~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Isnin, 16 Mei 2011

Isu Kristian agama rasmi-umno berani mati!

      Teringat ucapan DS Najib semasa perhimpunan agung umno yang lepas bahawa Umno akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya.Tak kira apa yang berlaku, biarlah rakyat bergaduh sesama sendiri, biarlah anak-anak muda remaja dihidang dengan filem porno, biarlah sistem kehakiman hancur, biarlah PDRM,SPR dan SPRM hilang intergriti dan media-media arus perdana dipercacaikan,namun demi mempertahankan kuasa,kedudukan dan kemewahan pemimpin2 umno,maka umno akan lakukan apa sahaja yang termampu.Oleh yang demikian,demi mengotakan janji dan amanat pemimpin tertinggi mereka itu, pelbagai perkara yang kadang kala tidak boleh diterima oleh logik akal dilakukan oleh pemimpin-pemimpin umno demi mempertahankan kezaliman dan kebiadaban yang dilakukan selama ini.

    Semasa sesi ceramah perdana selepas meraikan kemenangan PR-Pas ketika PRK Kuala Terengganu, DS Anwar Ibrahim pernah berpesan, selepas ini, Umno akan lakukan kejahatan yang lebih dashat dan zalim sezalim-zalimnya untuk mempertahankan kuasa yang kini bagaikan telur dihujung tanduk.Nah!apa yang dikatakan oleh bakal Perdana Menteri itu kini sudah dilihat kebenarannya.Dulu pernah saya terpikir, selepas dua kali DS Anwar dituduh dengan tuduhan liwat, adakah suatu hari nanti beliau akan dituduh berzina pula?.Akhirnya perkara itu berlaku walaupun ianya sesuatu yang sangat tidak logik untuk diterima oleh akal yang waras.

      Antara isu yang terbaru ialah isu tuduhan DAP ingin menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.Adakah perkara ini logik?Untuk meminda pelembagaan memerlukan majoriti 2/3 Dewan...dan sekarang majoriti ahli dewan adalah beragama Islam..jadi kenapa perlu bimbang??Adapun jika berjaya pelembagaan dipinda diperingkat Parlimen, persetujuan mesti diperoleh daripada Majlis Raja2 dan seterusnya Yang Dipertuan Agong. Jadi kalau difikirkan mengikut logik akal perkara ini adalah mustahil.Jadi isu ini sebenarnya digunakan oleh Umno untuk menimbulkan kekecohan dalam negara.Umno yang hampir kehilangan kuasa cuba mencari isu2 perkauman untuk menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama di Malaysia.

     Setelah menyedari bahawa majoriti pengundi cina dan melayu kawasan bandar telah menolak Umno secara total, Umno kita terpaksa mencari sokongan orang melayu luar bandar untuk memperolehi sokongan solid daripada pengundi luar bandar bagi mengekalkan kuasa.Oleh yang demikian, media kuno iaitu Utusan digunakan sepenuhnya untuk mempengaruhi pengundi luar bandar yang rata-rata agak ketinggalan daripada mendapatkan maklumat yang betul.Mereka cuba mewujudkan ketidakyakinan pengundi melayu terhadap PR dengan tuduhan 'DAP pengkianat Melayu' 'Pas tunduk kepada DAP' DAP ganti PAS' dan sebagainya.

   Namun, pengundi perlu sedar bahawa PR telah mengubal satu perjanjian yang telah ditandatangani oleh ketiga2 pemimpin PR  iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.Perjanjian yang mengandungi janji PR untuk mempertahankan pelembagaan dengan memperakui bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia, Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan hak-hak istimewa bumiputera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan