~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Rabu, 30 Oktober 2013

Bersatulah wahai pemimpinku..







Kalah menang bukan alasannya

Bergeraklah ke gerbang jasa
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Bait-bait lagu Rasmi Parti Islam Semalaysia PAS menggambarkan betapa sucinya perjuangan  untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi Malaysia ini. Melalui lagu yang membakar semangat ini, ahli-ahli Pas diseru untuk mencurahkan jasa tak kira dalam apa jua bentuk demi pejuangan menegakkan Islam. Disamping itu, kita juga diseru untuk membetulkan niat dihati agar tidak terpesong dari landasan sebenar.
 Menjelang muktamar Pas yang ke 59 ini yang akan menyaksikan berlakunya permilihan jawatankuasa Pas pusat, sudah kedengaran suara-suara sumbang yang cuba untuk merosakkan perpaduan jitu dalam kalangan jemaah. Isu-isu lapuk yang sering dijadikan "Sniper" oleh musuh untuk menyerang hendap Pas kembali digunakan. Isu pemilihan pemimpin sama ada daripada kalangan ulama' ataupun profesional kembali hangat dibahaskan.

 Persoalannya, mengapa isu ini berbangkit didalam jemaah Islam. Sedangkan, seperti yang kita ketahui, jawatan bukanlah sesuatu yang dikejar oleh pemimpin-pemimpin dalam Pas. Tidak seperti dalam Umno, jawatan dalam Pas tidak menjanjikan sebarang kesenangan didunia, tapi jawatan dalam Pas adalah amanah berat yang akan disoal diakhirat kelak. Seperti kita sedia maklum, tarbiyyah dalam Pas sering mengingatkan pemimpin mahupun ahlinya agar tidak menawarkan diri untuk memegang jawatan tertentu apatah lagi merebut-rebut jawatan. Namun, apabila diamanah oleh jemaah untuk memegang jawatan, janganlah sesekali menolak jika kita ada kemampuan dan tiada keuzuran.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13).


Soal profesional ataupun ulama' sebenarnya tidak timbul dalam Pas. Ulama' dan profesional dalam Pas saling lengkap melengkapi. Dalam sebuah kapal yang berlayar, masing-masing ada tugasnya yang tersendiri. Ada yang tahu ilmu alam atau geografi, dia akan menjadi pemandu arah. Ada yang tahu ilmu kejuruteraan, dia akan memastikan kapal sentiasa bergerak. Ada yang tahu ilmu laut, dia akan menasihati tentang keadaan laut samaada kapal boleh berlabuh atau sebaliknya. Ada yang muda dan gagah perkasa, mereka akan menjadi kelasi yang mengerakkan kapal. Yang paling penting ialah seorang nahkoda kapal mesti mempunyai ilmu dari pelbagai bidang supaya dapat membuat keputusan yang tepat dalam masa kritikal.  Oleh itu, kapal tidak akan dapat belayar melawan gelombang laut yang ganas jika andai tiada gabungan kepakaran.

Ceramah, kuliah, usrah, ijma' tarbawi dan pelbagai program tarbiyyah yang diatur tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melengkapkan jemaah dengan ilmu agama. Misi untuk mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama akan terus berjalan dari masa ke semasa. Jika misi ini berjaya, InsyaAllah impian majoriti rakyat Malaysia untuk melihat negara dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang berakhlak mulia, berilmu tinggi, berwawasan jauh dan berkarisma tinggi adalah tidak mustahil. Jika matlamat ini dapat dicapai, Pas pasti diberi peluang oleh rakyat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang moden, maju dan mampu menjadi kuasa besar ekonomi dunia.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama merapatkan sah serapat-rapatnya dan menjadikan matlamat untuk menegakkan kalimah Allah S.W.T dimuka bumi Malaysia ini sebagai satu asas yang kukuh untuk menggerakan seluruh bahtera perang Pas melawan arus ganas dan gelombang besar untuk menuju ke destinasi. Destinasi yang InsyaAllah bakal merobah bumi Allah ini menjadi bumi yang akan melakar sejarah keagungan kebangkitan Islam pada abad ke 21 ini. InsyaAllah.
Terdapat ralat dalam alat ini