~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Khamis, 12 September 2013

Macai dan goreng pisang




SEORANG macai yang baru selesai menghadiri mesyuarat JKKK singgah di sebuah warung goreng pisang.

Macai: Makcik bungkuskan goreng pisang RM3

Makcik goreng pisang tu pun bungkuslah 6 ketul goreng pisang.

Macai: Apa ni makcik? Minggu lepas saya beli goreng pisang kat sini RM3 dapat 12 ketul, kenapa hari ni dapat 6 je?

Makcik: Minggu lepas, minggu lepas punya ceritalah.

Macai: Takkanlah minyak naik RM0.20 Harga goreng pisang naik sampai dua kali ganda? Makcik masak pakai minyak petrol ke?

Makcik: Eh, mana ada naik harga, minggu lepas makcik bagi subsidi lebih, minggu ni makcik kurangkan subsidi, harga kekal sama.

* cerita rekaan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/09/kisah-macai-dan-goreng-pisang.html#ixzz2ehtRfFqU

Rabu, 4 September 2013

Antara Macai dan Minyak..



"20 sen je pun, kenapa nak bising-bising. Lau sebelum ni isi minyak RM10,
 ari nim baru isi RM10.20,"Macai 1.

"Negara Thailand ngan Singapore lagi mahal minyak, bersyukurlah," Macai 2.

"Kerajaan dah bagi subsidi banyak da, tak kan semua nak free," Macai 3.

"Kenapa kerajaan Selangor, P.Pinang dan Kelantan tak turunkan harga minyak kat negeri mereka, lau marah sangat, aku cabar depa turunkan harga minyak kat negeri pakatan rakyat," macai 4.

"Sape suruh beli kereta besar-besar, pakai kancil jer lah, jimat minyak,"Macai 5.

"Orang miskin tidak akan terkena kesan kenaikan harga minyak kerana kereta hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya," Bos Macai.

"Kalau tak suke keluar Malaysia la," Macai tak lulus PMR.

Inilah antara jawapan-jawapan yang sinonim diberikan oleh macai-macai semalaysia untuk cuba mempertahankan keputusan kerajaan Beend menaikkan harga minyak.

 Kebanyakan mereka yang ketandusan idea dan panik dengan keputusan bodoh kerajaan pimpinan Najib cuba menggunakan hujah-hujah tahap darjah satu untuk cuba menegakkan benang yang basah.

Sebenarnya, hujah-hujah sebegini begitu mudah untuk dipatahkan satu persatu.

1. Harga naik cuma 20 sen.
- 20 sen, memang nampak kecik, tapi 20 sen untuk 1 Liter adalah amat besar kesannya terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Nilai 20 sen ini juga sebenarnya akan mencetuskan kesan domino iaitu peningkatan kadar inflasi yang mendadak. Inflasi terjadi apabila harga barang akan naik disebabkan oleh peningkatan kos pengeluaran akibat daripada bertambahnya kos pengangkutan.
Malah rakyat-rakyat marhaen ini pasti terasa dengan kenaikan harga tambang bas, teksi, dan harga makanan di kedai-kedai makan yang pasti akan menyusul selepas ini.

p/s:Breakfast roti canai ngan teh tarik RM10 la lepas nim..

2.Minyak dinegara lain lebih murah.
-Percubaan macai membandingkan harga minyak di negara-negara pengimport minyak adalah tindakan yang sangat dangkal. Negara kita adalah pengeluar minyak dan pengesport minyak antara yang terbesar didunia setaraf dengan arab saudi, Qatar dan negara-negara arab yang lain, tapi malangnya harga minyak dinegara kita terlalu mahal dibandingkan dengan harga minyak dinegara mereka.

p/s: Kenapa cai tak bandingkan harga kereta toyota di Jepun dan malaysia...hehe

3. Kerajaan dah bagi subsidi.
-Minyak adalah punca tercetusnya domino effect seperti yang telah diterangkan dalam hujah pertama. Tindakan kerajaan untuk cuba mengurangkan subsidi minyak adalah tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab dan membebankan rakyat. Jika mereka mahu mengukuhkan ekonomi negara, langkah yang paling awal  perlu diambil ialah memotong perbelanjaan kerajaan terutama yang melibatkan pegawai tinggi dan menteri dan yang paling penting mengurangkan ketirisan wang negara yang berjumlah beratus bilion setiap tahun, bukannya memotong subsidi minyak.

p/s: Mereka buat hutang banyak-banyak, pahtu suruh rakyat tolong bayor..caiiii

4.Kerajaan negeri Pakatan Rakyat tak turunkan harga minyak dinegeri mereka.
-Kawalan harga minyak adalah dibawah kerajaan pusat. Jika negeri mempunyai kuasa pun, tindakan untuk mengurangkan harga minyak dinegeri Pakatan Rakyat adalah sangat tidak logik dan akan memberikan masalah lain. Bayangkan, jika harga minyak di Selangor murah RM1.00 berbanding Kuala Lumpur, apa akan terjadi di stesen-stesen minyak di Selangor?? Pastinya, deretan kereta kan memenuhi Petrol Station seperti yang terjadi pada malam kenaikkan minyak baru-baru ini.

p/s: Tunggu pakatan rakyat perintah Malaysia, macai tolonglah serik undi Beend..

5. Kenapa beli kereta besar.
- Hujah ini sangat bernas dan tepat jikalau anda berada di Singapore, Jepun atau dinegara-negara eropah yang lain. Tapi jika anda berada di Malaysia, hujah sebegini terlalu dangkal dan cetek. Kenapa? Kerana sistem pengangkutan awam di Malaysia ketinggalan hampir 20 tahun berbanding dengan sistem pengangkutan awam dinegara-negara yang dinyatakan diatas. Bayangkan betapa susahnya mereka yang tinggal di Puchong untuk kepejabatnya di Kuala Lumpur jika tidak memiliki kereta dan betapa tidak logiknya mereka yang tinggal di Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung bersama keluarga menggunakan kereta kancil ataupun Bas.

p/s: Bayangkan kak mah naik kereta kancil..rase2 bergerak tak..ohhhh

6.Orang miskin tidak terjejas.
- Saya rasa hujah-hujah diatas sudah cukup untuk menjawab kepada hujah salah seorang menteri kerajaan Umno BN.

p/s: Cerdik menteri kerajaan pasola ngan menteri kerajaan pasir dua butir sikit..

7. Keluar Malaysia jika tidak suka Kerajaan.
- Saya yakin pembaca dapat mematahkan hujah ini dengan mudah..hehe..

p/s: da nama pown macai...hurmm

Rabu, 28 Ogos 2013

Isu Mesir, Kemenangan Buat Dajjal

       Al-Quran memaparkan bahawa di Mesir tercipta sejarah kemunculan Fir’aun, raja yang memerintah kerajaan paling zalim dan penipu dalam sejarah dunia. Al Quran adalah kitab suci petunjuk sepanjang zaman, bukan sahaja hukumnya, termasuk juga ceritanya. Peristiwa terkini menjadi kenyataan yang berulang bahawa Al-Quran adalah kalam Allah yang membawa petunjuk sepanjang zaman bukannya buku cerita.


         


                     Berlaku terkini selepas Arab Spring, satu pendedahan bahawa peristiwa pertengahan abad dua puluh yang baru berlalu oleh buku berjudul: Inside The Muslim Brotherhood, karya bersama Dr Yusuf Nada dan Douglas Thompson, memaparkan kisah benar berlaku di tahun lima puluhan (26 Okt. 1954), apabila regim tentera di bawah pimpinan Presiden Gamal Abdul Nasir ingin mengatasi pengaruh Gerakan Ikhwan Muslimin yang menguasai rakyat kerana dakwah, tarbiyah dan aktiviti politik dan kemasyarakatan dalam tajuk Islam yang sempurna yang sangat adil terhadap semua.  Walaupun adanya kerjasama yang baik dan aman oleh pihak Ikhwan dalam kerajaan bagi membuat perubahan selepas tentera mengambil alih kerajaan Mesir dan sehingga Ikhwan Muslimin bersama membebaskan Mesir daripada tentera British dan pembebasan Terusan Suez. Maka kerana takut dan dengki terhadap pengaruh Ikhwan di kalangan terbesar rakyat, maka satu drama bohong dilakonkan bagi mencipta tuduhan dan fitnah menyingkir Kumpulan Islam ini daripada bersama memimpin rakyat.


          Setelah pemimpin pengasasnya Hasan Al-Banna syahid ditembak mati oleh polis kerana terlibat melemahkan tentera Israel dalam perang 1948, langkah yang paling tidak disenangi oleh kuasa Barat dan Timur. Satu langkah diambil bagi menyingkirkan Hasan Al Banna dengan pembunuhan yang kejam itu, kerana jasanya yang baik, bukannya kerana dosa dan kesalahannya.


        Drama penipuan dilakonkan pula selepasnya, apabila Presiden Gamal Abdul Nasir yang berucap di pentas sambutan ulang tahun pengunduran tentera British diadakan di Medan Mansyiah bandar Iskandariyyah. Presiden Nasir dipakaikan terlebih dahulu dengan baju kalis peluru. Ketika sedang berucap, seorang ditugaskan untuk menembak ke arah yang tidak mengenai apa-apa sasaran. Apabila beberapa tembakan dilakukan menyebabkan  khalayak yang berhimpun dalam keadaan huru hara. Presiden yang  ditabalkan menjadi hero tampil semula ke hadapan mikrofon sambil mengangkat tangan menegaskan: “Sekiranya Gamal Abdul Nasir mati ditembak, maka seluruh rakyat Mesir adalah Gamal Abdul Nasir”. Tukang-tukang sorak yang dipasang di setiap penjuru berjaya membakar emosi rakyat yang hadir dengan kenderaan percuma dan media upahan mendukungnya di seluruh negara.


         Selepasnya Ikhwan Muslimin dituduh terlibat dengan usaha membunuh Presiden hero yang gagah berani. Akhirnya ramai pemimpin dan pengikut yang ditangkap, dibicarakan di mahkamah lakonan dan ramai tokoh yang dihukum mati atau lama dipenjara sehingga dimakan usia setelah dibebaskan, walau pun mereka adalah kawan  bersama pada mulanya namun diperlakukan apa sahaja kerana gila kuasa.


          Penipuan besar yang sangat zalim ini didedahkan kepada umum oleh beberapa tokoh kerajaan Mesir setelah tua dan insaf sebelum meninggal dunia, di antaranya ialah Hasan Al Tihami mantan Ketua Perisikan di masa pemerintahan Presiden Gamal Abdul Nasir, juga penghubung  dengan CIA, merangkap mantan Timbalan Perdana Menteri di zaman Presiden Anwar Sadat dan mantan Setiausaha Agung OIC.

          Setiap yang membaca sejarah Mesir moden menyaksikan Fir’aun yang dipilih melalui pilihanraya juga, tetapi mesti menang 99% pengundi. Sehinggalah lakonan menipu didedahkan dengan berlakunya Arab Spring, apabila ledakan kebangkitan rakyat yang tidak boleh disekat, memaksa mantan Presiden Husni Mubarak daripada kalangan tentera diundurkan oleh gelombang kebangkitan rakyat yang tidak mampu dihalang.

            Akhirnya Mesir memilih demokrasi hak rakyat menjadi hakim yang adil, secara piliharaya yang adil  juga, bebas dan telus, diperhatikan oleh pemantau dalam negeri dan luar negeri. Apabila pilihan raya diadakan, tiba-tiba kumpulan-kumpulan  Islam mencapai kemenangan, mendapat kerusi terbesar dalam Majlis Perwakilan Rakyat dan Majlis Syura. Selepasnya semua kumpulan Islam dan kumpulan sekular sederhana bersama NGO mendukung calon Muhammad Mursi daripada Ikhwan Muslimin, sehingga berjaya ditabalkan menjadi Presiden pertama yang dipilih rakyat secara pilihanraya yang dipantau sepenuhnya.

               Presiden Muhammad Mursi menunjukkan sikap yang paling terbuka dan tidak menyalahgunakan kuasanya untuk membalas dendam dan jauh sekali salah laku, sehingga disaksikan oleh seluruh rakyat. Langkahnya menubuhkan kerarajaan campuran teknokrat, melibatkan ahli politik, pentadbir dan akademik, dari kalangan mereka yang bersih daripada salah laku kerajaan dahulu dan terdahulu. Tindakan mengatasi masalah tidak mudah, kerana masih dibebani saki baki kerajaan dahulu dan pentadbirannya daripada atas sehingga ke akar umbi. Masalah yang mencengkam rakyat dan kehidupannya sejak beraja dan republik,  beberapa dekad tidak mungkin diselesaikan oleh manusia paling bijak dalam masa sehari dua atau setahun.          

            Terkini berlakulah peristiwa yang menjadi perhatian seluruh dunia, drama Firaun moden menyihir rakyat yang bodoh diulang lakonan dengan pelakon dan skrip yang berubah mengikut kehendak zaman dan penipunya. Presiden Muhammad Mursi dipecat oleh tentera dan parti-parti politik yang kalah pilihanraya, diangkat memerintah negara dengan kekerasan tentera.  Sebelumnya mahkamah yang masih dianggotai oleh tangan-tangan regim dahulu, membatalkan keahlian Majlis perwakilan Rakyat (Parlimen) sehingga keahliannya tidak mencukupi. Ahli-ahli politik parti-parti yang kalah pilihanraya yang gagal menggunakan politik wang walau pun dengan bantuan jentera kerajaan yang disalahgunakan gagal mencapai kemenangan dengan segala tipu dayanya.

              Terdedah kepada umum betapa para pemimpin yang kalah pilihanraya menggunakan duit dengan bantuan negara serantau, menjadi khadam kepada negara yang masih bermusuh terhadap Islam, dengan semangat Islamofobia yang masih menghantui mereka, mengharamkan kumpulan Islam memimpin kerajaan walau pun melalui proses demokrasi.

              Drama dilakonkan dengan mengumpan dan mengupah supaya dilakonkan demonstrasi yang diizinkan oleh kerajaan pimpinan Dr Muhammad Mursi, dengan alasan beberapa masalah yang tidak mungkin selesai dengan cepat. Rakyat miskin yang bodoh digunakan dengan wang, khususnya penghuni kawasan setinggan, perkuburan dan kaki lima sejak zaman dahulu kerana kerajaan dahulu sengaja tidak menyelesaikannya, supaya mudah dibeli undi dan menjadi pengundi hantu. Disertakan dengan protes tanda tangan berpuluh juta rakyat yang sangat diragukan kesahihannya kerana buta huruf dan buta akal.

              Seterusnya digunakan saki baki angkatan tentera yang berpangkat  tinggi, melakukan rampasan kuasa bertopengkan demokrasi haram bagi membunuh demokrasi yang sah melalui pungutan suara yang adil, semata-mata bagi menyingkirkan kumpulan berkuasa, tanpa mengira bencana buruk mungkin berlaku selepasnya sehingga perang saudara yang berlarutan bagi peluang keemasan kepada peniaga-peniaga senjata mendapat duit Arab jahiliyyah bersama Firaun baru di Mesir.

     Keadaan buruk yang tidak harus diundang boleh berlaku, apabila pada asalnya kumpulan Islam radikal yang tidak feqah politik telah berjaya dipujuk oleh para ulama yang bijaksana di Mesir ikut menyertai amalan Demokrasi akan berkata bahawa Demokrasi tidak berguna lagi.  Rakyat yang cintakan keamanan dan hak yang adil juga merasakan pintunya ditutup, maka beranggapan hanya kekerasan sahaja yang boleh memecahkannya. Kesannya, keseluruhan rantau dan negara barat menyokong drama yang zalim itu. Kebimbangan ini teryata apabila banyak kalangan negara barat dan pertubuhan hak asasi manusia mengutuk perkara yang berlaku, serta mendesak supaya Presiden Muhammad Mursi dibebaskan dan pilihanraya yang adil boleh diadakan semula dalam masa yang terdekat sekiranya tidak berpuashati terhadapnya.     

            PAS bersama dengan parti-parti Islam dan NGO Islam yang lahir bersama gerakan Islah dan tajidid menyokong protes aman mengikut amalan Demokrasi yang adil dan diikuti dengan pilihanraya bebas adalah terbaik bagi umat Islam menyelsaikan masalah mereka, kerana cara yang lain hanya mengundang mudarat yang lebih besar dan kesempatan kepada musuh negara dan umat.

PRESIDEN PAS
28 Julai 2013

Selasa, 12 Februari 2013

Mutiara Kata Ustaz Azhar Idrus

Assalamuallaikum wbt,

ALHAMDULILLAH,SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM.

Bersyukur kerana kita masih diizinkan untuk terus menghirup udara segar kurniaan YANG MAHA ESA dalam usaha mengumpul sebanyak mungkin pahala menuju akhirat yang kekal abadi.Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan-NYA.

Insya-ALLAH,kali ini saya akan memaparkan sedikit sebanyak mengenai kata-kata hikmah dan peringatan daripada Ustaz Azhar Idrus atau UAI.

1.Mengenai Percintaan/Perkahwinan

  • Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  • Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. 
  • Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
  • Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. 
  • Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
  • HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya. 
  • Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya. 
  • Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja. RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll) HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.
  • Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh.
  • Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia) 
  • Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok. Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
  • Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayang dia sekali. 
  • Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.
    Cara melamar si dia :)
  • Hukum bercouple/berpasang-pasangan sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi tetapi meniru gaya barat. 
  • Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok,
  • Dop payoh/sukar nikoh ni, bende yang mudoh.
  • Perempuan yg cantik akan membuka "mata lelaki" Tapi perempuan yg baik akan membuka "hati lelaki".
  • Bercouple dengan Bercinta adalah berbeza.
  • ‎"Assalamualaikum. Hai cik adik leh kenal? Tak jawab dosa tau!"Makruh jawab salam ini sebab boleh membawa kepada fitnah.
  • Semua lelaki adalah sama kacak, namun yang paling kacak di antara mereka ialah yang paling baik iman dan akhlaknya.
  • Sunat buang air kecil dalam keadaan duduk. Oleh itu siapa yang kencing berdiri, perbuatannya makruh tapi tak berdosa.
  • Carilah harta sebanyak mana pun tapi jangan jual agama. Sampai masa solat kita solat, jangan kejar dunia semata-mata.
  • Syaitan tidak pernah berputus asa untuk menarik kita ke neraka.
2.Umum

  • Jangan hanya melihat KEBURUKAN ORANG, kerana SEBURUK-BURUKNYA dia, ada 1001 KEBAIKAN yang kamu tidak pernah lihat :) 
  • Masih bernyawa adalah nikmat yang luar biasa. Sayangnya, jarang-jarang manusia mensyukurinya.
  • Bila terasa diri itu terlebih baik dalam segala hal maka sebenarnya dia berada di atas jalan syaitan.
  • Jangan terlalu sombong kecuali jenazah kita boleh bergolek masuk sendiri ke dalam lubang kubur.
  • Melayu tanpa ISLAM
  • Kita janganlah taksub sangat dengan artis. Haram jadinya kalau kita terlampau taksub dan memuja mereka.

3.Suami isteri/Rumahtangga
  • Satu suap rezeki yang halal masuk ke dalam mulut isteri kita sama macam kita bagi satu sedekah kepada fakir miskin.
  • Kena ingat bila menjadi suami atau isteri, kedua-duanya ada tanggungjawab yang akan ditanya oleh ALLAH pada hari akhirat nanti. 
  • Sayangi isteri mung/kamu walau seburuk mana pun perangai mereka. Mereka anugerah yang tak ternilai bagi insan yang bernama suami. 
  • Isteri bila pergi shopping kalau boleh dengan tauke kedai pun dia nak beli. Sebab tu suami kena selalu pimpin tangan isteri.
  • Bimbinglah isterimu dengan penuh kasih sayang, didiklah mereka menjadi wanita solehah kerana mereka bakal menjadi kekasih syurgamu.
  • Suami yang terbaik adalah suami yang memaafkan segala dosa isterinya setiap hari sebelum tidur.
Sumber : Pertama,Kedua

Sekian daripada saya,

Semua yang lemah datangnya daripada saya sendiri.Semoga ALLAH terus meningkatkan ilmu di dalam dada kita semua.Wallahualam.


Assalamuallaikum WBT.

Selasa, 29 Januari 2013

Antara isu politik dan isu rakyat

       Antara isu rakyat atau mainan politik. Dua persoalan ini yang sering bermain-main di benak kepala rakyat apabila sesuatu isu besar bermain didada2 media sama ada media arus perdana mahupun media sosial.

     Seperti biasa, Umno akan menggunakan taktik 3R(Royal, Race dan Religion) sebgai modal utama mereka. Melalui media massa kawalan mereka, umno dan BN sering memainkan isu-isu perkauman, isu-isu peribadi, isu-isu seks dan isu-isu agama yang sangat membahayakan. Manakala Pakatan Rakyat dilihat lebih mengutamakan isu-isu yang lebih dekat dengan rakyat seperti isu-isu penyelewengan, harga barang, cukai , isu pendidikan dan isu alam sekitar.

Disini disenaraikan Isu-isu yang menjadi perhatian sepanjang penggal selepas Pilihan raya 2008.

Pakatan rakyat
Umno dan barisan nasional
-Isu royalti minyak
-Isu Skandal Scorpene dan Altantuya
-Isu Pilihan Raya Bebas
-Isu PTPTN dan pendidikan percuma
-Isu mahasiswa dan kebebasan akademik
-Isu AES
-Isu penyelewengan Felda dan saham FGVH
-Isu Lynas
-Isu pembaziran isteri PM.
-Isu NFC
-Isu PKFZ
-Isu Tol.
-Isu harga kereta.
-Isu konsert KPOP diPutrajaya.
-Isu kebebasan bersuara dan media.
-Isu kebebasan berhimpun.
-Isu penyelewengan kroni
-Isu rasuah menteri
-Isu Kg baru.
-Isu pemilikan tanah
-Isu pendatang asing

-Isu salah guna kuasa
-Isu dominasi ekonomi oleh kroni2.
-Isu petani dan nelayan
-Isu kalimah Allah
-Kerajaan Perpaduan

-Isu kerjasama Pas dan Dap
-Isu Hudud
-Isu 'Amanat Hadi'
-Isu fitnah liwat Anwar Ibrahim
-Isu anak Lim Guan Eng
-Isu murtad.
-Isu sambutan maulidur rasul
-Isu Shamsidar.
-Isu tangkap khalwat ustaz badrul amin
-Isu Mat Sabu sokong komunis
-Isu Kristian jadi agama malaysia
-Isu air selangor.
-Isu video seks mirip Anwar Ibrahim
-Isu pemecatan Hasan Ali.
-Isu pemecatan Nasharudin
-Isu Air kelantan
- Isu roboh surau diKedah
-Isu derhaka kepada Sultan Johor
-Isu surat layang sultan kedah
-Isu pergolakan dalaman parti lawan.
-Isu penjualan arak di7E
-Isu tajaan Haji TG Nik Aziz

   

     Disini kita dapat menilai bagaimana keikhlasan kedua-dua belah pihak mencari dan memperjuangkan isu-isu yang menjadi perhatian rakyat. Umno seperti biasa akan menggunakan media tali barut mereka  untuk membesar-besarkan isu. Isu-isu ini akan dimainkan setiap hari oleh media-media arus perdana menggunakan prinsip penipuan yang diulang-ulang akhirnya akan dianggap benar.

        Utusan, RTM dan TV3 digunakan sepenuhnya untuk menyerang PR dengan isu2 perkauman dan agama tanpa memberi sedikit pun ruang kepada PR untuk menjawab. Contohnya isu 'amanat Hadi', setelah berhari2 tanpa henti menyerang TG Hadi Awang dengan pelbagai kenyataan dikeluarkan daripada pemimpin Umno dan mufti termasuk Perkasa dan Hasan Ali, tetapi setelah diminta slot untuk menjawab balik tuduhan, mereka diam seribu bahasa.

    Takut kehilangan kuasa menyebabkan Umno menggunakan Falsafah Machiavellian iaitu matlamat menghalalkan apa saja cara termasuk fitnah, ugutan, samseng dan penipuan hanya kerana mahu mengekalkan kuasa.Banyak isu yang dibangkitkan Umno semata-mata untuk menunjukkan mereka jaguh dan matlamat utama mereka untuk memecahkan perpaduan Pas dan DAP. Contohnya dalam isu Hudud dan kalimah Allah, setelah ulama' Pas mengajak supaya mufti-mufti untuk duduk semeja dan bermuzakarah bagi menerangkan, membicangkan dan memberi cadangan kepada kerajaan bagi menyelesaikan isu ini, tapi mereka menolak dan memilih untuk memainkan isu ini bagi menaikkan kemarahan orang melayu dengan kenyataan-kenyataan provokasi daripada ultra melayu seperti Ibrahim ali dan Perkasa.


       Bagi pihak pakatan rakyat pula, dalam setiap ceramah penerangan mahupun di media-media alternatif, Isu-isu perjuangan rakyat sering dititik beratkan. Tiada serangan peribadi mahupun fitnah melainkan serangan keatas mereka terlibat dengan penyelewangan dana negara. Isu-isu yang dibangkitkan sering kali dikepilkan dengan bukti yang kukuh, fakta yang releven dan hujah yang bernas. Isu-isu ini diperjuangkan dengan begitu bersungguh-sungguh dengan bantuan badan-badan bukan kerajaan. Dengan cara yang sangat profesional, isu-isu yang melibatkan penyelewengan wang negara seperti NFC, PKFZ dan FGVH dibawa kemahkamah untuk diadili.



         Kesimpulannya, rakyat wajar menilai dengan hati yang terbuka tanpa dipengaruhi sentimen-sentimen yang negatif. Kemenangan demi kemenangan dimahkamah terhadap saman-saman fitnah membuktikan bahawa isu-isu moral yang dikaitkan terhadap pimpinan PR adalah fitnah yang amat dashat. Oleh itu, marilah kita rakyat Malaysia mengubah Malaysia kearah negara yang lebih dinamik, berdaya saing dan bermaruah tanpa diganggu oleh elemen-elemen negatif yang menjadi penghalang kemajuan negara.