~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Isnin, 16 Mei 2011

Anwar diperintah bela diri walaupun tak bersalah

    Pelik  bin ajaib...itulah perkataan yang boleh digambarkan tentang keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi yang memutuskan Anwar Ibrahim perlu membela diri atas kesalahan yang tidak pernah dilakukan. Keputusan yang telah dijangka itu mebuktikan lagi fakta yang mengatakan bahawa sistem kehakiman kita telah menuju ke kancah kehancuran.

Jika diikuti kronologi kes sejak dari awal, pastinya sesiapa yang mempunyai akal fikiran dan dapat  berfikir dengan logik pasti mengatakan bahawa Anwar tidak bersalah.Pelbagai perkara yang lucu dan pelik yang berlaku semasa perbicaraan mengesahkan bahawa ini adalah konspirasi  jahat parti pemerintah untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim seterusnya mengekalkan kuasa.Antara perkara pelik dan lucu tersebut ialah:

-Pemeriksaan pertama oleh hospital Pusrawi menyatakan bahawa Saiful tidak diliwat tetapi keputusan sebaliknya ketika pemeriksaan di HKL.
-Saiful mengakui dirnya tidak sembahyang subuh semata-mata untuk menyimpan bahan bukti.
-Walaupun tidak sembahyang, tetapi beliau masih boleh bersumpah.
-Saiful pergi menemui Najib dan Rosmah selepas dikatakan diliwat.
-DS Anwar dituduh meliwat secara paksa, tetapi Saiful mengaku diliwat dengan rela.
-Kalau difikirkan secara logik, bagaimana seorang pemuda berusia 2o-an boleh diliwat oleh lelaki 60an.
-Anwar mempunyai isteri dan anak2 yang sudah besar, adakah sanggup dia lakukan perkara  itu.
-DS Anwar telah menjalani hukuman penjara selama 5 tahun, setelah mahkamah mengugurkan tuduhan pertama dahulu dan adakah Anwar begitu bodoh untuk disabitkan kesalahan buat kali kedua.
-DS Anwar merupakan bakal perdana menteri, adakah logik untuk beliau menganiaya dirinya sendiri.

dan banyak lagi perkara2 pelik dan tidak logik...Namun, kita perlu berserah kepada Allah dan berharap Anwar bersabar dengan dugaan yang amat mencabar ini.Seperti kata TG Nik Aziz...kebenaran akan mengalahkan kezaliman akhirnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan