~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Isnin, 23 September 2013

7 Rombongan Iblis ketika Sakaratul Maut


7 Rombongan Iblis ketika Sakaratul Maut







           Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”
 

Rombongan 1 

Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya. 

Rombongan 2 

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya. 

Rombongan 3 

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya. 

Rombongan 4 

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan 5 

Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya. 

Rombongan 6 

Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” 
Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.” Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.” Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini. 

Rombongan 7 

Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.” Iblis Dengan Ahli Neraka

DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api. Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: “Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.” Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.” Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis. Kata Iblis: “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.” Berkata Iblis lagi: “Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat.” Berkata Iblis lagi: “Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?” Akhirnya Iblis berkata: “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.” 

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka. Malaikat Zabaniah berkata: “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya.” Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti maka segala-galanya tidak berguna lagi. Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada   Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya. Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.

waallahua'alam



sumber:www.ustazazharidrus.blogspot

Jumaat, 13 September 2013

Kelantan jadi Brunei jika keluar dari Malaysia



Harga kereta turun, pendidikan percuma, tol dihapuskan adalah antara janji Pakatan Rakyat jika memenangi PRU-13 yang lepas. Namun, manifesto PR ini dihentam habis-habisan oleh menteri-menteri BN sehingga mengatakan Negara akan muflis jika ianya dilaksanakan..tapi gambar dibawah membuktikan Negara Brunei telah lama melaksanakan manifesto PR dan ianya boleh menjadi realiti..

Malaysia mempunyai petroleum berkali ganda lebih banyak dari Brunei..
Hasil daripada industri Malaysia berkali ganda besar berbanding Brunei..
Cukai pendapatan yang dikaut oleh kerajaan Malaysia bernilai beratus bilion setiap tahun berbanding Brunei yang lansung tiada hasil daripada cukai ini.
Jadi kenapa Malaysia tidak mampu memberikan apa yang diberikan Brunei kepada rakyatnya??
tak lain dan tak bukan kerana pemimpin-pemimpin negara sibuk membolot hasil kekayaan negara..

Kelantan ada petroleum..Brunei ada petroleum..
Penduduk Kelantan hampir sama dengan penduduk Brunei,,
Yang Berbeza Kelantan berada dalam Malaysia..Brunei diluar Malaysia..

Jadi tak mustahil dikatakan bahawa Kelantan akan jad Brunei jika keluar dari Malaysia....


Khamis, 12 September 2013

Macai dan goreng pisang




SEORANG macai yang baru selesai menghadiri mesyuarat JKKK singgah di sebuah warung goreng pisang.

Macai: Makcik bungkuskan goreng pisang RM3

Makcik goreng pisang tu pun bungkuslah 6 ketul goreng pisang.

Macai: Apa ni makcik? Minggu lepas saya beli goreng pisang kat sini RM3 dapat 12 ketul, kenapa hari ni dapat 6 je?

Makcik: Minggu lepas, minggu lepas punya ceritalah.

Macai: Takkanlah minyak naik RM0.20 Harga goreng pisang naik sampai dua kali ganda? Makcik masak pakai minyak petrol ke?

Makcik: Eh, mana ada naik harga, minggu lepas makcik bagi subsidi lebih, minggu ni makcik kurangkan subsidi, harga kekal sama.

* cerita rekaan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/09/kisah-macai-dan-goreng-pisang.html#ixzz2ehtRfFqU

Rabu, 4 September 2013

Antara Macai dan Minyak..



"20 sen je pun, kenapa nak bising-bising. Lau sebelum ni isi minyak RM10,
 ari nim baru isi RM10.20,"Macai 1.

"Negara Thailand ngan Singapore lagi mahal minyak, bersyukurlah," Macai 2.

"Kerajaan dah bagi subsidi banyak da, tak kan semua nak free," Macai 3.

"Kenapa kerajaan Selangor, P.Pinang dan Kelantan tak turunkan harga minyak kat negeri mereka, lau marah sangat, aku cabar depa turunkan harga minyak kat negeri pakatan rakyat," macai 4.

"Sape suruh beli kereta besar-besar, pakai kancil jer lah, jimat minyak,"Macai 5.

"Orang miskin tidak akan terkena kesan kenaikan harga minyak kerana kereta hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya," Bos Macai.

"Kalau tak suke keluar Malaysia la," Macai tak lulus PMR.

Inilah antara jawapan-jawapan yang sinonim diberikan oleh macai-macai semalaysia untuk cuba mempertahankan keputusan kerajaan Beend menaikkan harga minyak.

