~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Khamis, 5 Januari 2012

Pendedahan Lengkap Blogger fitnah Ustaz Azhar!!

Rasanya ramai yang dah tahu dalam tiga empat hari neh ustaz Azhar Idrus [UAI singkatan selepas neh] menjadi mangsa fitnah pihak2 yang tertentu. Disini kita akan dedahkan siapakah dalang2 di sebalik fitnah terbabit dan kenapa mereka tegar menfitnah UAI disini.

Dipercayai mereka menfitnah UAI adalah disebabkan ustaz mendapat perhatian yang luar biasa hebatnya daripada masyarakat malaysia terutamanya masyarakat muslim di malaysia. Malahan apa yang lebih hebat ialah ustaz mendapat tempat di kalangan anak2 muda yang lazimnya kita tahu mereka lebih mudah berhibur daripada mendengar ceramah2 dan kuliah2 agama. 

Atas sambutan hebat neh larh, maka setiap kali ustaz melakukan kuliah agama, walaupun di mana2 sahaja, ia mendapat sambutan yang begitu hebat daripada masyarakat setempat. Orang akan memenuhi setiap inci ruangan di dalam masjid atau lokasi2 yang menjadi tempat untuk memberikan kuliah yang dijayakan oleh ustaz.  

Ini termasuklah majlis sambutan tahun baru, baru2 neh. Ia berjaya menghimpunkan hampir 80+++ umat. Sudah tentu ini senario yang luar biasa. Bagaimana, program yang tiada promosi melalui media arus perdana dan tv boleh menghimpun orang seramai neh? Apa yang hebatnya pada ustaz neh? Agaknya itulah yang bermain2 di fikiran orang2 yang dengki tak sudah. Lalu, mereka memasang perangkap untuk mencemarkan reputasi UAI.

Mari kenali terlebih dahulu pemfitnah2 ustaz di bawah neh ;


[abaikan gambar papa gomo].

AAKJ = AZMY AWANG KELANA JAYA melalui blognya mencerca ustaz dengan pelbagai tohmahan yang karut marut. Siapa sebenarnya dia neh? Apa peranan dia? Owh.. dia neh ialah blogger umno. Dari awal lagi kita bukan nak tuduh umno sebarangan disini. Aku minta maaf kalau pendedahan neh menyakitkan ahti ahli2 umno yang lain tetapi aku terpaksa juga cakap sebab dah memang dorang neh blogger umno. Nak buat macam mana?

Dia neh antara orang yang terlibat dengan nadi rakyat. Tahu apa jawatan nya? Ketua NADI RAKYAT. Fungsi nadi rakyat ialah menyerang pakatan rakyat di alam cyber. Lantaklah kerja dia.. dia punya pasal. Tapi napa dia serang ustaz? Ini yang kita marah. 

Nak serang pr dia punya pasal. Dah sah2 blog dia blog politik pro umno so serang pr memang tak pelik. Tapi bila dia serang dan tohmah ustaz macam2 di blognya, itu lah jadi pelik pasal ustaz neh berceramah sampaikan ilmu islam. Bila pula ustaz neh memaki hamun umno bagai melainkan dia hanya menyampaikan fakta?

Walau apa pun pandangan politik ustaz, itu hak ustaz sepenuhnya. Tapi bila dia berceramah, dia betul2 ajar pasal islam. Bukan nya dia mengajar yang bukan2. Takanlah disebabkan ceramah dia sering mendapat sambutan hangat maka anda ada hak nak tohmah ustaz macam2 disini?

Menurut rakan dari pkr yang aku temui semalam mengatakan bahawa azmy neh ialah mentor score A. Untuk rekod, score A pernah dipromosikan oleh nur amalina, pelajar cemerlang SPM tahun 2004. Wahh.. orang bijak rupanya. Bukan calang2 orang boleh jadi mentor score A. Tapi apahal perangai di dalam internet tak sebijak di luar internet? Ada lagi beberapa info sulit pasal azmy neh yang dia beritahu. Tetapi bab2 peribadi neh kita malas nak usik lah. Sebab kalau kita main isu peribadi dorang, maka kita dengan dorang pun dah takde beza.

