~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Khamis, 5 Januari 2012

Umno dipersimpangan. 901 detik kebangkitan!!

bebas anwar 901 2 Kempen Bebas Anwar Ibrahim 901. PDRM Sudah Keluarkan Amaran!!




    Perhimpunan 100 000 rakyat pada 9/1/2012 ini bukanlah kerana susuk tubuh yang bernama Anwar Ibrahim. Tujuan utama perhimpunan ini bukanlah hanya untuk menunjukkan simpati terhadap DS Anwar dan kebencian terhadap kezaliman dan fitnah yang dilakukan terhadap seorang pemimpin Pakatan Rakyat, tetapi matlamat perhimpunan merangkumi skop yang lebih luas dan besar. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk melahirkan perasaan bahawa rakyat Malaysia sudah terlalu muak dan benci terhadap segala kezaliman, kepincangan, pembaziran wang rakyat yang terlampau, kemusnahan sistem undang-undang dan kehakiman yang dikuasai oleh 'Tangan-tangan ghaib', pembantaian rakyat termasuk kepada mahasiswa dan kebencian terhadap segala kerosakan yang dilakukan oleh Umno BN dalam negara. Perhimpunan ini adalah merupakan antara manifestasi dan  satu cara rakyat ramai meluahkan rasa meluat dan perasaaan benci yang teramat sangat terhadap segala kezaliman dan penyelewengan besar-besaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin atasan BN.

     Apa pun keputusan yang bakal dibuat mahkamah, sama ada Ds Anwar bakal kepenjara atau dibebaskan, kedua-duanya bakal memberi impak dan kesan yang positif terhadap Pakatan Rakyat. Andainya Ds Anwar didapati 'bersalah' maka satu gelombang besar seperti yang telah berlaku pada tahun 1999 akan berulang. Gelombang ini pastinya akan memuncak dan mampu meruntuhkan tampuk kekuasaan Umno Bn pada PRU13. Gelombang ini akan bergabung dengan Tsunami 2008 untuk membadai bahtera reput Umno BN dan Insya Allah akan melenyapkan terus kapal mereka dari bumi Malaysia. Manakala, andainya keputusan memihak kepada DS Anwar Ibrahim, maruah dan krebiliti Umno BN yang diketuai oleh DS Najib akan merudum dengan teruk dan akan menjejaskan sokongan rakyat termasuk daripada ahli Umno sendiri. Populariti dan kepercayaan rakyat terhadap mereka akan jatuh ketahap yang sangat kritikal. Segala fitnah dan serangan yang dilakukan terhadap DS Anwar Ibrahim selama ini akan terjawab dan pastinya mulut-mulut jahat pencacai Umno akan tertutup rapat serapat-rapatnya. 

    Para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk DS Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah menyatakan persetujuan untuk turun dalam perhimpunan tersebut. Mereka menyeru agar semua para penyokong Pakatan Rakyat untuk bersama-sama rakyat Malaysia agar menyertai perhimpunan Aman 901-Bebaskan Anwar agar gelombang rakyat akan dapat digemblengkan bagi menumbangkan 'Bahtera' Reput umno pada PRU-13 nanti.InsyaAllah.
Petikan dari Sinar Harian

Hadi, Kit Siang sertai Kempen 901

PETALING JAYA - Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dan DAP akan menyertai kempen Bebas Anwar 901 bagi menyatakan sokongan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetahui keputusan kes liwatnya, Isnin depan.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah bersetuju untuk turut serta dalam perhimpunan itu.
Menurutnya, sokongan itu bukan sekadar menunjukkan sokongan kepada Anwar, malah sepakat bahawa sistem sedia ada perlu diubah termasuk sistem politik, ekonomi, kehakiman dan pendidikan.
"Kita jamin tiada insiden yang tidak baik berlaku pada 9 Januari nanti, melainkan ada pihak tidak bertangggungjawab yang sengaja  memprovokasi.
"Perhimpunan besar-besaran itu bagi memastikan rakyat sentiasa bersama-sama PR pada pilihan raya umun akan datang," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan PR di sini.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, sekiranya mahukan sistem pemerintahan yang adil, perubahan besar perlu digerakkan dengan bersungguh-sungguh.
"Kalau ia tidak berlaku, tidak akan wujud pilihan raya umun yang bersih dan adil yang mengikut amalan demokrasi yang telah diamalkan oleh negara-negara lain," katanya.
Dalam pada itu, Kit Siang pula mencadangkan supaya pelajar universiti diberi kuasa bagi menyatakan sebarang pandangan dan cadangan bagi menambahbaiki sistem pentadbiran negara.
"Sistem sedia ada mengekang pergerakan pelajar dan perlu diubah. Kita tidak mahu mereka menjadi mangsa keadaan.
"Jadi, bagi merealisasikan perubahan ini, DAP akan bersama-sama dan menyokong sebarang usaha termasuklah kempen untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin depan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan