~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Selasa, 24 Januari 2012

ARC cetus fanomena baru dalam kalangan anak muda!!

Mat Rempit atau kini digelar samseng jalanan sering dilabelkan sebagai pemuda yang rosak akhlak, peragut dan kutu rayau. Malah lebih teruk ada masyarakat yang melabelkan golongan ini sebagai sampah masyarakat. Tohmahan dan ejekan yang dilemparkan masyarakat dibantu oleh media massa arus perdana menyebabkan golongan ini semakin hanyut dan akhirnya terjerumus ke lembah gejala sosial yang lebih meruncing.


Menyedari permasalahan golongan muda yang semakin serius ini, Dewan Pemuda Pas Pusat melalui lajnah DACS(development Art, Culture and Sport) telah mengambil inisiatif yang amat menarik dan bernas dengan cara  mendekati dan memahami golongan ini. Untuk tujuan itu, DPPP mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah kelab bermotosikal alternatif atau dikenali sebagai ARC(Alternative Riding Club) .


Penubuhan kelab ini telah mencetuskan fanomena dalam kalangan anak-anak muda di Malaysia. Setakat ini, lebih 10,000 orang anak muda bermotosikal telah menyertai kelab ini secara rasmi diseluruh Malaysia. Hal ini kerana, setiap pemuda yang mempunyai motosikal daripada semua jenis dan cc layak untuk menyertai kelab ini.  ARC juga telah mengambil penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus sebagai ikon kelab untuk mempromosikan kelab ini diseluruh negara. Ustaz Azhar dipilih sebagai duta ARC kerana populariti beliau dalam kalangan mat-mat rempit ini.


Antara aktiviti ARC ialah mengadakan jambori ARC setiap tahun, Konvoi ke Litar Sepang sempena grandprix Malaysia dan konvoi keseluruh Malaysia. ARC juga sering menganjurkan program-program dan kursus-kursus skill tungangan motosikal yang betul dan aktiviti tertentu bagi meningkatkan tahap kemahiran dalam kalangan ahli. Disamping aktiviti permotoran, ARC juga sering menganjurkan khidmat sukarela dan kebajikan untuk supaya anak-anak muda menggunakan masa lapang dengan lebih bermanfaat.


Sesiapa yang mempunyai sebuah motor dan ada lesen layak untuk menyertai kelab ini. Daftar sekarang, jadikan diri anda sebahagian daripada komuniti ARC. Untuk pertanyaan lanjut tentang ARC boleh hubungi:


:>Facebook ARC,
>FB Comunity ARC
>ARC Selangor
>Ketua ARC Terengganu, SDRA Riduan : 0199392636































Tiada ulasan:

Catat Ulasan