~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Sabtu, 25 Februari 2012

Kenapa Lynas perlu DIHENTIKAN??


Kenapa ko anti lynas? Ko belajar sains meh? Ko tahu tak lynas tue selamat? Ko tak reti pasal neh buat cara tak reti. Jangan nak berlagak pandai dengan budak sains. Apa yang ko cakap tue langsung tak akedemik, sampah dan tak berasas. Jangan anti lynas. Kita sokong sebab lynas selamat. 

Lagipun ko ingat aku taktau meh bahawa anti lynas tue tajaan pembangkang untuk lawan kerajaan? Alah bukan apa sangat cuma nak lawan kerajaan.. so saja2 lah buat hijau la kuning la apa lah. Saja nak populis padahal taktau satu hapa pun pasal lynas. Pigidah. 

Ini antara komen2 yang wujud bila kita menyuarakan bantahan anti lynas.  Sebenarnya pendirian mereka tidak semua nya salah. Ada yang betul. Tetapi perjuangan kita juga bukan salah. Malahan lebih betul dari pendirian mereka. Walaupun mereka ada fakta akedemik, kita juga bukan lawan guna hujah sampah.

Sudah banyak bahan bacaan pasal lynas neh di share tetapi mungkin masih ramai yang sukar nak faham. Mungkin bahasa yang digunakan terlalu akedemikal sehingga menyebabkan sukar untuk mereka memahami apa itu lynas dan kenapa perlu kita bantah projek neh.

Adakah lynas berbahaya?

Tidak. Lynas neh sebenarnya baik. Dia akan menguntungkan malaysia geng. Kita akan dapat memecahkan monopoli negara china yang menguasai 97% pasaran rare earth. Memecahkan monopoli china bererti membuka satu lagi peluang untuk menjana pendapatan negara. Ini impak positif.

Selain itu teknologi yang di bawa oleh lynas boleh dipelajari oleh rakyat malaysia. Jika pekerja2 malaysia terlibat dalam operasi kilang lynas kita boleh belajar bagaimana nak operate kilang seperti neh, belajar teknologi mereka dan kemudiannya kembangkan ia untuk kegunaan rakyat sendiri.  

Bukan senang ye nak operate kilang2 seperti neh. Ia memerlukan kemahiran dan kepakaran yang tinggi. Berada di malaysia ialah satu keuntungan kepada rakyat malaysia itu sendiri untuk mengintai teknologi mereka dan seterusnya belajar sehingga mahir. Mana tahu suatu hari nanti kita ada rakyat malaysia yang cipta mesin proses nadir bumi. 

Habis kalau best sangat kenapa ada anti lynas?

Lynas memang best tapi sayang operasi lynas itu akan menghasilkan sisa. Sisa itu kemudiannya akan menghasilkan radiasi. Semakin banyak sisa yang terhasil dan terkumpul, semakin tinggi radiasi akan terbentuk. Sisa itu menurut lynas tidak akan dipindahkan semula ke australia. Sebaliknya akan kekal di malaysia. Terpulanglah cara mana lynas malaysia nak uruskan ia yang penting ia akan kekal di malaysia.

Baca bawah neh ;

‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. 

Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.

 ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!. -HD-

Itu baru setahun. Bukan 12 tahun. Itu jika tiada operasi tambahan. Bayangkan jika mereka menambahkan operasi. Bukan kah sisa juga akan bertambah? Dari dulu lagi LYNAS tidak menjawab bagaimanakah mereka akan menguruskan sisa neh. Aku dah baca banyak artikel pasal lynas neh mostly dari malaysia insider english dan bm version.

Mula2 lynas malaysia cakap sisa pemprosesan boleh dibuang sebagai sampah domestik. Maksudnya boleh dilepaskan begitu sahaja. Namun setelah diteliti kita dapati sisa tersebut tidak boleh dilepaskan begitu sahaja sebab ia mengandungi radiasi.

Kemudian kata mereka radiasi itu sangat kecil. Alah radiasi rokok lagi bahaya. Radiasi tv lagi tinggi. Setakat lynas apa lah sangat. Namun mereka lupa kita juga bukan orang bodoh. Radiasi itu kecil kerana jumlah nya sedikit. Bagaimana jika sisa itu semakin banyak? Bukan kah radiasi akan semakin tinggi?

Kemudian mereka kata alah.. bukan hari2 kena radiasi. Jarang2 kena. Macam xray tue. Pun ada radiasi gak. Tapi terpaksa tahanlah kesan radiasi kalau nak berubat. Sama macam gebeng. Sekali sekala kena radiasi takde apa hal sangat. 

Dan sekali lagi mereka lupa. Badan manusia neh berbeza2. Boleh jadi sesetengah manusia boleh kena radiasi xray. Tapi bukan pula bagi manusia yang lain. Contohnya sedara aku sorang neh. Dia tak boleh kena radiasi even dari x ray pun sampai doktor tak boleh nak x ray dia. So tahap kesihatan yang berbeza2 bagi setiap manusia neh akan menghasilkan kesan yang berbeza2 juga.  

Dan akhirnya mereka pun terdiam. Mereka tidak menjawab bagaimana sisa tersebut akan di uruskan. Ada pernah terbaca bahawa mereka akan kumpulkan ia di satu tempat dan tempat tersebut dijamin tertutup. Tiada akan ada radiasi yang KELUAR namun dalam masa yang sama mereka juga menerangkan bahawa tidak boleh memberikan jaminan keselamatan 100% kerana ia sesuatu yang mustahil!

Faham tak? Radiasi memang wujud di sisa buangan tetapi radiasi tersebut berkumpul di satu tempat dan tidak akan dibiarkan untuk keluar namun tidak boleh berikan seratus peratus jaminan keselamatan sebab ia mustahil. Alasan mereka ialah mana ada pemprosesan nadir bumi yang 100% selamat. Nah.

Di jamin selamat tetapi bukanlah keselamatan yang sepenuhnya? Jika anda jadi penduduk kuantan maka apa yang anda akan fikir? 

Apa yang berlaku ketika di proses pula?

Ketika di proses ini yang akan berlaku ;



Selepas itu, ini pula akan berlaku ;


Kat sini lah argument kita pasal sisa bermula. Jika ia penuh macam mana lynas malaysia akan uruskan dia? Bina loji simpanan yang baru? Lepaskan ia sebagai sampah domestik? Atau kekalkan ia dalam loji penyimpanan sisa? Adakah ini bermakna loji simpanan yang ada radiasi tersebut akan kekal berada di situ sampai bila2? Bagaimana jika berlaku hakisan tanah? Bagaimana jika berlaku gegaran? Gelinciran? Gempa bumi? Tsunami? Atau apa sahaja. Adakah ia akan selamat? 

Jika korang pernah baca dulu ada kes pasal paip yang digunakan dalam pembinaan kilang lynas neh tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Sepatutnya guna paip jenis tue tapi mereka guna jenis lain. Tak pasti sejauh mana ia akan memberikan kesan negatif tapi kalau takde kesan buat apa engineer yang terlibat dalam lynas neh bersuara?

Dan bayangkan jika berlaku kebocoran dan sebagaimana apa yang penduduk kuantan akan alami? Lihat bawah neh ;





Ini hanya akan terjadi jika radiasi tersebut bocor / dilepaskan keluar. Selagi ia tidak dilepaskan keluar, selagi itu penduduk kuantan akan selamat. Itu adalah fakta. Tapi macam aku cakap kat atas tadi, risiko tetap ada. Oleh kerana itu kenapa rakyat kuantan perlu menghadapi risiko neh? At least mesti ada sebab yang nyata untuk mereka bersedia menanggung sebarang risiko bukan?

LYNAS offer peluang pekerjaan pada penduduk setempat der.

Jangan bohong. Peluang pekerjaan cuma 350 sahaja. Dan sudah tentu ia bukan boleh guna sebarangan buruh. Ia perlukan buruh mahir dan separuh mahir. Dan ia perlukan seorang yang tahu mengendalikan operasi mesin dan sistem. Ia juga perlukan seseorang yang berpengalaman tinggi bagi menguruskan kilang.  Apakah layak orang malaysia mengetuai lynas? Tidak. LYNAS  [ MALAYSIA ] 100% dimiliki oleh australia. Kita takde saham satu sen. So apa keuntungan kepada penduduk kuantan untuk mereka bersedia menanggung risiko? Jawapan nya ialah ==> TIADA.

LYNAS jana pendapatan ekonomi negara der. Bayangkan permintaan yang tinggi terhadap rare earth. Berapa banyak malaysia boleh dapat? Untung siot.

Ya. Tapi masalahnya lynas neh bukan malaysia punya. Malaysia [atas nama kerajaan] tiada apa2 saham ataupun kepentingan pun jika lynas neh beroperasi di malaysia. Malahan ia bebas cukai selama 12 tahun. Macam mana kerajaan nak menjana ekonomi dari lynas aku tatau.  Kalau atas nama individu, ya ada. Tetapi itu individu dan syarikat proksi pro pemimpin kerajaan. Still keuntungan nya tidak mendapat kepada rakyat dan kerajaan. Ia swasta. Bukan hak milik kita keuntungan tersebut. 

Jadi sekali lagi penduduk kuantan tertanya2 apa keuntungan kepada mereka untuk membiarkan mereka sanggup berhadapan dengan risiko tinggi seperti ini?

Fikirkan teknologi yang kita boleh belajar dari mereka. Saintis PAS pun setuju. Apa masalahnya?

Apakah che rosli satu2nya saintis yang wujud di malaysia neh? Bagaimana pula dengan pakar lain yang turut tidak bersetuju dengan lynas? Apa yang membuatkan korang mesti berpegang kepada kata2 che rosli dan meninggalkan kata2 pakar yang lain? Adakah hanya che rosli yang di iktirafkan sebagai pakar di malaysia neh manakala yang lain bukan? Ya.. though dia dari pas tapi still kilang lynas bukan di bina di sebelah rumah dia. 

Saintis, doktor, peguam, nurse atau apa sahaja mereka juga kerap kali berbeza pandangan sesama mereka. Tidak terkecuali pun dalam isu lynas. Pandangan che rosli tidak salah. Dia menyokong kerana dia merasakan bahawa ada sesuatu kebaikan yang sainstis malaysia boleh dapat dari projek neh. Tapi dia lupa, nyawa manusia bukan bahan kajian.

Mungkin dia fikir jika kilang lynas di bina mengikuti spesifikasi yang ditetapkan, mematuhi semua protokol, mengikuti semua peraturan maka tiada apa2 yang akan berlaku. Tetapi dia sekali lagi terlupa bencana alam bukan sesuatu yang aku dan mana2 individu dapat kawal. Amek contoh mudah iaitu kapal terbang.

Manusia telah sedaya upaya membina kapal terbang sebaik yang mungkin agar tiada apa2 kerosakkan. Ini perlu bagi mengelakkan kemalangan. Kalau nak tahu protokol dan piawaian mereka sangat2 ketat. Tetapi tetap berlaku juga nahas kapal terbang samada kecuaian manusia ataupun tragedi alam. 

Kenapa? Sebab ada sesuatu yang sebaik mana pun kita merancang, kita tidak boleh melawan sesuatu yang Allah swt rancang. Sama dalam kes lynas. Walaupun ia ada manfaat tetapi manfaat yang merisikokan nyawa manusia tidak sepatutnya jadi pertimbangan langsung.

Lynas neh selamat der. Jangan lah fikir negatif sangat.

Kalau ia sungguh selamat kenapa australia tidak bina di negara sendiri? Negara mereka lebih besar dan luas dari malaysia tapi kenapa malaysia? Kenapa negara2 lain yang lebih mahir dan maju tak bina? Contohnya jepun yang juga akan menjadi antara pelanggan utama lynas malaysia. Kenapa jepun tak bina sendiri? Kenapa negara2 lain tak bina? Sebab tiada rare earth kat tempat mereka? Kat australia yang ada rare earth pun bina di malaysia kenapa pula? 

Jawapan nya mudah. Ia selamat hanya jika ia memenuhi spesifikasi. Ia selamat selagi tiada kebocoran. Ia selamat selagi dikendalikan dengan cekap dan teratur. Ia selamat selagi manusia dan mesin yang menguruskan pemprosesan rare earth neh tidak rosak, tidak cuai dan lalai. Adakah semua perkara2 neh bersifat kekal? Tidak. Sebab tue negara2 lain tak cukup bodoh untuk bina di negara mereka sendiri. 

China yang terlebih dahulu bina kilang rare earth tue telah menghasilkan pelbagai disaster kepada rakyatnya sendiri. Tidak kah anda sedar? Aku of course bukan pakar tapi apakah penulisan neh boleh korang nafikan ia? Baca sini.

Faktor kewangan, pelaburan dan strategik perniagaan lah der..

Okey. Sekali lagi, untuk siapa orang kuantan taruhkan nyawa mereka? LYNAS? Siapa lynas? Apa kaitan nya dengan rakyat kuantan dan kerajaan? Apa keuntungan yang kita akan dapat setelah merisikokan nyawa disini? Perlu ada sesuatu yang kita patut terima bukan? Kalau hanya sainstis dan orang2 tertentu jek terima maka apa perlu seluruh rakyat kuantan pula menjadi taruhan? Nampak tak? 

Ia mungkin mengurangkan beban lynas australia. Mungkin strategik bagi mereka. Mungkin keuntungan bagi mereka tapi apa pula yang kuantan dapat setelah merisikokan semua neh demi lynas australia? Apa?

Mereka tak dapat apa. Mereka hanya dapat ketakutan. Mereka hanya dapat kebimbangan. Mereka risau. Jika kita di tempat mereka, kita juga akan menghadapi perkara yang sama. Cakap memang senang. Ia selamat dan etc2. Okey, letakkan ia di sebelah rumah ko. Kenapa pula perlu letakkan ia di kawasan yang orang tak mahu?

Jika najib mahu, adnan mahu, penyokong2 umno mahu, che rosli mahu, orang yang belajar bidang neh mahu maka silalah suruh lynas buat kilang di sebelah rumah anda. Anda sendiri duduk dan tinggal di kawasan yang anda kata selamat. Jangan risikokan orang yang tak ingin terdedah dengan semua jenis bentuk ancaman neh. Kan tak adil disitu. Kenapa yang tidak menyokong perlu menerima risiko dan yang menyokong langsung tak mahu pula menerima risiko?

Dan tahu kah anda impak negatif daripada pembinaan kilang lynas neh? Harga rumah, tanah dan sekitar kuantan jatuh. Sapa nak duduk dekat kilang yang ada radiasi? Ko gila? Aku tak ingin. Malahan orang yang menyokong juga tak ingin. Macam mana pula orang yang tak menyokong boleh jadi ada ingin pula?

Kesan penyakit. Siapa yang akan bayar kos perubatan jika mereka sakit? Kerajaan ? Orang yang menyokong? tv 3? BN? Che rosli? Sapa pun takmo. Tapi suruh orang pergi check doktor kalau terkena radiasi. 

Wahhh.. senang dan sedap betul bercakap seolah2 rakyat kuantan petik duit kat pokok dan amek neh doktor aku nak check radiasi ada ke takde. Kalau ada aku juga kena keluarkan duit aku untuk rawat diri aku sendiri. Siapa yang tolong dan bantu aku setelah aku bersusah payah membenarkan radiasi beroperasi di tempat aku? Sekali lagi. Tiada siapa yang sudi setelah memaksa rakyat kuantan berkorban, tiada sesiapa pun yang sudi tanggung risiko. 

Mereka2 yang kononnya hebat bercakap dan konon nya cerdik pandai juga tidak sudi amek risiko tetapi memaksa rakyat marhaen menanggung risiko? Dan sekali lagi rakyat menikam rakyat disini. 

Ia tidak begitu menyakitkan jika pemimpin yang menikam rakyat. Ini kerana kita tahu pemimpin lazim nya gila kuasa. Tetapi apa yang sakit dan apa yang membuatkan kita luka lebih dalam ialah apabila ada rakyat yang menyokong pemimpin untuk mengadaikan nyawa rakyat disini. Tahu kah anda apa itu pengkhianatan? Tengok cermin. 

                                                                                 
 Ameno : Jangan biarkan generasi kita berpenyakit angkara lynas.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/02/kenapa-aku-ko-dan-kita-semua-perlu.html#ixzz1nQ6gFotV

Fitnah jahat terhadap Ustaz Badrul Amin



Hari ini kita digemparkan dengan isu tangkap khalwat seorang pemimpin berpengaruh daripada PKR. Isu ini telah dimainkan secara habis-habisan oleh media-media tali barut Umno. Seperti diduga, isu ini hanyalah satu bentuk konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin berpengaruh tersebut. Ikuti penjelasan oleh Ustaz Badrul Amin yang dikaitkan dengan insiden tersebut.




Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.


Dr. Badrulamin Bahron

Niat beliau sangat baik, tetapi telah menjadi mangsa fitnah yang amat jahat. Semoga Allah S.W.T melindungi hijab beliau...


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/02/terkini-penjelasan-penuh-ustaz.html#ixzz1nPykyAkR

Khamis, 23 Februari 2012

Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik?

kapal israel malaysia Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..
Malaysia VS Israel : Kalau semak semula laporan media cetak dan media arus perdana pasti akan ada “slot Israel” di mana memuatkan kenyataan Anwar Ibrahim di WSJ (Wall Street Jurnal) baru-baru ini. Dan, tidak kurang juga dengan minggu ini, ada laporan mengenai Israel. Kali ini ada laporan mendakwa kapal-kapal dari Israel dikesan berlabuh di pelabuhan Klang.
anwar israel wsj Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..Kalau tanya kami dengan kenyataan Anwar Ibrahim itu di Wall Street Jurnal yang mengatakan akan menerima & mengiktiraf Israel dengan pra-syarat, Israel mesti berdamai dan memberikan laluan kepada Palestin yang selama ini menindas hak rakyat Palestin. Israel yang nak berdamai? Urhmm….genjatan senjata dah dimetarai pun Israel tak ambil pusing malah terus mengebom Semenanjung Gaza. Berapa banyak kali dah ruang, peluang dan harapan diberikan atas nama pendamaian Palestin dan Israel? Berapa banyak dah kuasa veto yang digunakan melalui US bagi menyelamatkan “hayat bosnya” Israel? Adakah Israel benar-benar sudah bersedia untuk berdamai?
Kalangan negara-negara Islam sendiri pun masih lagi “haru-biru”. Sepatutnya kesatuan negara-negara Islam ini yang harus diberikan tumpuan untuk dipereratkan, bukannya megah hanya atas nama sahaja. Bertambah malang lagi jika ada mana-mana negara Islam yang menyumbang samada secara langsung atau tidak langsung kepada negara haram Israel….

Malaysia VS Israel : Malaysia Tiada Hubungan Diplomatik Antara Malaysia Dengan Israel

Berbalik kepada dakwaan terbaru mengatakan Malaysia ada hubungan dengan Israel baru-baru ini, kami tertarik dengan kenyataan menteri ini…
mukriz malaysia israel Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mengulangi kenyataan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.
Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.
Mukhriz berkata, pembangkang telah cuba memanipulasikan isu berkenaan bagi mewujudkan salah faham hakikat bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
“Tiada hubungan diplomatik bermakna tiada interaksi antara kedua-dua kerajaan. Perdagangan yang wujud adalah urusan pihak swasta dari kedua-dua negara dan kerajaan Malaysia tidak menghalangnya,” katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Sinar Harian, semalam.
Kenyataan wakil Barisan Nasional (BN) yang selalu menyebut tiada hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Israel sengaja diputarbelitkan oleh Pakatan Rakyat,” tambahnya. (sumber : Malaysiakini)
Betulkah Malaysia tidah hubungan diplomastik langsung Israel. Tetapi persoalannya sekarang ini :
Dan kalau ditonton semula laporan berita TV9 pada tahun lepas ada menunjukkan bantahan dek kerana ketibaan kapal Israel berlabuh di pelabuhan Klang…
Berdasarkan dakwaan sebelum ini, kapal dagang milik syarikat yang ada kaitan dengan Israel iaitu ZIM Atlantic dan Zim USA telah berjaya dikesan berlabuh pada 16 Februari 2012 yang lalu di Port Klang. Semakan di laman web Zim Integrated Shipping itu sendiri menunjukkan hasil keputusan seperti di bawah ini :
malaysia israel Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..
Adakah Kapal ZIM berlabuh di pelabuhan Klang perkara baru? Tidak sama sekali. Kami pernah kongsikan laporan berita ini : Israel Keluar Dari Port Klang & Malaysia !!
Tidak cukup lagi? Menteri mengatakan Malaysia VS Israel tiada hubungan diplomatik? Tetapi mengapa semakan kami di laman web Zim itu sendiri menunjukkan Israel Corporation merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat Zim Integrated Shipping Limited iaitu sebanyak 98%. Ok, itu yang pertama.
zim malaysia israel Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..
Yang keduanya semakan kami di laman web Israel Corporation menunjukkan Israel Corporation syarikat holding yang terbesar di Israell dan  merupakansalah satu daripada 10 syarikat teratas yang tersenarai di dalam Tel Aviv Stock Exchange (Bursa Saham Tel Aviv)
israel malaysia Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..
Kami berharap menteri dan kerajaan Malaysia menjawab isu ini dengan sebaiknya. Rakyat Malaysia menantikan jawapannya….

Sabtu, 11 Februari 2012

Bekas SU Akhbar Menteri di JPM akui Islam lebih terpelihara dibawah PR Pulau Pinang berbanding UMNO/BN..




Ini adalah pandangan bekas pengarang Bernama dan juga bekas setiausaha akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Syed Imran yang menyatakan pemerhatian beliau dalam blognya, Kuda Ranggi tentang apa yang telah dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang untuk Islam.

Dalam pemerhatiannya yang telah menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang beliau telah melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering disensasikan oleh media arus perdana tentang untung nasib Melayu dan Islam disini.

Menurut beliau juga jika dipercayai sepenuhnya apa yang dilaporkan oleh media arus perdana di dalam akhbar dan juga media elektronik kemarahan pasti akan timbul dan 1001 tohmahan akan dilempar kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP.


Hakikatnya masalah berkaitan orang Melayu dan Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini, namun begitu kini di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP ianya jauh lebih baik dari semasa di bawah UMNO/BN..


Apa yang dilakukan oleh pentadbiran negeri Pulau Pinang untuk Islam

Saya menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan 'berita sensasi' mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik 'arus perdana', kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada pentadbiran negeri.

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.

Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar 'Ceti' dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang 'menumpang' di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu, berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.

Dalam kawasan bandar raya, kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di Lebuh Aceh (Acheen Street - wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja, Kampung Makam di Jalan Dato' Keramat (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee).

Ketiga-tiga buah kampung itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai 'lombong emas' yang mengundang banyak pihak menaruh minat tetapi oleh kerana tarafnya sebagai harta wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya. Bayangkan apa akan berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu bukan harta wakaf?

Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya. Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang.

Kebelakangan ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" sedangkan ia adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" pihak berkenaan berharap ia dapat membakar semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam.

Banyak masalah yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan.

Pentadbiran Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.

Belanjawan atau Bajet 2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja.

Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan, penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Antara program yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 - Program Membasmi Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan Anak Emas yang bermul pada 2011.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar sepenuhnya.

Sudah tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa.

Saya perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.


1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta


2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA

Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00


3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta


4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00


5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri


6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN

Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun


*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP.

Rabu, 8 Februari 2012

Isu NFC: Lagi Pendedahan

PENGARAH strategi KEADILAN, saudara Rafizi Ramli bagaikan terkena loteri dengan pendedahan terbaru berhubung NFC (National Family Corruption).

Beliau menceritakan telah secara tidak sengaja menemukan sebuah lagi kondominium keluarga Shahrizat yang terletak di atas restoran mewah milik mereka di Singapura.

Dengan bantuan ramai warga Singapura yang sedia membantu mendedahkan skandal Ketua Wanita Umno itu, Rafizi berjaya menemukan restoran mewah milik Keluarga Shahrizat yang terletak di Marina Bay, Singapura.

Apabila pekerja restoran tersebut diajukan soalan tentang kondominium milik keluarga Shahrizat, mereka secara spontan telah terbuka rahsia.

"Yes our boss got two condo above this restaurant" terang Rafizi sambil tersenyum.

Hal ini membawa kepada pembongkaran dua lagi unit kondominium milik keluarga Shahrizat yang berharga lebih RM34.6 juta di Singapura.

"Tidak susah untuk mengesan dua lagi unit kondo milik keluarga Shahrizat kerana ramai warga Malaysia di Singapura yang sedia tampil memberi maklumat" kata Rafizi.

"Jika Shahrizat mahu menyembunyikan harta kemewahan beliau di Singapura, beliau harus menutup ribuan mulut warga Singapura yang sanggup memberikan maklumat secara sukarela ini" tambahnya lagi.


source: http://milosuam.blogspot.com/2012/02/kantoi-dua-lagi-kondo-keluarga.html#ixzz1lo1j5Ukr

Sabtu, 4 Februari 2012

Maulidur Rasul Bukan Sekadar Berarak

 

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati. 

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.

Justeru, sebagai umat Islam kita perlu memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.



Sumber: Tuan Guru  Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Jumaat, 3 Februari 2012

Rahsia perolehi kekayaan dan dijauhi kekufuran


Tafsir dan Kelebihan Surah al-Waqiah.

 


Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam al-Quran mengandungi 114 surah semuanya. Terdapat beberapa surah penting yang mempunyai kelebihan untuk diamalkan sebagai bacaan setiap hari. Antara surah tersebut adalah surah al-Waqiah. Surah al-Waqiah adalah surah yang ke 56 di dalam al-Quran yang mengandungi 96 ayat. Surah ini di turunkan di Makkah. Surah ini menjelaskan tentang kejadian hari kiamat, syurga dan neraka.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa ayat ke 13-14 yang berbunyi : "Segolongan besar dari orang-orang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian" dirasakan berat oleh para sahabat. Maka dari itu, turun ayat ke 39-40 yang berbunyi : "Segolongan besar dari orang-orang terdahulu dan segolongan besar pula dari orang-orang yang kemudian." Dengan demikian, syurga akan seimbang antara orang yang terdahulu dan orang yang kemudian.

Surah al-Waqiah begitu jelas sekali menyuruh manusia supaya sedar bahawa manusia perlu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mempercayai rukun iman yang kelima iaitu mempercayai hari kiamat itu wujud. Pada hari kiamatlah di mana semua manusia seawal Nabi Adam sehinggalah ke akhir-akhir zaman manusia akan dihitung dan diberi ganjaran di atas setiap bentuk perbuatan mereka. Di hari itu nanti tidak akan ada seorang pun yang mampu menyembunyikan apa-apa jua serta mendustakan apa-apa jua melainkan semuanya sudah diketahui. Mereka yang tidak bertakwa akan diselubungi dengan seribu penyesalan yang sia-sia. Mereka kelak akan dihumban ke dalam api neraka dan diberi minum dari air yang mendidih dan diberi makan dari pohon zaqqun.

Beruntunglah orang-orang yang beriman dan membenarkan hukum Allah. Golongan ini akan mendapat kemenangan, kenikmatan dan kebahagiaan di dalam syurga. Nikmat syurga adalah nikmat yang abadi dan ianya sedikitpun belum pernah menyamai nikmat kebahagiaan di dunia. Sekiranya kita yang mengecapi nikmat kebahagiaan di dunia sudah merasa betapa besar pemberian Allah kepada kita, apatah lagi apabila berada di syurga kelak. Tidak dapat terjangkau oleh pemikiran kita. Subhanallah!

Setelah memahami serba sedikit tentang maksud ayat-ayat di dalam surah al-Waqiah, marilah kita melihat dan mengetahui kelebihan-kelebihan tentang surah ini. Memang kita ketahui semua ayat al-Quran mempunyai kelebihan dan manafaat. Allah tidak membezakan atau melebihkan sesetengah ayat al-Quran berbanding yang lain sepertimana di dalam surah al-Anam ayat 38 yang bermaksud "Tiadalah kami alpakan sesuatu pun dalam al-kitab dan pada Tuhanlah mereka semua dihimpunkan."

Sahabat yang dimuliakan,
Nabi S.A.W. juga tidak menyebut bahawa sesetengah ayat al-Quran itu mempunyai kelebihan dalam menyempurnakan sesuatu perkara. Oleh itu kita perlu beranggapan bahawa semua ayat di dalam al-Quran adalah sama rata kelebihannya. Dengan ini jelaslah bahawa sesiapa yang membaca al-Quran secara istiqamah dan sempurna tidak kira apa surah dan ayat sekalipun, insyaAllah, dia bakal menerima kebaikan di dunia dan akhirat.

Namun demikian Allah berfirman pula di dalam surah al-Baqarah ayat 269 yang bermaksud "Allah menganugerahkan hikmah iaitu kefahaman mengenai al-Quran dan sunah kepada siapa yang Dia kehendaki. Sesiapa yang menerima hikmah itu, dia benar-benar mendapat kurnia yang banyak."

Di dalam mengharungi hidup manusia perlu bekerja untuk menyara hidup sendiri mahupun keluarga. Kestabilan ekonomi sesebuah keluarga perlu untuk menjamin kebahagiaan dan kemakmuran. Kebahagiaan itu akan memberikan kita ketenangan supaya kita dapat beribadat dengan selesa tanpa memikirkan kesusahan mencari rezeki. Untuk itu kita perlu melakukan ataupun mengamalkan perkara-perkara yang membolehkan kita mendapat rezeki.

Ramai yang mengetahui bahawa amalan surah al-Waqiah ini akan memberikan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. "
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Kekuatan surah al-Waqiah juga ada dijelaskan di dalam ayat 89 hingga 91. Firman Allah S.W.T maksudnya : " maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga (yang penuh) kenikmatan. Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan maka, "Salam bagimu (wahai) dari golongan kanan! (sambut malaikat)"
(Surah al-Waqiah ayat 89-91)

Ia menjelaskan bahawa sesiapa yang dekat kepada Allah, dia akan menemui kebaikan. Dan barang siapa yang mengingkari Allah, dia akan menemui kepedihan. Di dalam ayat 75 hingga 82 juga ada menyebut peringatan Allah bahawa semua yang berlaku adalah dalam ketetapanNya.

Firman Allah S.W.T maksudnya : "Lalu Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang. Dan sesungguhnya itu benar-benar sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui dan (ini) sesungguhnya al-Quran yang sangat mulia, dan kitab yang terpelihara (Loh mahfuz) tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan seluruh alam. Apakah kamu menganggap remeh berita ini (al-Quran)?"
(Surah al-Waqiah ayat 75-82)

Termasuklah rezeki. Manusia boleh berdoa dan berusaha tetapi yang menentukan segalanya adalah Allah. Namun amalan surah ini mestilah disertakan dengan usaha dan kerajinan dalam melakukan kerja. Tidak boleh berpeluk tubuh saja. Tidak ada doa yang akan termakbul dengan sendiri tanpa usaha.

Doa dan usaha perlulah seimbang. Malah sesiapa yang berusaha serta mengamalkan pembacaan surah ini lalu disertakan juga amalan-amalan yang lain seperti solat sunat Duha, beramal soleh, solat sunat tahajud dan solat sunat hajat , sentasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, menghormati ibu bapa, pasti akan memberi lebih keberkesanan lagi. Niat melakukan kerja juga memainkan peranan penting. Niat menambah rezeki mestilah kerana Allah dan untuk disalurkan ke jalan Allah. Jalan untuk melakukan kerja juga mestilah dengan cara yang halal.

Saranan bahawa surah al-Waqiah ini dibaca pada waktu malam dikuatkan dengan pembentangan surah al Muzammil ayat 20, firman Allah S.W.T maksudnya : "Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, dan selama sepertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu) padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang.."

Di dalam ayat-ayat al Quran itu Allah sering menyeru manusia supaya bangun beribadat di malam hari di ketika manusia-manusia lain sedang di alun mimpi. Di malam hari juga turunnya para malaikat dan Jibril dengan izin Allah bagi mengatur semua urusan.

Mengenai jumlah bacaan yang perlu dibaca, tidak dapat dipastikan. Tidak ada saranan supaya surah ini dibaca beberapa kali. Namun adalah elok sekira ianya dapat dibaca lebih dari sekali mengikut kemampuan. Kerana sekiranya ia dibaca sekali sahaja ianya kurang berkesan di hati lalu akan menjadi kurang mustajab. Membaca surah al-Waqiah, atau apa-apa surah sekali pun adalah ibarat kita mengingati Allah. Semakin banyak kita membacanya, semakin dekat kita dengan Allah. Jadi bacalah ia berkali-kali dengan khusyuk dan tawaduk.

Setelah segala usaha bersama doa yang dilakukan dengan khusyuk dan istiqamah bagi tujuan untuk mendapatkan rezeki, apa yang perlu dilakukan selepas itu adalah dengan berserah kepada Allah. Hanya Allah lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Sekiranya Allah mengurniakan sesuatu yang tidak sesuai kepada hambanya, sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan perlu diterima dengan hati yang reda. Perlu diingat bahawa Allah selalu menguji hamba-Nya bukan saja dengan kesulitan tetapi juga dengan kesenangan dan kenikmatan.

Dengan membaca surah al-Waqiah dalam aspek jiwa, jiwa akan menjadi lebih tenang. al-Quran dapat mengubah peribadi seseorang manusia daripada negatif kepada positif sekiranya diamalkan dengan cara istiqamah dan tawaduk. Surah al-Waqiah yang dibaca mampu merawat jiwa yang gelisah menjadi tenang, fikiran yang kacau menjadi rapi dan tersusun.

Kelebihan orang-orang yang membaca al-Quran secara khusuk dan istiqamah akan diberikan keberuntungan yang berlipat kali ganda oleh Allah. Tak kiralah samada dari segi kekayaan di dunia mahupun kesenangan di akhirat. Tetapi bagi mereka yang kufur dan menentang ajaran Allah, orang-orang ini akan dijauhkan nikmat-nikmat Allah dan rahmatNya. Pun begitu semuanya terserah bulat-bulat kepada Allah tentang siapa yang akan diberikan rahmat dan hidayatNya. Sepertimana disebutkan di dalam surah az Zumar ayat 52 yang membawa maksud " Tidakkah mereka mengetahui Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya itu adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman."

Sahabat yang dimuliakan,
Kelak apabila hari kiamat berlaku, tiada siapa yg boleh menafikanya, ini untuk menolak dakwaan orang-orang kafir yang tidak percaya akan adanya hari kiamat. Mati dan hari kiamat adalah pasti. Fungsi mati dan hari kiamat ini ialah untuk menjatuhkan dan meninggikan darjat manusia. Nanti pada hari kiamat Allah akan merendahkan sebahagian kaum dan meninggikan sebahagian kaum, yang direndahkan akan ke neraka manakala yang ditinggikan darjatnya dimasukkan ke syurga. Seorang yang kaya raya tetapi kafir dan jahat pasti akan dijatuhkan manakala yang miskin tetapi beriman dan beramal soleh pasti akan ditinggikan.

Kelak bila terjadinya kiamat, bumi keseluruhannya bergoncang segoncang2nya menjadi gempa bumi yang sangat dahsyat, penghuninya menjadi hancur lebur selumat-lumatnya, binasa termasuk gunung-ganang menjadi debu berterbangan padahal satu ketika dulu tegak gagak berdiri. Ketika itu manusia akan dikumpulkan menjadi tiga golongan:

1. Golongan kanan (ashabul yamin) dinamakan juga golongan bahagia (ashabul maimanah)

2. Golongan kiri (ashabul syimal) dinamakan juga golongan sengsara (ashabul masy'amah).

3. Golongan terdahulu (as-sabiqun) dinamai juga golongan dihampiri oleh Tuhan (al-muqarrabun).

Siapakah orang-orang yang ada dalam golongan ini?

1. Golongan kanan / golongan bahagia ialah mereka yg diberi kitab amalan daripada sebelah kanan, yang akan menjadi penghuni syurga, yang paling senang hidupnya di syurga.

2. Golongan kiri / golongan sengsara ialah orang-orang yang diberi kitab amalan masing-masing daripada sebelah kiri yang akan menjadi penghuni neraka yang kehidupan mereka amat sukar dan amat azab.

3. Golongan terdahulu / golongan dihampiri oleh Tuhan. Golongan ini, seumpama jika di dunia sekarang, orang panggil 'Very Important Persons'. Mereka adalah orang yg sangat istimewa kerana merekalah yang terdahulu masuk Islam /beriman. Golongan ini pula kebanyakannya daripada orang-orang terdahulu dan sedikit daripada orang-orang yang kemudian.

Berkenaan siapakah orang-orang terdahulu dan orang-orang kemudian para pentafsir berbeza pendapat. Ada yang mengatakan yang terdahulu itu ialah orang yang lebih dahulu masuk syurga. Ada juga yang berpendapat orang-orang terdahulu ialah orang-orang yang lebih awal masuk Islam semasa zaman Rasulullah S.A.W, ada pula yg berpendapat pengikut Para Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W. Ada juga yang menyatakan bahawa pejuang-pejuang yang bersama-sama dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebelum dan semasa Nabi Muhammad S.A.W.

Menurut tafsir oleh Ahmad Sonhadji Mohamad 'golongan terdahulu' ini ialah golongan yang paling dahulu beriman, yang mendapat darjat paling tinggi dalam syurga. Mereka ini telah mendahului golongan yang lain untuk berbuat taat semasa berada di dunia. Ini kerana siapa yang cepat berbuat kebaikan merekalah yang paling dahulu layak mendapat penghormatan di akhirat. Golongan inilah yang paling hampir dengan Allah, berada di bawah lindungan Arasy dan ditempatkan di tempat yang mulia iaitu syurga Jannatun Na'im, tempat yang kekal untuk bersenang lenang.

Orang-orang yang hampir kepad Allah (al-muqarrabun) dan orang-orang yang paling dahulu (as-sabiqun), inilah merupakan kumpulan yang paling ramai, sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada para Nabi kerana mereka adalah golongan orang terdahulu dan ramai pula orang yang beriman kepada ajaran Allah yang disampaikan oleh mereka, manakala orang-orang yang terkemudian amatlah sedikit. Kumpulan terdahulu yang ramai dan yang terkemudian yang sedikit ini berada dalam kebun kenikmatan syurga, terdapat pelbagai jenis buah-buahan, penghuni syurga semuanya berehat atas katil yang bertatahkan emas permata dengan berkeadaan berbaring dan bertelekan, berhadapan-hadapan serta dilayani anak-anak muda yang berkhidmat sebagai khadam.

Anak-anak muda ini berseri-seri muka dan sentiasa muda. Mereka membawa hidangan berupa mangkuk-mangkuk, cerek-cerek yang berkilat dan gelas-gelas berisi arak yg apabila diminum tidak memabukkan. Mereka beroleh buah-buahan yang banyak dan pelbagai jenis.

Menurut Ibnu Abbas apabila seorang daripada tergerak inginkan daging burung, maka akan terbanglah seekor burung dan terhidanglah daging burung yg telahpun dimasak. Begitulah kenikmatan syurga terhadap orang-orang yang beriman yang menjadi penghuni syurga. Kata Ar-Razi, didahulukan buah-buahan daripada makanan kerana di syurga, penghuninya sentiasa kekenyangan, mereka makan hanya sebagai pencuci mulut. Di samping itu mereka disediakan bidadari-bidadari jelita untuk bersenang-senang dengan mereka, kulit bidadari-bidadari tersebut putih berseri-seri, berwajah manis seolah-olah permata (diumpamakan bagai berlian yg tersimpan lagi mengghairahkan) sebagai balasan terhadap amalan baik mereka.

Kemudian Allah mengkhabarkan bahawa di dalam syurga penghuni-penghuninya tidak pernah mendengar kata-kata yang sia-sia dan yang mendatangkan dosa. Yang ada hanyalah ucapan "selamat sejahtera!" yakni sebaran salam sesama mereka.

Golongan kanan ialah golongan yang hidup mewah dan berkedudukan tinggi dalam syurga. Mereka tinggal dalam perkebunan teratai yang tidak berduri, malahan setiap durinya ditumbuhi buah. Jika buah itu dikopek akan terbelah dua dan mempunyai 70 jenis rasa dan ada lagi buah-buahan lain yang tidak sama rasa dengannya.

Demikian menurut hadis al-Hakim dan al-Baihaqi. Terdapat perkebunan pisang yang tersusun buahnya, memenuhi tandan dari bawah terus ke atas. Mereka dilindungi di bawah lindungan yang terbentang luas, kekal sepanjang masa tidak terkena matahari kerana syurga suasananya sentiasa redup seperti yang disebut juga dalam ayat 13 surah al-Insaan:

لَا يَرَوۡنَ فِيہَا شَمۡسً۬ا وَلَا زَمۡهَرِيرً۬ا (١٣

Maksudnya: "Mereka tidak melihat (merasakan teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang berlebihan" (Surah al-Insan ayat 13)

Ada pula air yang tercurah sentiasa mengalir siang dan malam dan banyak pula buah-buahan yang berbuah tidak ikut musimnya dan tidak pula dilarang untuk mengambilnya. Terdapat pula tilam-tilam yang lembut yang boleh direndahkan dan ditinggikan.

Allah menyatakan di syurga Dia menciptakan para wanita dengan ciptaan yang ajaib, untuk ahli syurga diciptakan sentiasa baru dengan bentuk yg begitu indah lagi amat ajaib. Bahkan perempuan-perempuan yang tua semasa di dunia nanti akan dikembalikan muda dan yang hodoh akan dikembalikan cantik.

Allah menyatakan juga setiap wanita itu sentiasa gadis biarpun setelah disetubuhi oleh suami masing-masing, sifatnya sentiasa merindu dendam kepada suami, sentiasa cinta yang asyik kepada suami. Umur mereka pula sama sebaya.

Adalah diriwayatkan daripada Ummi Salamah r.ha katanya: Saya menanyakan Rasulullah S.A.W. tentang firman Allah,

إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا(٣٧

lalu dijawab oleh baginda: "Hai ummi Salamah merekalah wanita-wanita yang telah meninggal dunia berkeadaan tua, botak, rabun dan sakit mata, dibangkitkan Allah berkeadaan muda belia"

Dalam hadis at-Tirmizi disebutkan, bahawa seorang perempuan tua datang menemui Nabi Muhammad S.A.W. lalu memohon: "Wahai Rasulullah bermohonlah tuan kepada Allah agar saya dimasukkan ke dalam syurga". Di jawab oleh Rasulullah S.A.W. : "Hai Ibu Polan, sesungguhnya syurga itu tiada dimasuki oleh orang-orang tua". Maka orang tua itu beredar sambil menangis, lalu ujar baginda kepada para sahabat : "Khabarkan kepada perempuan tua itu, bahawasanya tidak masuk syurga dalam keadaan tua seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas."

