~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Jumaat, 1 Julai 2011

RTM-Rancangan Tipu Menipu rakyat oleh umno..

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Dewan Pemuda PAS (DPP) kesal dengan tindakan RTM yang menyiarkan iklan khas bagi memberikan gambaran buruk kepada himpunan Bersih mulai semalam di TV2.

Ketua penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, iklan pendek berkenaan dimulai dengan salah seorang pelakon menunjukan risalah Bersih yang kemudiaannya disambut baik oleh pelakon Bell Ngasri yang menyatakan minat untuk menyertai perhimpunan di awalnya.

Kemudian pelakon ketiga, Ezany Nizariff pula menunjukan klip video huru hara yang berlaku di luar negara dan mengatakan bahawa itulah yang akan berlaku dalam himpunan Bersih, rakyat terancam dan pelancong pun akan lari.

Iklan itu diakhiri dengan Bell mencampakan risalah Bersih dan mengatakan perhimpunan itu adalah perhimpunan kotor.

“Iklan yang dirakamkan di sebuah kedai kopi ini sengaja disiarkan bagi meningkatkan salah faham rakyat terhadap Bersih,” katanya kepada Harakahdaily.

DPP, katanya kesal kerana RTM sanggup menyalahgunakan wang rakyat untuk membuat fitnah kepada himpunan rakyat yang aman Bersih.

“Dengan sendirinya RTM membiarkan dirinya menjadi alat politik pihak-pihak yang takut kepada himpunan Bersih.

“Lebih mendukacitakan bila mana RTM tiada bukti untuk menggambarkan keganasan dan huru hara yang berlaku dalam himpunan Bersih hingga terpaksa mencuri rakaman video dari luar negara pula,” katanya.

Sehubungan itu, ujarnya DPP mendesak agar RTM menghentikan fitnah mereka dan menarik balik iklan tersebut.

DPP juga, katanya mencabar RTM untuk menganjurkan debat secara langsung di TV1 dan TV2 dengan menjemput wakil Bersih atau komponennya dan juga wakil SPR atau BN supaya rakyat boleh menilai sendiri tuntutan Bersih dan perjuangannya.

Unggun bersih!!

Puisi : A. Samad Said
Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Jom Bersih!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Ahad ini, 3 Julai dari 2pm-6pm adalah hari aktivisme internet untuk Bersih. Matlamat kami adalah untuk melancarkan gelombang sokongan untuk Bersih di seluruh internet, demi menzahirkan sistem pilihanraya yang bebas dan adil serta mencerahkan masa depan semua rakyat Malaysia.
Kami meminta semua rakyat Malaysia dari semua latar belakang dan tanpa mengira fahaman politik supaya turut sertai kami dalam usaha bersama menjamin hak rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan kita secara bersih dan demokratik.
Kami berhasrat mengguna kaedah-kaedah demokratik di internet untuk menunjukkan secara objektif berapa ramainya rakyat Malaysia yang bersatu untuk merealisasikan matlamat kita. Dalam peringkat pertama kempen ini, kami sasarkan:
1. 50,000 pengguna PicBadge – http://www.picbadges.com/bersih-2/1743665/
2. 50,000 “Likes” di Laman Web Rasmi Facebook –http://www.facebook.com/pages/BERSIH-20-OFFICIAL/213938935311531
3. 10,000 pengikut di Twitter – http://twitter.com/bersih2

(Sila juga tukar gambar profil anda kepada sesuatu yang kuning demi kuningkan seluruh internet).
Objektif ini hanya boleh dicapai sekiranya seramai rakyat yang mungkin boleh sebarkan pesanan kita kepada semua rangkaian mereka – Facebook, Twitter, e-mel, dan sebagainya.
Ini adalah langkah pertama dalam kempen yang akan diteruskan sehingga Julai 9 dan seterusnya, di mana setiap hari dari pukul 2pm – 3pm, kita akan menggalakan penyokong-penyokong fokuskan kepada mempromosikan Bersih di internet.
Pada 3 Julai dari 2pm – 6pm, tema untuk Facebook dan Twitter adalah untuk menulis “Why #Bersih?” – kenapa Bersih diperlukan, mengapa kita sebagai individu memilih untuk turun ke jalan raya, dan bagaimana Bersih akan melahirkan Malaysia yang lebih baik untuk semua.
Tolong juga promosikan laman web baru: http://bersih.org, yang mengandungi pelbagai cara-cara untuk menyokong Bersih.
Kami menggalakkan para penyokong untuk berkempen secara positif, elak dari menekankan sesiapa, dan tidak terperangkap dalam dialog yang tidak produktif. Matlamat akhir kita adalah untuk mendapatkan lebih ramai rakyat untuk bersama kita dalam mencapai matlamat-matlamat Bersih.
Terima kasih atas sokongan anda yang amat dihargai – dengan berganding bahu, kita bakal membawa perubahan yang amat diperlukan di negara kita tercinta.
Jawatankuasa Kerja Bersih 2.0
*

Jom Bersih!!!

Salam!
Rabu ini, 29 Jun dari 2pm-6pm adalah hari aktivisme internet untuk Bersih. Matlamat kami adalah untuk melancarkan gelombang sokongan untuk Bersih di seluruh internet, demi menzahirkan sistem pilihanraya yang bebas dan adil serta mencerahkan masa depan semua rakyat Malaysia.
Kami meminta semua rakyat Malaysia dari semua latar belakang dan tanpa mengira fahaman politik supaya turut sertai kami dalam usaha bersama menjamin hak rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan kita secara bersih dan demokratik.
Kami berhasrat mengguna kaedah-kaedah demokratik di internet untuk menunjukkan secara objektif berapa ramainya rakyat Malaysia yang bersatu untuk merealisasikan matlamat kita. Dalam peringkat pertama kempen ini, kami sasarkan:
1. 50,000 pengguna PicBadge – http://www.picbadges.com/bersih-2/1743665/
2. 50,000 “Likes” di Laman Web Rasmi Facebook –http://www.facebook.com/pages/BERSIH-20-OFFICIAL/213938935311531
3. 10,000 pengikut di Twitter – http://twitter.com/bersih2

(Sila juga tukar gambar profil anda kepada sesuatu yang kuning demi kuningkan seluruh internet).
Objektif ini hanya boleh dicapai sekiranya seramai rakyat yang mungkin boleh sebarkan pesanan kita kepada semua rangkaian mereka – Facebook, Twitter, e-mel, dan sebagainya.
Ini adalah langkah pertama dalam kempen yang akan diteruskan sehingga Julai 9 dan seterusnya, di mana setiap hari dari pukul 2pm – 3pm, kita akan menggalakan penyokong-penyokong fokuskan kepada mempromosikan Bersih di internet.
Pada 29 Jun dari 2pm – 6pm, tema untuk Facebook dan Twitter adalah untuk menulis “Why #Bersih?” – kenapa Bersih diperlukan, mengapa kita sebagai individu memilih untuk turun ke jalan raya, dan bagaimana Bersih akan melahirkan Malaysia yang lebih baik untuk semua.