~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Sabtu, 21 April 2012

Mansuh PTPTN Malaysia akan bangkrup??



        Disana sini, ramai yang bercakap pasal PTPTN. Ada yang pro dan ada yang contra. Penulis ingin memberi sedikit ulasan tentang isu PTPTN dengan lebih ringkas dan senang difahami dari kaca mata seorang mahasiswa yang merasai sendiri cengkaman PTPTN.

        PTPTN ditubuhkan pada tahun 1997 setelah usul mengenainya dibentangkan oleh DS Najib sebagai menteri pendidikan ketika itu. Antara alasan PTPTN ditubuhkan ialah bagi menggantikan biasiswa kerana atas alasan bagi mengurangkan beban kerajaan untuk menanggung biasiswa. Mengapa rakyat dibebankan semata-mata mahu mengurangkan beban kerajaan.

        Pernahkan kita terfikir, pada tahun 1997, menara berkembar petronas yang berharga RM300 juta pada masa itu,  mampu dibina dan tidak membebankan kerajaan. Tetapi pada masa yang sama, kenapa biasiswa untuk pelajaran anak bangsa yang menentukan masa depan mereka sanggup digadai. Bukan sahaja hak untuk mendapatkan biasiswa dinafikan, bahkan mereka juga dibebankan dengan hutang beribu-ribu ringgit semata-mata mahu belajar??

         Bayangkan anak sulung seorang nelayan yang mempunyai adik beradik 7 orang lagi dibawahnya, terpaksa berhutang hanya untuk menyambung pelajaran bagi mengubah nasib keluarga. Jika dia bermula dengan diploma, dia terpaksa berhutang RM15,000 + RM1500(bunga). Jika mahu menyambung ijazah pula, dia terpaksa berhutang RM28000+RM 2800(bunga). Dah la terpaksa berhutang, mereka juga terpaksa membayar yuran  sebanyak lebih kurang RM 1500 satu semester. RM3500 untuk satu semester ditolak RM 1500=RM 2000. RM 2000/5 bulan=RM 400 sebulan. RM 400 sebulan untuk makan,rumah sewa, minyak motor, beli buku, dan macam2 keperluan asas.  Bayangkan bagaimana susahnya ibu-bapa dikampung terpaksa bergolok gadai untuk membiayai sara hidup anak mereka yang pastinya tidak cukup. Itu baru untuk IPTA, bayangkan azab yang ditanggung oleh pelajar IPTS??

Sebab itulah, pendidikan percuma yang dicadangkan ialah:

1. Menyediakan jumlah IPTA yang mencukupi kepada yang layak dan yang tidak berkemampuan.
2. Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi agar pelajar tidak perlu menyewa diluar.
3. Menghapuskan yuran pendidikan.
4. Menyediakan elaun sara hidup bagi yang tidak berkemampuan dan pinjaman bagi yang berkemampuan.

           Ada yang berhujah, kerajaan akan bangkrup jika pendidikan percuma diberi kepada pelajar. Dua kesimpulan boleh diberikan kepada sesiapa yang berhujah seperti itu, sama ada dia tidak tahu langsung tentang ekonomi ataupun niatnya mahu menipu rakyat. Hal ini kerana, jika diberikan analogi secara mudah, seorang bapa dari keluarga yang berada, melabur beribu-ribu ringgit untuk mebiayai pendidikan anak-anak mereka sehingga berjaya. Cuba berfikir sejenak, adakah beliau akan bangkrup hanya kerana membiayai pendidikan anak-anak beliau?Pastinya tidak. Begitulah juga dengan kerajaan, kerajaan tidak akan bangkrup hanya kerana memberikan pendidikan percuma kepada anak bangsa, tetapi kerajaan akan bangkrup jika rasuah, penyalahgunaan dana rakyat dan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan itu sendiri.

           Kita bukan negara miskin, tapi kita negara yang kaya kerana mempunyai hasil bumi kurniaan Allah S.W.T yang melimpah ruah. Negara kita tidak akan maju jika terus diperintah oleh pemimpin kapitalis yang hanya mahu mencari keuntungan untuk mengayakan kroni, isteri dan menteri mereka. Pendidikan bukan untuk diniagakan!!!

Mahasiswa jujur...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan