~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Jumaat, 3 Jun 2011

Bala Pemerintah Zalim

BALA PEMERINTAH ZALIM





         Al-kisah disebuah negeri di Nusantara, tersebutlah kisah sebuah kerajaan yang digelar Negeri Antah Berantah.Adapun,memerintah di negeri itu seorang sultan yang adil lagi bahari bergelar Sultan Mahmud Zainal Alam iv.Hatta,amatlah beruntung Negeri Antah Berantah kerana penasihat al-sultan ialah seorang yang malim dan juga seorang ulama' terkenal diseluruh nusantara bergelar Datuk Bendahara Seri Awang.Adapun,Datuk Bendahara Seri Awang baru sahaja menang dalam pemilihan rakyat yang baru berlangsung mengalahkan seorang adipati dari ujung negeri.Maka,hiduplah orang keluaran dan rakyat kebanyakan dalam keadaan aman dan tenteram di dalam negeri yang mendapat rahmat serta afwah dari Allah S.W.T.

          Hatta,maka diujung negeri,disebuah daerah bergelar jajahan Busut yang juga sebuah jajahan negeri antah berantah,maka memerintahlah seorang adipati yang kaya raya bergelar Orang Kaya Datuk Al-Jusuhi.Datuk Al-Jusuhi amatlah terkenal dijajahan itu kerana kekayaan yang dimilikinya.Arakian,Datuk Al-Jusuhi mempunyai dendam kesumat kepada Datuk Bendahara Seri Awang selepas kalah dalam pemilihan rakyat yang baru diadakan.Pemilihan itu berlansung 5 tahun sekali bagi memilih pembesar-pembesar negeri untuk mengisi jawatan Bendahara,Temenggung,penghulu bendahari dan syahbandar juga hulubalang-hulubalang negeri.Datuk Al-Jusuhi sangat berkenan untuk menjawat jawatan itu bagi menguasai kazanah negeri yang bertimbun-timbun itu.Bagi membalas dendam kesumatnya ini,maka Datuk Al-Jusuhi bercadang membuat satu rancangan jahat bagi menggulingkan datuk bendahara Seri Awnag.Setelah dinasihati oleh orang kanannya,iaitu Hang petra, Datuk Al-Jusuhi membuat pakatan sulit dengan ketua lanun di Temasek untuk merompak pembedaharaan negeri.Setelah perancangan diatur rapi,maka segerombolan lanunpun menyerang pembendaharaan negeri yang terletak diatas bukit.Mereka berjaya melanun hampir 70% hasil negeri didalm pembendaharaan termasuk simpanan makanan untuk rakyat jelata.

         Berita itu segera tersebar diseluruh negeri.Maka gemparlah seluruh rakyat mendengar berita itu.Sekalian rakyat berasa amat mshygul dan amat dukacita.Maka,tersebarlah khabar angin bahawa bahawa tiada lagi bantuan makanan yang akan diberikan kepada mereka.Kendatipun begitu,Datuk Bendahara Seri Awang segera mengumpulkan sekalian hamba rakyat di alun-alun istana bagi memberikan amanat dan menenang rakyat.Maka berkatalah datuk Bendahara kepada sekalian rakyat jelata'Wahai sekalian rakyatku,janganlah kalian merasa bimbang,kerana hamba akan tetap menjaga kebajikan kalian,walaupun khazanah negeri kita dirompak oleh lanun,kerana Allah S.W.T yang akan memberi rezeki kepada kita'.Ucapan datuk bendahara itu,mendapat tepukan gemuruh dan sorakan kegembiraan dari sekalian rakyat jelata yang hadir.

        Hari berganti hari,bulan berganti bulan,tahun berganti tahun,maka hiduplah rakyat negeri dalam keadaan aman sentosa.Segala kebajikan mereka dijaga.Yang tiada tanah diberi tanah,yang tiada rumah diberi rumah,yang sakit dibantu,yang muda dipimpin,yang tua diusung,yang miskin ditolong.Maka amatlah sayang rakyat sehaya terhadap Sultan Mahmud dan datuk bendahara Seri Awang.Setelah genap 5 tahun menjadi bendahara,maka satu pemilihan rakyat diadakan bagi memilih bendahara yang baru.Mendengar pekhabaran itu,maka teramat gembiralah Datuk Al-Jusuhi diujung utara negeri.Inilah peluang yang ditunggu-tunggu olehnya bagi menjawat jawatan Datuk Bendahara.Maka berkatalah Datuk al-Jusuhi kepada pengikutnya "Bahagikan khazanah negeri hasil rompakan kita kepada sekalian rakyat jelata agar mereka memilih aku sebagai Datuk Bendahara".Hatta,sekalian rakyatpun disogok dengan harta yang amat banyak.Dikerah juga,sekalian peniaga dari Kedah Tua,Siam,Srivijaya dan Temasek untuk memberi sokongan kepadanya.Akhirnya,dipendekkan cerita,maka menanglah Datuk Al-Jusuhi dalam pemilihan rakyat dan menjawat jawatan sebagai Datuk Bendahara.

            Selepas menjadi bendahara,Datuk Bendahara Al-Jusuhi telah membalas dendam kesumat kepada pengikut Datuk Seri Awang yang telah menentang kezalimannya.Dia mengarahkan hulubalang-hulubalang Istana untuk pergi membakar pondok-pondok mereka.Maka,kerana mengikut arahan,hulubalang-hulubalang bersama pengawal-pengawal istana berterendak merahm itu segera menyerang dan membakar rumah peduduk kampung dijajahan Bujali yakni salah sebuah jajahan yang mempunyai ramai pengikut datuk Seri Awang.Semua rumah dibakarnya,termasuk sebuah rumah yang dihuni seorang wanita tua yang tidak berdaya.Maka berdoalah wanita tua itu kepada Allah S.W.t.."Ya Allah,Engkau berilah balasan setimpal kepada Datuk Bendahara Al-Jusuhi.Engkau musnahkanlah istananya sebagaimana dia musnahkan pondokku".Sekalian rakyat amat marah dengan kezaliman yang dilakukan oleh Datuk Bendahara Al-Jusuhi.Maka mereka memberontak dan berkumpul dijalanan.Datuk bendahara segera mengarahkan Hulubalang-hulubalang istana untuk membunuh sahaja sesiapa yang memberontak.Maka ramailah rakyat jelata yang tumbang dek ditusuk oleh keris hulubalang-hulubalang Istana.Untuk menununjukan keangkuhan,kekuasaan dan kekayaan yang dimilikinya,dikerahkan sekalian hamba rakyat untuk membina sebuah Istana dari Kristal,juga sebuah gelanggang persilatan terbesar dinusantra dan juga kandang-kandang kuda yang amat besar dan mahal.Maka,sekalian rakyat dikerah berkerja siang dan malam bagi menyiapkan istana,gelangang persilatan dan kandang kuda seperti yang diarahkan.Ramailah hamba rakyat yang menderita dan mati akibat keletihan bekerja siang dan malam.

        Tidak sanggup melihat penderitaan rakyatnya,Sultan Mahmud Zainal Alam memerintahkan datuk bendahara al-Jusuhi menghadap.Namun dengan angkuhya Datuk Bendahara menjawab "Cis,katakan kepada tuanku Sultan bahawa aku lebih berkuasa daripanya.Sultan teramat murka dengan kebiadaban dan penderhakaan datuk Bendahara.Bertitah baginda Sultan"Kerana penderhakaan dan kezaliman datuk bendahara,beta berkenan untuk memecatnya dari jawatan bendahara dan jatuhlah tulah diraja keatasnya.Beta juga berkenan untuk melantik adipati dari Selatan negeri Seri nara Said untuk menggantikan tempatnya.Titah baginda sultan terus tersebar ke seluruh pelusuk negeri.Mendengar perkhabaran itu,maka datuk Al-Jusuhi memerintahkan pengikutnya diketuai oleh Hang Putra dan Sri Adamaya untuk membuat onar di depan Istana. Maka berlaku peperangan antara pengikut-pengikut Datuk Bendahara Al-Jusuhi dan Seri Nara Said.Peperangan yang berlanjutan bertahun-tahun itu menyebabkan rakyat hidup menderita.

      Dengan kekusaan Yang Maha Esa,tiba-tiba Istana Kristal yang dihuni oleh Datuk Al-Jusuhi runtuh dan datuk Al-Jusuhi mati tertimbus dibawah runtuhan. Gelangang persilatan dan kandang kuda juga habis musnah oleh taufan yang amat kuat. Bagunan-bagunan yang dibina satu persatu runtuh menyembah bumi. Maka tamatlah riwayat seorang Bendahara yang zalim kepada rakyatnya.




*Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena samaada yang hidup atau yang telah meninggal dunia..