~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Isnin, 9 Januari 2012

Keputusan Mahkamah tutup mulut pencacai Umno

Keputusan Mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menutup mulut blogger Umno daripada terus menfitnah beliau. Ds Anwar yang dibebaskan buat kali kedua membuktikan bahawa beliau adalah mangsa konspirasi Umno untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat daripada terus menghampiri Putrajaya. Keputusan itu pastinya berjaya membersihkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan moral itu. Pembebasan itu juga pastinya menyebabkan Umno BN akan melalui jalan yang amat sukar pada PRU 13 nanti.

Kini mahkamah rayuan akan menjadi penghalang terakhir DS Anwar. Kita bimbang akan berlaku seperti kes2 sebelum ini apabila Mahkamah rayuan memutuskan untuk menyabitkan kesalahan walaupun telah dibebasakan mahkamah tinggi. Namun begitu, Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Kita berdoa agar DS Anwar terus dipelihara oleh Allah S.W.T daripada sebarang fitnah dan sabotaj.

Kes Liwat Anwar Ibrahim Tidak Bersalah Dan DibebaskanKUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.
Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.
Keputusan itu disambut dengan sorakan oleh lebih 10,000 penyokongnya yang membanjiri parkir Kompleks Mahkamah Jalan  Duta di sini.
Keputusan diumumkan sekitar 9.21 pagi.
Terdahulu dengan memakai baju biru dan seluar hitam, Anwar memasuki bilik perbicaraan mahkamah yang penuh sesak diiringi isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak kira-kira jam 8.50 pagi.
Anwar, 64, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Ruang mahkamah dipenuhi anggota keluarga Anwar dan beberapa anggota Parlimen, dan para wartawan tempatan serta asing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan