~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Isnin, 9 Januari 2012

Keputusan Mahkamah tutup mulut pencacai Umno

Keputusan Mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menutup mulut blogger Umno daripada terus menfitnah beliau. Ds Anwar yang dibebaskan buat kali kedua membuktikan bahawa beliau adalah mangsa konspirasi Umno untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat daripada terus menghampiri Putrajaya. Keputusan itu pastinya berjaya membersihkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan moral itu. Pembebasan itu juga pastinya menyebabkan Umno BN akan melalui jalan yang amat sukar pada PRU 13 nanti.

Kini mahkamah rayuan akan menjadi penghalang terakhir DS Anwar. Kita bimbang akan berlaku seperti kes2 sebelum ini apabila Mahkamah rayuan memutuskan untuk menyabitkan kesalahan walaupun telah dibebasakan mahkamah tinggi. Namun begitu, Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Kita berdoa agar DS Anwar terus dipelihara oleh Allah S.W.T daripada sebarang fitnah dan sabotaj.

Kes Liwat Anwar Ibrahim Tidak Bersalah Dan DibebaskanKUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.
Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.
Keputusan itu disambut dengan sorakan oleh lebih 10,000 penyokongnya yang membanjiri parkir Kompleks Mahkamah Jalan  Duta di sini.
Keputusan diumumkan sekitar 9.21 pagi.
Terdahulu dengan memakai baju biru dan seluar hitam, Anwar memasuki bilik perbicaraan mahkamah yang penuh sesak diiringi isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak kira-kira jam 8.50 pagi.
Anwar, 64, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Ruang mahkamah dipenuhi anggota keluarga Anwar dan beberapa anggota Parlimen, dan para wartawan tempatan serta asing.

Ahad, 8 Januari 2012

901 Penentu Masa Depan Rakyat

Langkah demi langkah menuju tanggal 9 Januari 2012, apabila direnung kembali Deklarasi Permatang Pauh 1998, apa yang diperjuangkan oleh generasi reformasi masih relevan hari ini. Bahawa diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram dibelenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil. Bahawa gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang daripada dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Saya cintakan Malaysia. Kita semua cintakan tanah air kesayangan ini. Kita menghormati undang-undang dan sistem kehakiman yang membawa kebaikan dan keadilan kepada semua. Menghadirkan diri di mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari 2012 tidak bermaksud kita tidak menghormati undang-undang dan sistem kehakiman.

Sebaliknya, atas semangat cintakan perlembagaan, undang-undang dan sistem kehakiman negara, kita hadirkan diri untuk menyaksikan dengan kaca mata sendiri sejauh mana prinsip keadilan diangkat tanpa mengira perbezaan fahaman politik dalam kes fitnah II dan bukannya diperkosakan sistem kehakiman negara.

Sekian banyak berita yang terkandung dalam akhbar harian yang menjadi tatapan kita saban hari. Apakah akhirnya memenjarakan kita dengan ketidakupayaan memahami hubung kait sistem kehakiman dan kuasa politk yang dominan? Perhimpunan 901 bukan sekadar kerana seorang manusia berusia 65 tahun yang pernah ditelanjangkan, dibelasah sehingga mata berdarah, dipenjarakan dan diaibkan berkali-kali, tetapi berkait rapat dengan kerosakan sistem kehakiman dan institusi keadilan sehingga mampu memenjarakan kita dan memperdayakan kita dengan persepsi yang dilakarkan oleh jentera media kawalan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Jangan kita lupa semasa membaca akhbar atau menonton berita televisyen, dalam dunia kontemporari, institusi media merupakan sebahagian daripada institusi keadilan.

Tanggal 9 Januari 2012 bakal dicatatkan sebagai lembaran sejarah hitam Malaysia berkenaan dengan sistem kehakiman. Sama ada dipenjarakan atau tidak, penganiayaan yang dilakukan melalui manipulasi proses kehakiman dan media terus-menerus melakar persepsi bahawa insan bernama Anwar Ibrahim melakukan kesalahan tidak bermoral dan tidak sesuai menjadi Perdana Menteri.

Penganiyaan melalui proses kehakiman bukanlah sesuatu yang mudah difahami. Sebab itu, orang ramai bergantung kepada laporan media, khususnya media cetak dan penyiaran untuk mengetahui perkembangan dari masa ke masa.

Kalau kita tidak naif, kita bukan sahaja faham bahawa hadirkan diri dalam perhimpunan 901 tidak bermaksud kita tidak menghormati undang-undang, kita juga faham bahawa keputusan pada 9 Januari 2012 merupakan sebahagian daripada agenda UMNO. Daripada laporan berita akhbar harian yang berulang kali memetik komen yang lebih kurang sama daripada sesetengah individu yang sama contohnya Zulkifli Nordin sekian lama, barang siapa yang pernah bekerja dalam industri media, fahamlah dia, pelaporan seumpama bercanggah dengan nilai berita yang proses produksinya profesional. Tidak kira apa motif “pelarian politik” Raja Petra (gambar kanan) berkenaan dengan komennya baru-baru ini, barang siapa yang pernah bekerja sebagai wartawan tahu benar apa itu agenda setting. Sama ada sedar atau tidak, komen Raja Petra memenuhi agenda UMNO. Tak apa komen seorang “pelarian politik” dijadikan sebahagian daripada agenda UMNO, yang penting kita sedar dan kita tidak naif sehingga mempercayai sistem kehakiman dan institusi keadilan dapat dipulihkan dengan melakarkan persepsi negatif berhubung tertuduh yang tidak melarikan diri.

Di mana berlaku ketidakadilan yang melampau sehingga menggeramkan rakyat terbanyak, di sana akan bangkit gelombang rakyat menuntut keadilan. Begitulah tatapan sejarah khalayak ramai yang juga menjadi topik diskusi di kedai kopi dan di sana sini.

Sejarah rakyat mengandungi elemen protes secara aman apabila institusi keadilan dilembukan oleh kuasa pemerintah. Sejarah rakyat mengandungi elemen memberontak apabila penganiyaan atau keganasan secara melampau dilakukan oleh pihak berkuasa.

Tetapi sejarah UMNO berbeza dengan sejarah rakyat. Dalam tatapan sejarah UMNO, rakyat tidak mampu bangkit asalkan manipulasi media cetak dan penyiaran dilakukan dengan bijak. Barang siapa yang pernah bekerja dalam kedua-dua media cetak dan media atas talian, fahamlah juga dia bahawa kewujudan internet dan kebangkitan media baharu khususnya media sosial tidak bermaksud media cetak dan penyiaran menjadi bebas secara semula jadi. Hakikatnya, beberapa konglomerat media UMNO-BN masih mengawal akhbar dan stesyen televisyen dan radio utama di Malaysia di samping media kerajaan yang juga didalangi agenda UMNO.

Pada ketika pemimpin UMNO memikirkan masa depan dan kepentingan diri, sama ada diri dapat bertanding pada pilihan raya akan datang, sama ada Najib akan merombak kabinet dan menukarkan pemimpi bertaraf menteri, dan sama ada diri dapat dinaiktaraf jadi menteri, biar kita memahami selok-belok media cetak dan penyiaran dalam konteks di mana media dilihat sebagai institusi kuasa yang juga merupakan sebahagian daripada institusi keadilan. Dengan kata lain, selain dikawal dengan undang-undang ketat, media cetak dan penyiaran juga dapat dimanipulasi saban hari untuk mencapai agenda UMNO.

Pemimpin UMNO lain mungkin tidak faham sejarah dan undang-undang, saya pasti Saifuddin Abdullah yang pernah berbicara mengikut gerak hati masalah-masalah negara faham, apa agenda sebuah parti politik yang kehilangan idealisme dan sedang berdepan dengan krisis kehilangan tampuk pemerintahan, dan sejauh mana sistem kehakiman dan institusi keadilan dimanipulasi untuk mencapai agendanya. Sebab itu, Saya yakin Saifuddin Abdullah yang menyokong hak berhimpun demonstran tidak akan membiarkan perhimpunan 901 secara aman dikucar-kacirkan oleh sesetengah pihak demi mencapai agenda tertentu.

Kalau kisah seorang insan berusia 65 tahun dianiayai berkali-kali tidak mampu menyedarkan kita berkenaan dengan kerosakan sistem kehakiman. “Biarlah orang tua masuk penjara, mati di penjara pun tak apa,” kononnya. Harapan bukannya pada orang tua, tetapi bertapak atas kesedaran kita bahawa kebangkitan rakyat cukup mustahak dalam perjuangan demokrasi dan keadilan.

Semasa Internet mula bertapak di bumi Malaysia, masyarakat secara amnya digegarkan dengan pelbagai fitnah yang dilontarkan oleh seorang Perdana Menteri terhadap timbalannya. Kini sejarah berulang tetapi mungkin berakhir dengan perbezaan. Kalau dahulu rakyat berasa lega selepas Mahathir diundurkan tetapi UMNO kekal, kini rakyat hanya akan merasa lega kalau UMNO diundurkan dalam pilihan raya akan datang.

9 Januari 2012 bukan satu tarikh menyaksikan kelahiran seorang individu, kemudian menujum bila orang tersebut dipenjarakan dan sama ada orang tersebut mati dalam penjara atau di luar penjara, tetapi tarikh kita menterjemahkan kecintaan kita terhadap prinsip keadilan dalam kerangka undang-undang tertinggi dan sistem kehakiman.

Seperkara penting yang harus dikaitkan sebagai penutup. Tanpa kebebasan media cetak dan penyiaran, jangan kita mempercayai pembaharuan sistem pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sahaja dapat menjamin proses pilihan raya yang adil. Sama ada proses kehakiman atau pilihan raya, institusi media merupakan asas kepada pembaharuan yang bermakna. Sebab itu, kalau media tidak memainkan peranan sebagai sebahagian daripada institusi keadilan negara, maka media akan dimanipulasi sebagai sebahagian daripada agenda UMNO.

Sumber: Anwaribrahimblog.com

Sabtu, 7 Januari 2012

Aku Mat Rempit...Pengikut Ustaz Azhar

Petikan dari sebuah Facebook seorang anak muda Terengganu
(  Diedit serba sedikit supaya mudah difahami)



   Sebagai MAT REMPIT berjaya...aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti  berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**.  Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.




SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang...apatah lagi nok GIsurau bala atau majlis ilmu..JAUH...Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku  ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa...tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2..



  . Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada  awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik..Ayoh aku sengelen(sengaja) pasang kuat...nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau(padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang  mengantuk dan bosan...jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR...


'' Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju...Islam dop sekat...asalkan time semayang,,mung sembahyang...time gi surau...mung gi surau...NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda...KUDA zaman lening mutorsikal r.."

satu agi..


"Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH...tapi dengan syarat...mung letok ayah orang puan tu tengoh2..."HAHA

  Jadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara..JAHAT...dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT...Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh...tapi kene semayang...kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2...aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) .


Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku...Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu...Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)...batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu...aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh...sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin  gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa...


Hok paling aku suke...awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) ...siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku...sebab aku kate ker dyer...lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang...sebab mung nok uat bini kam...kene jage r MARUAH bakal bini mung...InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia...jeput mari belake neh...rumah depan Keda Sabasun..hahaha


GituLA serba sedikit kisoh aku...PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar...kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar...siap dapat kawin dengan ustazah agi...dapat pulop kerje sedap...BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA'...berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)...akhir kata..JOM GI KULIAH...kikikiki...


dop seke pando gok aku uat karangan...spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..


Ya Allah Ya Tuhanku...banyok dosaku PadaMu ya Allah...Aku Mohon Keampunanpu YaAllah...Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini...setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah...Matikanlah aku dalam iman...AMIN(mohon sahabat doakan)


ADMIN: Orang Muda sebenarnya nak kepada Agama..tapi kerajaan Umno Beend bodo macam Lembu...Ustaz.. dia dok beri NGAJOR...hiburan 24 jam...ARTIS beri sokmo permit..KALU BULEH,,,suruh artis buat konsert MAKSIAT tiap hari..PUNOH ranoh HABIS budok2 muda...BODO KE CERDIK??


cc:-Ustaz Azhar Al Idrus
    -Alternative Riding Club
      - JKK Fan Club



layan video nim..








Jumaat, 6 Januari 2012

Ceramah Ustaz Azhar ft Zizan Raja Lawak Full & Clear




Rujukan: Kedah Online, TV Selangor

Fitnah Ustaz Azhar: Lagi pendedahan Fitnah Failed!!



Assalamualaikum. FUHH...Rupanya impak penganjuran Malam Tahun Baru 2012 bersama Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Azhar Idrus di Dataran Shah Alam baru-baru ini sangat hebat. Kehadiran lebih 80k golongan muda Selangor ke majlis tersebut cukup untuk membuatkan blogger2 Umno bagai CACING KEPANASAN!! Serangan fitnah yang amat dashat dihalakan kepada susuk tubuh Ustaz Azhar Al-Idrus. Mereka mungkin telah menerima isyarat kecemasan daripada BOS BESAR mereka Hajjah Rosmah dan Haji Najib..Fitnah terbaru dilakukan sendiri oleh Presiden Persatuan Blogger2 Syaitan Umno...iaitu Tun Faisal...(kami takkan memberi link keblog tersebut kerana tidak mahu membantu tentera2 syaitan)




Tajuk posting blogger syaitan itu ialah 'Gaya ustaz pemaki hamun dengan motor besar'...manakala gambar ini disiarkan sebagai main picture.









Antara isi fitnah tersebut ialah:




'Gaya hidup pemimpin Pas hari ini. Hebat! Tidak termasuk Mercedez Benz dan pelbagai kereta mewah lagi. Bezanya mereka bijak berpura-pura di depan pengikut masing-masing.'




Dan seterusnya seperti biasa blogger2 syaitan ini akan mencarut dengan perkataan2 lucah yang memualkan dan menjijikkan.




PENJELASAN:




Gambar yang menunjukkan Ustaz Azhar menaiki Harley Davidson ialah sebenarnya gambar yang diambil semasa Ustaz Azhar merasmikan karnival Pas Ganti Umno di Pantai Batu Rakit pada 30/10/2010. Ustaz Azhar bergambar sebagai GIMIK Pelancaran Alternative Riding Club(ARC) di Dun batu rakit. Dan PEMILIK motor tersebut adalah salah seorang ahli ARC..

Bagaimana kami tahu?...Ramai pemuda kami merupakan AHLI ARC(UIA merupakan ikon ARC) dan merupakan PEMINAT TEGAR Ustaz Azhar. Pemuda kami HADIR ke semua program melibatkan  Ustaz Azhar termasuk program tersebut..Berikut antara gambar yang diambil ketika majlis tersebut..BLOGGER SYAITAN KANTOI LAGI!!








































Gambar2 ini adalah antara ada dalam simpanan kami. Dan kami masih mempunyai beratus-ratus lagi gambar pada hari tersebut...Nampaknya blogger Syaitan terus Failed!! Bagi kami...andainya Ustaz Azhar ada  Harley Davidson sekalipun..tidak ada salah jika harta tersebut dibeli menggunakan wang HALAL melalui hasil penjualan VCD dan lain2..Yang SALAH lagi berdosa besar ialah apabila KAMU sebagai BLOGGER yang menjadi PENCACAI Umno untuk menyebarkan FITNAH DAN PEMBOHONGAN. Tidakkah kamu tahu bahawa WANG HASIL upah kamu sebagai BLOGGER SYAITAN adalah haram dan makan makanan HARAM tidak lain dan tidak BUKAN,,NERAKA lah jawapanNya...Nauzubillah min zalik....


Rujukan: PASPB