~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Jumaat, 11 Mac 2011

Mengapa rakyat Malaysia perlu bangkit??

Kebangkitan rakyat terus menular di banyak negara di Asia. Kebangkitan rakyat yang dulu sering dipelapori oleh masyarakat Eropah kini mula menjalar ke Asia dan Afrika. Gelombang kebangkitan rakyat yang pernah terjadi di Amerika Syarikat, Iran, India, Thailand kini mula menular di negara-negara Asia Barat. Banyak diktator mula ditumbangkan oleh api kemarahan rakyat yang semakin membara terhadap kezaliman dan penindasan pemerintah. Pemerintahan kuku besi yang diamalkan oleh  Ben Ali di Tunisia, Hosni Mubarak di Mesir dan Gaddafi di Libya menyebabkan rakyat mula bangkit.Negara-negara yang terkenal dengan kekayaan hasil minyak ini menyaksikan bagaimana hampir keseluruhan penduduknya begitu daif dan miskin sedangkan pemimpin-pemimpin negara hidup dalam kemewahan yang melampau..




Di Malaysia, sebagai sebuah negara yang mempunyai hasil minyak dan hasil bumi yang lain, namun malangnya masih ramai rakyat hidup dalam kemiskinan. Masih ramai rakyat yang tidak mampu untuk mempunyai rumah sendiri ataupu menyewa rumah, masih ramai rakyat yang tidak mampu mempunyai kenderaan sendiri, terlalu ramai rakyat yang tidak mampu menghantar anak ke sekolah mahupun pusat pengajian tinggi, masih ramai rakyat yang terpaksa mengikat perut dan terlalu ramai rakyat yang menganggur  tampa mempunyai pekerjaan.Namun malangnya, ditengah-tengah ribuan peminta sedekah, pemimpin-pemimpin negara hidup bermewah-mewah, ditengah-tengah ribuan rumah-rumah hampir menyembah bumi, naiknya mahligai-mahligai pemimpin meninggi langit, ditengah-tengah rakyat mengikat perut berjimat cermat, pemimpin2 berjoli sakan tak kira tempat. Itulah realiti kehidupan di Malaysia.Walaupun cuba disembunyikan oleh media massa arus perdana.


Bayangkan ketika rakyat bergelut untuk melepaskan diri daripada jerat kemiskinan, namun rakyat terus ditekan da ditekan selumat-lumatnya. Pelbagai jenis cukai yang membebankan rakyat seperti cukai pintu yang terus meningkat, tol2 lebuh raya yang semakin tinggi dan yang terbaru ialah jerat saman ekor yang begitu zalim.Saman ekor merupakan satu jenis kezaliman yang amat zalim kepada rakyat.Rakyat terpaksa membayar saman beratus-ratus ringgit bagi mengelakkan disenarai hitam dan ditarik lesen memandu. Saman ekor juga senang untuk dimanupulasi seperti kesalahan had laju dan macam-macam lagi walaupun banyak kes kesalahan itu tidak dilakukan dan tidak mempunyai bukti.Penarikan subsidi minyak petrol,minyak masak, beras, gula dan lain2 keperluan harian menyebabkan rakyat semakin terhimpit. Kenaikan harga minyak petrol(walaupun Malaysia adalah pengeluar minyak) menyebabkan rakyat merasai tekanan.Bayangkan seorang yang bergaji RM 2000 hingga RM 3000 di bandar masih dikelaskan sebagai golongan miskin akibat taraf hidup yang amat tinggi. Mereka terpaksa membayar tol beratus ringgit sebulan, pelbagai jenis kompaun , saman trafik, sewa rumah, ansuran kereta, bil air dan elektrik, bil telefon, penjagaan anak, dan pelbagai jenis bayaran yang sangat membebankan rakyat.



Tarif elektrik dan bil air yang melambung tinggi juga antara punca yang menyebabkan ketua isi rumah tidak dapat tidur malam.Perswastaan syrikat air dan syarikat pembekal tenaga menyebabkan bil air tidak dapat dikawal lagi. Perswataan menyebabkan keperluan asas rakyat dijadikan sebagai peluang perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi.Bayangkan pengerusi Syabas(syarikat Air Selangor) berpendapatan hampir RM425,000 sebulan.Sedangkan rakyat terus tertekan dengan kenaikan bil air.





Ditengah-tengah kesempitan dan tekanan rakyat, gaji menteri2 kerajaan berjumlah hampir RM 50,000 sebulan,selain mendapat keistimewaan kereta,rumah,bil air dan bil elektrik percuma. Elaun percutian, elaun rumah terbuka berjumlah rm 500,000 dan bermacam2 pembaziran. Dari manakah kerajaan dapat wang sebanyak itu untuk menanggung seorang menteri? Tak lain dan tak bukan duit dari cukai2 dan saman2 yang rakyat bayar!



Apa lagi yang perlu ditunggu oleh rakyat Malaysia. Kuasa ditangan anda!!

1 ulasan:

  1. heran gak sejak akhirx ni..dgrx nak dekat PRU 13..tak dek pulak kedengaran harga barangan naik, harga minyak naik..kalau tak pada penghujung dan awal tahun sebelum ni..rakyat dikejutkan dgn kenaikanx yg tak sepatutnya berlaku..tp kali ni bole pulak pihak kerajaan nih kawal kenaikan harga barangan ya..heran gak...malah rakyat diberikan pulak ganjaranx $$$$..kemudahanx dan berbagai-bagai lagi..dalam pada tu terfikir gak aku..apa akan berlaku slps PRU 13 nanti kalau kerajaan yg ada sekarang diberi mandat semula oleh rakyat..apakah kekal aman tidak naiknya harga barangan dan petrolium serta yg lainxnya..atau apakah dgn bertukarnya kerajaan yg memerintah kini dapat menstabilkan keamanan dan kebajikan rakyat serta menjana ekonomi dgn lebih baik lagi..ini pun kena difikirkan sama..SESUNGGUHNYA SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA BAGI ALLAH.

    BalasPadam