Golongan kiri ialah golongan yang diberi kitab amalan pada tangan kiri mendapat balasan yang buruk, hidup dalam suasana udara dan angin yang panas yg ditiupkan dari neraka Samum yang sangat panas dan sangat busuk baunya. Mereka diletakkan di bawah lindungan asap yg hitam dan berbau busuk itu. Tiada pula naungan yg sejuk padahal dahulu semasa di dunia merekalah yang hidup paling senang dan sentiasa menurut nafsu syahwat dan berterusan membuat dosa dan menyekutukan Allah. Pada mereka peringatan tentang akhirat adalah omongan kosong. Mereka sesat dan di akhirat mereka diberi makanan daripada pohon zaqqum dan minuman berapa minuman mendidih. Meraka minum seperti unta yg sangat haus.

Dalam ayat 57 hingga 82, Allah mengemukakan alasan-alasan supaya mereka percayakan adanya akhirat.. yakni bila Allah sudah dapat menciptakan kehidupan sekarang mengapa pula Allah tidak boleh menciptakan kehidupan pada masa akan datang. Begitu juga Allah menciptakan manusia daripada setetes mani yang mengandungi berjuta-juta sperma, dan daripada satu persejuta titik sperma itulah asal kejadian seseorang.

Bila Allah sudah terbukti menciptakan manusia daripada sperma mengapa pula tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Kemudian perhatikan pula setiap hari ribuan manusia yang mati dan ribuan pula yang lahir ke dunia. Ini juga menunjukan Allah S.W.T. boleh menghidupkan setiap yang telah mati. Perhatikan pula tumbuh-tumbuhan, siapa pula yang menumbuhkannya, manusia hanya mampu mencangkul tanah, menggemburkan dan menabur benih, siapakah yang menumbuhkannya dan siapa pula yang menjadikan pelbagai bentuk tumbuh-tumbuhan dan pelbagai buah-buahan dan pelbagai warna dan rasa buah-buahan? Jadi begitulah juga Allah menghidupkan semula manusi yang telah mati.

Perhatikan juga pada air yang kita minum, siapakah yang mengangkatnya dari laut ke awan kemudian mengumpulkannya sebagai wap lalu menurunkannya sebagai hujan atupun embun ketika malam? Air laut rasanya masin sedangkan air hujan rasanya tawar, air hujan mengalir ke bumi menyuburkan tanaman sebagai makanan, bertakung ke tasik mengalir ke sungai-sungai, siapakah yang mengatur semuanya itu? Jika Allah memberi kita minum dan menjadikan tanam-tanaman subur daripada air itu mengapa pula Alllah tidak boleh menghidupkan semula makhluk yang telah mati?

Begitu juga perhatikan pula kepada api, siapakah yang menyalakannya sehingga manusia dapat gunakan untuk memasak, memanaskan badan di musim sejuk?

Kemudian Allah bersumpah di atas kemuliaan al-Quran dan ketinggian martabat-Nya, kerana Dialah Allah Yang Maha Perkasa lagi Bijaksana. Ungkapan kata-kata-Nya itu dikuatkan dengan sumpah masa terbenam bintang-bintang, sumpahNya supaya manusia mengetahui betapa besar kudrat Allah dan kesempurnaan hikmatNya serta banyak rahmatNya, dan Dia tidak membiarkan hamba-hamba-Nya berkeadaan sia-sia Allah menurunkan al-Quran secara beransur-ansur Al-Quran adalah kitab yang terpelihara hanya disentuh oleh orang-orang yang suci, oleh itu tidak seharusnya manusi menanggap remeh akan pengajarannya.

Kematian yang dirasai ialah ketika nyawa sampai di kerongkongan, iaitu semasa menghadapi kesengsaraan maut (sakaratul maut) iaitu ketika roh dicabut oleh malaikat. Allah memberi amaran bahawa ketika nazak, sakitnya tidak terhingga, ketika tercungap-cungap kerana nyawa akan tercabut, Allah lebih dekat kepada mayat yang akan dicabut nyawa berbanding dengan pengetahuan manusia tentang kematian itu. Manusia tidak dapat melihat malaikat-malaikat yang Allah utuskan untuk mencabut nyawa orang yang sedang nazak. Allah menempelak, Jadi jika manusia tidak dikuasai oleh Allah mengapa ketika orang itu sedang nazak manusia yang melihatnya tidak dapat mengembalikan nyawa orang yang sedang nazak dan tercabut nyawanya itu? Cubalah lakukan jika tidak percaya kepada hari Pembalasan. Jadi janganlah mendustakan ayat-ayat al-Quran.

Orang-orang yang sedang nazak ini diberitahu oleh Allah jika mereka terdiri daripada golongan al-muqarrabin Allah dekatkan mereka di sisi-Nya dengan memperoleh kerehatan dan nikmat syurga. Jika mereka golongan kanan para malaikat akan menggembirakan mereka dengan ucapan selamat sejahtera. Jika mereka golongan yg mendustakan hari akhirat lagi sesat hidupnya, mereka disambut oleh para malaikat dengan hidangan pertama mereka ialah air yang panas mendidih menyebabkan muka mereka terbakar. Kemudian mereka dihumbankan ke neraka.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menghayati pengajaran yang terdapat di dalam surah al-Waqiah ini, merupakan satu surah yang jelas menceritakan tentang kenikmatan hidup di syurga dan azab yang diterima akibat daripada mendustakan ayat-ayat Allah S.W.T. dan tidak meyakini akan kehidupan di hari akhirat.

Mudah-mudahan dengan membaca kisah yg digambarkan ini hati kita semakin gerun untuk berbuat maksiat. Marilah kita berusaha bersungguh membersihkan hati kita dan berdoa agar Allah bantu kita dalam beribadat kepadaNya.. Amiin.