~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Jumaat, 1 Julai 2011

Jom Bersih!!!

Salam!
Rabu ini, 29 Jun dari 2pm-6pm adalah hari aktivisme internet untuk Bersih. Matlamat kami adalah untuk melancarkan gelombang sokongan untuk Bersih di seluruh internet, demi menzahirkan sistem pilihanraya yang bebas dan adil serta mencerahkan masa depan semua rakyat Malaysia.
Kami meminta semua rakyat Malaysia dari semua latar belakang dan tanpa mengira fahaman politik supaya turut sertai kami dalam usaha bersama menjamin hak rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan kita secara bersih dan demokratik.
Kami berhasrat mengguna kaedah-kaedah demokratik di internet untuk menunjukkan secara objektif berapa ramainya rakyat Malaysia yang bersatu untuk merealisasikan matlamat kita. Dalam peringkat pertama kempen ini, kami sasarkan:
1. 50,000 pengguna PicBadge – http://www.picbadges.com/bersih-2/1743665/
2. 50,000 “Likes” di Laman Web Rasmi Facebook –http://www.facebook.com/pages/BERSIH-20-OFFICIAL/213938935311531
3. 10,000 pengikut di Twitter – http://twitter.com/bersih2

(Sila juga tukar gambar profil anda kepada sesuatu yang kuning demi kuningkan seluruh internet).
Objektif ini hanya boleh dicapai sekiranya seramai rakyat yang mungkin boleh sebarkan pesanan kita kepada semua rangkaian mereka – Facebook, Twitter, e-mel, dan sebagainya.
Ini adalah langkah pertama dalam kempen yang akan diteruskan sehingga Julai 9 dan seterusnya, di mana setiap hari dari pukul 2pm – 3pm, kita akan menggalakan penyokong-penyokong fokuskan kepada mempromosikan Bersih di internet.
Pada 29 Jun dari 2pm – 6pm, tema untuk Facebook dan Twitter adalah untuk menulis “Why #Bersih?” – kenapa Bersih diperlukan, mengapa kita sebagai individu memilih untuk turun ke jalan raya, dan bagaimana Bersih akan melahirkan Malaysia yang lebih baik untuk semua.
Tolong juga promosikan laman web baru: http://bersih.org, yang mengandungi pelbagai cara-cara untuk menyokong Bersih.
Kami menggalakkan para penyokong untuk berkempen secara positif, elak dari menekankan sesiapa, dan tidak terperangkap dalam dialog yang tidak produktif. Matlamat akhir kita adalah untuk mendapatkan lebih ramai rakyat untuk bersama kita dalam mencapai matlamat-matlamat Bersih.
Terima kasih atas sokongan anda yang amat dihargai – dengan berganding bahu, kita bakal membawa perubahan yang amat diperlukan di negara kita tercinta.
Jawatankuasa Kerja Bersih 2.0
*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini