu layor..tanding kapal selam pown dakper datuk,...tapi biarlah orang-orang kampung bley makan kedaroh dulu...biarlah orang kampung rase senang dop susoh...selesai hok tu dulu datuk.Kami hok dop berape panda ni rase DOP PERLU r Moonsun Cup kalu sebab nok suruh Negeri Terengganu famous seluruh dunia. Cuba try test datuk tengok Kerajaan Thailand. Negeri puok dyer ekploitasi(hadoo) seni budaya, keindohan alam sekitar, dan keunikan masyarakat puok dyer jer..kalu kita tengok negeri dyer  memang sohor r seluruh dunia.Doh negeri kita banyok gok air terjun, pulau2 hok comel, masyarakat hok unik..dop bakpe kerajaan datuk uat dop tahu jer.. 


 Datuk seri,


Hok ngelas datuk, Projek lebuh raya pantai timur(LPT). Memang projek ni banyok kebaikan pade rakyat..hok tu kami dop sekil. TAPI hok rakyat Terengganu maroh ngat datuk,  banyok  sangat puok2 datuk uat gelap pitih sapa kos nok uat siap projek tu naik berkali ganda dan makan mase bertahun-tahun hangit. BERJUTA-JUTA duit kami bazir bodo je..sedangkan datuk ade orang kapong terpaksa uat tebal muke minjam berah nok beri anok kedaroh nasik. Hok ni kami rase sedeh ngat datuk..Sebok....





Datuk Seri Ahmad Said,

Kami tengok dalam anok mata nelayan. Kami tenung dalam mata petani. Kami kelih dalam mata buruh binaan . Kami tengok ada cahaya kesedihan dalam mata mereka. Berkace mata mereka datuk.. Mereka dop MAMPU. Mereka dop mampu nok bertahan dengan kenaikkan harga barang yang naik secara menbabi buta. Mereka dop mampu nok bayor pelbagai jenis cukai hok amat membebankan mereka. Kami sebok dengor kisoh Pok Man Bleng hok kene saman di trafik. Sebab  muto honda bulat buruk hok dyer guna nok uat gi kebun hari2, road tax  tamat tempoh doh. Dye plop takddop lesen memandu.(Agok2 r boh..maen dalang kapong jer,,bukan nok uat belumbe) Dyer hok nanam pokok pisang dalam tanoh dua jeka(bukan ekar) tu dop mampu bayor cukai jalan dan lesen memandu. Paling kurang habis r dalam 1000 ringgit .Sama dengan 2 bulan hasil jual pisang.Neleh air mata kami dengor cerita mereka sekeluarga. Terpaksa ikat perut sebab nok bayor saman takut-takut kene naik court pahtu kene masuk jare marang.


Datuk Mat Said,



  Memang budok2 muda nok hiburan datuk, tapi jangan r kerajaan datuk buat hiburan melampau batas. Sapa budok2 muda hilang terus jati diri. Try datuk gi tengok kat busstand ari sabtu, rama mane budok2 puan campur gaul jantan tine. Hok tu paka baju dop cukup kain,,ade sorang tu..rambut meroh super bulu nyapu datuk,,kami dup perati egatkan amoi cina...rupa2 nya datuk,, cakap terengganu fasih...anok orang islam datuk, anok orang melayu. Malu datuk!!!Kalu datuk takboh cari ustaz nok suh ngajor pown, datuk kuranglah seket pesta2 maksiat. Pesta pata hok syirik ow, siap ade awek dup joget tat ting..tat ting ...mende base gini datuk..Kami orang kapong takboh doh bace surat khabor, 3000 anok luar nikoh lahir setiap tahun di Terengganu..MALU datuk...nok letok mane maruah Terengganu Darul IMANG!! Se lagi, dop soh lah datuk nok sekat ustaz2 nok ngajor, macam ustaz Azhar idrus ow..biar budok2 mude kita ade ilmu seket...dop la bedooh sangat perangai budok2 mude kite .

Datuk Seri Mat Said, 


Sampai sining doh r warkah dari orang kapong ni datuk,,,datuk dop payoh la wase ati neh..terima kasih datuk kerana sudi membaca surat kami yang tidak seberapa nim..





Yang Benor,


.........................
(Mohamad bin Jusoh (pok mat rima)

ADMIN: ''DISEBALIK tangisan rakyat marhaen ini datuk, kami tekad untuk teruskan pejuangan kami membela nasib orang kapong. Kami takboh pown pangkat dan harta bende. Kami dop perlu kuasa sebab nok bolot projek dan mengenyangkan anak cucu 7 Keturunan. Tapi kami PERLUKAN  kuasa untuk BUAT perubahan yang menyeluruh. Pejuangan kami hanya untuk rakyat ikhlas kerana ALLAH s.w.t."


(dipetik dan diedit dari blog milik rakyat Terengganu)


Kosa kata bahasa Terengganu( bahase no2 didunia..Ustaz Azhar kabo)


  • ngaji: sekolah
  • ngelas: paling akhir
  • sokmo: Selalu
  • Supe: Seperti
  • Dop seke ambe: tak sangka saya/aku
  • Sapa larat: Sehingga/sampai jadi
  • perati: Tengok/lihat
  • tok-tok wokil: wakil rakyat
  • gelor: Panggilan/gelaran
  • kabo: Beritahu
  • sekin: Miskin
  •  Gitu seme: macam itu sekali
  • minjam: meminjam
  • solek: hias/menyolek
  • takdop: tidak ada
  • karat biru: OKU(orang kuat umno)
  • musing ligat: berpusing-pusing(tidak kemana)
  • uat gelap: songlap
  • dakyoh: tak payah
  • saeng: kawan
  • dup: tinggal(asal)
  • macang: macam
  • ikan layan: Ikan selayang
  • dakper: tak ape/tak per
  • makan kedaroh: makan 
  • sekil: musykil/ terkilan
  • muto: motorsikal
  • jeka: sejengkal
  • neleh: menintis
  • jare: Penjara
  • mende base: apa benda
  • ngajor: mengajar
  • bedooh: keterlaluan
  • wase hati: ambil hati

Hukum Penggunaan Wang Zakat : Lampiran Khas 1

Hukum Penggunaan Wang Zakat : Lampiran Khas 1

1) Golongan yang berhak menerima harta zakat telah ditentukan Allah, ianya tidak diserahkan kepada pilihan manusia atau pemerintah semata-mata. Setiap yang telah ditentukan Syarak perlulah dilaksanakan sebagaimana dikehendaki Syarak. Ini menjadi amanah penting yang dipikul oleh individu atau institusi yang bertanggungjawab menguruskan harta zakat; memungut dan mengagihkannya. Menjadi satu kaedah yang disepakati oleh para Fuqahak bahawa; تَصَرُّفُ الإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ “Tidak tanduk pemimpin dalam perkara yang berkait dengan rakyat terikat dengan maslahah (untuk rakyat)” (al-Asybah wa an-Nazair, Imam as-Suyuti). Mengulas kaedah ini, Imam Ibnu Nujaim berkata; إذا كان فعل الإمام مبنيا على المصلحة فيما يتعلق بالأمور العامة لم ينفذ أمره شرعا إلا إذا وافقه، فإن خالفه لم ينفذ “Oleh kerana perlakuan/tindakan pemimpin bagi urusan-urusan awam mesti terbina di atas maslahah, tidak dilaksanakan arahannya –dari segi Syarak- melainkan jika arahan itu menepati maslahah. Maka jika ia menyalahai maslahah, tidak harus dilaksanakan” (al-Asybah wa an-Nazair, Imam Ibnu Nujaim, halaman 138). 

2)  Khusus bagi pengurusan kewangan, Saidina ‘Umar pernah menegaskan; إني أنزلت نفسي من مال الله تعالى بمنزلة ولي اليتيم. “Sesungguhnya aku meletakkan diriku dalam pengurusan harta Allah sama seperti kedudukan penjaga harta anak yatim”. Penjaga harta anak yatim adalah adalah pemegang amanah. Tidak harus ia membelanjakan harta itu sewenang-wenang seolah-olah harta itu miliknya, sebaliknya ia hendaklah menguruskan harta itu bagi pihak orang lain dengan penuh kejujuran agar ancaman Allah dalam ayat berikut tidak berlaku ke atasnya; إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْماً إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَاراً وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيراً (Surah an-Nisa’, ayat 10) Menyentuh tentang pengurusan harta zakat, Imam an-Nawawi menegaskan; “Adalah dituntut ke atas pemerintah dan individu yang ditugaskan memungut zakat apabila diserahkan kepadanya urusan pengagihan harta zakat untuk memberi perhatian kepada memastikan dengan tepat orang-orang yang berhak terhadap harta tersebut, mengetahui bilangan mereka, kadar keperluan mereka dan kadar hak mereka” (al-Majmu’, kitab az-Zakah, bab Qism as-Sadaqaat, 6/188). 

3) Golongan yang berhak menerima zakat Allah telah menghadkan orang-orang yang berhak menerima harta zakat kepada lapan golongan; 

i. Untuk golongan fakir 
ii. Untuk golongan miskin 
iii. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama \
iv. Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat 
v. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya 6. Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang 
vi. Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah) 
vii. Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan.

 إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ          عَلِيمٌ حَكِي 
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (yakni zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hokum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (at-Taubah: 60) 

4)   Oleh kerana orang-orang yang berhak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah, tidak boleh sewenang-wenangnya kita harta zakat digunakan kecuali kepada kepada aspek-aspek yang ditentukan Syarak. Para ulamak menegaskan; Jika seorang telah tersalah memberikan zakatnya di mana ia membayar zakatnya kepada orang yang tidak layak menerima harta zakat, maka zakatnya tidak sah dan wajib diulangi. (al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 514). Kerana itu, amat penting diperhatikan kepada siapa kita salurkan zakat kita? 

5) Pengertian Sabilillah Jumhur ulamak terdahulu (termasuk ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie) mengkhususkan Fi Sabilillah hanya kepada tentera-tentera Islam yang berperang di jalan Allah. Ini sebagaimana ditegaskan oleh Imam as-Syirazi dalam al-Muhazzab; “Bahagian Fi Sabilillah diberikan kepada tentera-tentera yang berperang secara bersunguh-sungguh jika mereka tidak diberi gaji. Adapun tentera-tentera yang dibayar gaji oleh pemerintah, maka mereka tidak diberikan zakat kerana rezki dan keperluan mereka ditanggung oleh harta Negara (al-Fai’)” (al-Muhazzab, Kitab az-Zakah).

 6) Berkata Imam Nawawi ketika mensyarahkannya; “Mengikut mazhab kami (yakni mazhab Syafi’ie), habuan fi Sabilillah yang disebut dalam ayat ialah dibelanjakan kepada tentera-tentera yang tidak diperuntukkan bagi mereka harta dari jabatan kerajaan di mana mereka berperang secara sukarela. Perdapat yang sama diutarakan oleh Abu Hanifah dan Malik” (al-Majmu’, Imam an-Nawawi). 

7) Namun terdapat para ulamak yang memperluaskan pengertian Fi Sabilillah ini kepada semua aktiviti dan usaha untuk kemaslahan Islam dan umat Islam. Di antara mereka, Imam al-Kasani yang menyebutkan dalam kitabnya yang terkenal (بدائع الصنائع): Adapun firman Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه): ia adalah ungkapan bagi semua usaha yang mendekatkan diri kepada Allah. Maka termasuk di dalamnya semua orang yang berusaha melaksanakan ketaatan kepada Allah dan berusaha di jalan kebaikan jika ia seorang yang memerlukan (harta zakat)”. 

8)  Menurut Imam Fakhruddin ar-Razi; Imam al-Qaffal telah menaqalkan dalam tafsirnya dari beberapa Fuqaha’ yang mengharuskan dibelanjakan zakat untuk semua bentuk kebaikan/kebajikan seperti membina benteng-benteng pertahanan, membangunkan masjid dan sebagainya kerana ungkapan Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه) itu adalah umum”. (Tafsir ar-Razi: 16/113, Lihat Fiqh az-Zakat, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 2, hlm. 689).

 9) Apa yang jelas dari kalimah yang digunakan Allah “Fi Sabilillah”, penggunaan harta zakat bagi tujuan ini hendaklah yang ada kaitan dengan agama dan ummah, bukan semata-mata kepentingan bersifat individu. Ini sebagaimana disentuh oleh Syeikh Rasyid Ridha dalam tafsirnya al-Manar; “Setelah dibuat kajian jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan Fi Sabilillah di sini ialah segala urusan kepentingan umum kaum muslimin yang dengannya tertegak urusan agama dan Negara. Ia bukan urusan kepentingan individu….”. (Fiqhu az-Zakah, jil. 2, hlm. 692).

 10) Ditegaskan juga oleh Syeikh Abdurraziq Nasir Muhammad (salah seorang ulamak al-Azhar, Mesir) dalam buku Fiqh Zakatnya; “Maksud kalimah Sabilillah ialah maslahah-maslahah umum yang melata manfaatnya kepada sekelian kaum muslimin, bukan yang khusus kepada individu tertentu sahaja” (Fiqh az-Zakah Fi al-Mal wa al-Badan, halaman 139) 

(Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia)

Admin: Patutkah Menteri terima zakat untuk bayar kes guaman. Kes guamannya adalah untuk menghalang DS Anwar daripada membawa kesnya ke mahkamah syariah. Rakyat tidak bodoh wahai Pak Menteri...

Khamis, 12 Januari 2012

Allah selamatkan kami," Wardina



Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH”katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwaCincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku.Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakkau” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

 ”Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
“Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”    
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang  yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

(Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,
Wardina

Admin: Baca kisah ni menguatkan hati kami untuk terus meperjuangkan agama Islam agar Undang-undang Allah S.W.T tertegak di muka bumi Malaysia ini. Jika puak Umno kata undang-undang islam itu kejam, bayangkan jika sesuatu yang buruk berlaku kepada keluarga wardina atau sesiapa sahaja...Yang mana dikatakan kejam menghukum pesalah atau menzalimi orang yang tidak bersalah????jawablah Umno..jangan jadi BODOH!!.
Terdapat ralat dalam alat ini