 Kebanyakan mereka yang ketandusan idea dan panik dengan keputusan bodoh kerajaan pimpinan Najib cuba menggunakan hujah-hujah tahap darjah satu untuk cuba menegakkan benang yang basah.

Sebenarnya, hujah-hujah sebegini begitu mudah untuk dipatahkan satu persatu.

1. Harga naik cuma 20 sen.
- 20 sen, memang nampak kecik, tapi 20 sen untuk 1 Liter adalah amat besar kesannya terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Nilai 20 sen ini juga sebenarnya akan mencetuskan kesan domino iaitu peningkatan kadar inflasi yang mendadak. Inflasi terjadi apabila harga barang akan naik disebabkan oleh peningkatan kos pengeluaran akibat daripada bertambahnya kos pengangkutan.
Malah rakyat-rakyat marhaen ini pasti terasa dengan kenaikan harga tambang bas, teksi, dan harga makanan di kedai-kedai makan yang pasti akan menyusul selepas ini.

p/s:Breakfast roti canai ngan teh tarik RM10 la lepas nim..

2.Minyak dinegara lain lebih murah.
-Percubaan macai membandingkan harga minyak di negara-negara pengimport minyak adalah tindakan yang sangat dangkal. Negara kita adalah pengeluar minyak dan pengesport minyak antara yang terbesar didunia setaraf dengan arab saudi, Qatar dan negara-negara arab yang lain, tapi malangnya harga minyak dinegara kita terlalu mahal dibandingkan dengan harga minyak dinegara mereka.

p/s: Kenapa cai tak bandingkan harga kereta toyota di Jepun dan malaysia...hehe

3. Kerajaan dah bagi subsidi.
-Minyak adalah punca tercetusnya domino effect seperti yang telah diterangkan dalam hujah pertama. Tindakan kerajaan untuk cuba mengurangkan subsidi minyak adalah tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab dan membebankan rakyat. Jika mereka mahu mengukuhkan ekonomi negara, langkah yang paling awal  perlu diambil ialah memotong perbelanjaan kerajaan terutama yang melibatkan pegawai tinggi dan menteri dan yang paling penting mengurangkan ketirisan wang negara yang berjumlah beratus bilion setiap tahun, bukannya memotong subsidi minyak.

p/s: Mereka buat hutang banyak-banyak, pahtu suruh rakyat tolong bayor..caiiii

4.Kerajaan negeri Pakatan Rakyat tak turunkan harga minyak dinegeri mereka.
-Kawalan harga minyak adalah dibawah kerajaan pusat. Jika negeri mempunyai kuasa pun, tindakan untuk mengurangkan harga minyak dinegeri Pakatan Rakyat adalah sangat tidak logik dan akan memberikan masalah lain. Bayangkan, jika harga minyak di Selangor murah RM1.00 berbanding Kuala Lumpur, apa akan terjadi di stesen-stesen minyak di Selangor?? Pastinya, deretan kereta kan memenuhi Petrol Station seperti yang terjadi pada malam kenaikkan minyak baru-baru ini.

p/s: Tunggu pakatan rakyat perintah Malaysia, macai tolonglah serik undi Beend..

5. Kenapa beli kereta besar.
- Hujah ini sangat bernas dan tepat jikalau anda berada di Singapore, Jepun atau dinegara-negara eropah yang lain. Tapi jika anda berada di Malaysia, hujah sebegini terlalu dangkal dan cetek. Kenapa? Kerana sistem pengangkutan awam di Malaysia ketinggalan hampir 20 tahun berbanding dengan sistem pengangkutan awam dinegara-negara yang dinyatakan diatas. Bayangkan betapa susahnya mereka yang tinggal di Puchong untuk kepejabatnya di Kuala Lumpur jika tidak memiliki kereta dan betapa tidak logiknya mereka yang tinggal di Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung bersama keluarga menggunakan kereta kancil ataupun Bas.

p/s: Bayangkan kak mah naik kereta kancil..rase2 bergerak tak..ohhhh

6.Orang miskin tidak terjejas.
- Saya rasa hujah-hujah diatas sudah cukup untuk menjawab kepada hujah salah seorang menteri kerajaan Umno BN.

p/s: Cerdik menteri kerajaan pasola ngan menteri kerajaan pasir dua butir sikit..

7. Keluar Malaysia jika tidak suka Kerajaan.
- Saya yakin pembaca dapat mematahkan hujah ini dengan mudah..hehe..

p/s: da nama pown macai...hurmm