Dan lihat pula gambar kedua ;

[maaf, caption gambar bukan dari aku]

Siapa sebenarnya blogger taipingmali yang menfitnah ustaz konon nya ustaz berzina dan minta ustaz jelaskan dakwaan terbabit? Dan yang paling teruk ada yang mencabar ustaz agar saman andai apa yang didedahkan oleh taipingmali neh adalah fitnah. Wahh.. sendiri dakwa, sendirilah kasi bukti. Apahal pula ustaz kena saman ko? 

Pekerjaan sebenarnya taiping mali neh ialah seorang cikgu di SK. Simpang. Dia menetap di kampung expo, kamunting, perak. Umur cikgu? 52 tahun dah nak masuk 53 tahun dah. Wahhh.. seorang cikgu rupanya. Nama penuh ialah Najimy Awang.  Apa kaitan cikgu neh dengan umno? Sekali lagi, aku minta maaf pada ahli2 dan penyokong2 umno. Bukan niat nak sakitkan ahti korang tapi dah memang dorang neh blogger umno. Nak buat macam mana? Terpaksalah aku cakap juga.

Bersepah juga lah cerita2 peribadi cikgu neh yang aku dapat tapi tak pasti lah kesahihan dia. Lagipun kalau kita siarkan disini pun buang masa. Pasal peribadi dia, takde sapa pun yang ingin nak tahu kan? Peranan cikgu neh di dalam umno ialah sebagai penyelaras bloggers2 pro umno untuk negeri perak.

Setiap blogger neh di bayar rm2,500 sebulan untuk update blog. Memang mereka dibayar. Sebab itu blogs umno tiada iklan. Sebab mereka ada gaji. Bagi aku tak salah. Blogger pun ada tanggung tertentu. Andai mereka di bayar, so what? Salah ke? Yang penting sekarang bukan pasal gaji or bayaran, yang penting sekarang isi penulisan. Kalau dibayar tapi menulis fitnah pun buat apa? Kalau dibayar tapi sebarkan kebenaran aku rasa orang pun tak kesah.

Cikgu najimy neh juga diarahkan oleh zambry kadir untuk buat portal yang mempromosikan dia [zambry kadir] dan program2 anjuran bn perak. Portal peraktoday larh hasilnya. Kalau korang pernah buka blog parpukari, mesti ada nampak link peraktoday kan? Napa parpu promote ye? Sebab dia pun penyelaras untuk bloggers gak. Cuma dia banyak up posting2 di peringkat nasional manakala cikgu pula focus peringkat negeri.

Bagi aku cikgu najimy neh patut tunjukkanlah contoh yang baik dah awak tue seorang cikgu kan. Itupun kita tertanya2 juga napa seorang cikgu boleh slumbernya brpolitik. Takde pula kena soal bila buat dua kerja dalam satu masa ye? Hahaha.. 

Bagi aku larh kan, aku nak ulang balik apa yang ali abu [admin rosmah mansur] pernah bagitau aku beberapa hari lepas. Benda neh pun anwar ibrahim sebut semalam ketika aku hadir dalam perjumpaan bloggers.

Ahli2 umno neh sebenarnya baik2 belaka. Mereka neh tak salah. Jangan serang ahli2 umno. Yang salah neh pemimpin2 mereka. Makan duit rakyat, songlap, tak amanah dan sebagainya. Kebanyakkan ahli2 umno neh terseret dengan fitnah atas peranan media massa. Jadi tanggungjawab kita ialah terangkan kepada mereka dengan fakta, dengan hujah, bukan dengan maki hamun.


Jadi, sama macam dalam kes di atas neh. Aku tahu ahli2 umno pun tak suka dengan fitnah2 yang dibawakan oleh bloggers umno. Tapi janganlah disebabkan mereka umno maka korang tutup mata pula dengan fitnah2 tersebut. Buktikanlah anggapan ali abu dan anwar ibrahim terhadap korang neh adalah fakta dengan menolak fitnah2 di atas neh. Kali neh mari kita bersatu menolak fitnah.

Minta tolong sesangat pada kawan2 umno agar buka mata, buka ahti, memanglah kita faham tak semua dalam umno itu jahat tetapi yang menguasai umno kini adalah orang jahat. Sebab tue bloggers umno berani buat posting macam neh sebab bos mereka pun menerima budaya2 fitnah neh. Aku tak pasti lah benda neh betul ke tak, tapi dengar citer nama ustaz kini dah naik bukit aman pasal kuliah takde tauliah. Harapnya andai ustaz ditahan kelak, kali neh marilah kita bersatu mempertahankan ustaz youtube kita yang satu neh. Bai.

Sumber MILO SUAM

Jumaat, 30 Disember 2011

Markas Tarbiyyah Pas Cawangan Pulau Kerengga

Kursus Motivasi Ameerah




  Pada 30 Disember 2011 baru-baru ini, Muslimat Pas Dun Rhu Rendang dengan kerjasama Muslimat Pas Cawangan Pulau Kerengga telah mengadakan kursus motivasi khas untuk Ameerah (Nisa'). Kursus motivasi itu menampilkan Ustaz Kamarulzaman bin Abdullah sebagai penceramah utama. Kursus yang bermula jam 3 petang itu disertai oleh lebih 50 orang peserta daripada seluruh cawangan didalam Dun Rhu Rendang. Khusus yang diadakan di markas Tarbiyyah Pas Cawangan Pulau Kerengga itu banyak memberi manfaat kepada hadirin khususnya kepada golongan remaja perempuan. Antara intipati kursus tersebut ialah mengingatkan para remaja tentang akhlak-akhlak Islamiyyah yang perlu ada dalam diri masing-masing bagi mendepani gejala hedonisme yang makin menjadi-jadi ketika ini. Kursus ini diharap dapat membentuk jati diri dan akhlak yang lebih baik dalam kalangan nisa' khasnya dan remaja amnya.



















'Sabah' jadi Juara

   Pada 29-30 April 2011 yang lalu, Pemuda Pas Cawangan Pulau Kerengga telah berjaya menganjurkan satu kejohanan bola sepak 5 sebelah tertutup Pulau Kerengga. Acara tahunan itu berlangsung dengan jayanya apabila berjaya menarik jumlah penyertaan daripada kalangan pemuda berjumlah kira-kira 100 orang. Sebanyak 15 pasukan menyertainya, termasuk satu pasukan daripada kalangan veteren. Pertandingan yang berjaya dimenangi oleh pasukan 'Sabah' itu dirasmikan oleh Pengerusi Pas Cawangan Pulau Kerengga, Haji Ibrahim bin Long. Juara pertandingan membawa pulang wang tunai, medal dan piala pusingan.
 
Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Cawangan Pulau Kerengga, Mohd Nazor Abu bakar, pasukan yang berentap kali ini merupakan mereka yang dipilih berdasarkan undi sebelum hari pertandingan. Cara itu membolehkan jalinan kerjasama yang baik dan saling kenal mengenal antara satu sama lain berbanding jika pasukan dipilih sendiri. Semoga acara ini akan terus berlangsung untuk tahun-tahun yang akan datang.







Sabtu, 24 Disember 2011

Politik Islam ada Fekahnya-Presiden PAS

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah :
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)
Sabda Rasulullah S.A.W.
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam  perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.
Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada  kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan  ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.
Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau  ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.
Mafhum  bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.
Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W.  telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam  yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.
Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan  pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia  juga.
Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.  bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.
Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.
Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa  wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam  perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar  Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya yang bermaksud :
وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).
Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil  dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.
Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah  ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqhmaqasid syariat dan siyasah syari’yyah.
Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura  pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.
PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya  sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman  dengan : kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.
Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan,  Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.
Perlu diingat, bahawa UMNO yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah ?.
Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya  walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya  perjuangan Islam.  Kita wajib  menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.
PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.
الشَّيْطَانُ ذِئْبُ ابْنِ آدَمَ كَذِئْبِ الْغَنَمِ ، فَإِنَّ الذِّئْبَ يَجِيءُ فَيَأْخُذُ الشَّاذَّةَ وَالنَّاحِيَةَ وَالْمُنْفَرِدَةَ ، فَالْزَمُوا الْعَامَّةَ
(Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia , laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.
PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.
Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.
Khadam Perjuangan Islam
PRESIDEN PAS