~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Jumaat, 6 Januari 2012

Fitnah Ustaz Azhar: Penipuan yang failed!

Assalamualaikum.Setelah pendedahan tentang siapa yang menjadi dalang kepada fitnah terkutuk terhadap Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Azhar Idrus, kami ingin terus membongkar penipuan dan fitnah yang langsung tidak boleh diterima dek akal. Pengfitnah tersebut boleh disamakan dengan manusia yang bertopengkan syaitan.


Kami di blog Pas Cawangan Pulau Kerengga berasa amat bertanggungjawab untuk mendedahkan penipuan yang amat jahat oleh blog Azmi Awang Kelana Jaya, sekutunya Taiping Mali dan beberapa kuncu-kuncunya. 
Ini kerana Kg Jambu Bongkok tempat yang didakwa kononnya berlaku tangkapan khalwat terhadap Ustaz Azhar  terlalu dekat dengan kampung kami. Hal ini bermakna kami lebih tahu apa-apa sahaja berita yang berlaku berdekatan dengankampung kami berbanding orang luar.


Kami telah bertanya sendiri dengan ramai kawan-kawan di Kg Jambu Bongkok melalui pertemuan dan panggilan telefon. Reaksi mereka sudah dijangka.. mereka amat terkejut, bingung dan mengesahkan bahawa cerita itu adalah suatu pembohongan yang amat nyata. Malah, pengerusi masjid juga mengesahkan bahawa cerita itu adalah fitnah yang mana orang yang melakukan fitnah akan menanggung azab di neraka.AIK??Macam mana orang Taiping dan Orang Kelana Jaya lebih tahu dari penduduk KG sendiri??Mereka mengatakan mendapat sumber utama dari blog 'sanggah tok janggut'.Setelah dicheck dan diselidik..didapati bahawa blogger 'sanggah tok janggut' adalah orang Kuala Lumpur...PELIK...Mereka ade bela hantu raya ker??ker hantu kak Mah balik rumah??JANGAN JADI BODOH...


Malalui blog Taiping Mali laknatullah, telah dikesan terdapat beberapa kesilapan bodoh yang telah dilakukan dalam cerita rekaan  tersebut. Antaranya penulis mengatakan bahawa penduduk kononnya telah melihat Ustaz Azhar Idrus keluar dari tandas perempuan dan selang beberapa minit keluar seorang wanita dari tandas yang sama. Persoalanya, mengapa penduduk TIDAK melakukan tangkapan atau melaporkan kepada pihak berkuasa?Dikatakan dalam blog fitnah tersebut bahawa penduduk berbual dengan Ustaz Azhar dan hanya melihat wanita itu keluar dari tandas tersebut.

Persoalanya,,MENGAPA pengfitnah tersebut tidak mengatakan bahawa Ustaz Azhar ditangkap..Tak lain dan tak bukan..jika mereka mengatakan berlakunya tangkapan.. mereka bimbang kita akan melakukan semakan rekod dipejabat JHEAT . Pastinya mereka akan KANTOI!!!

Selain itu, pengfitnah juga tidak menyatakan tarikh berlakunya kejadian tersebut dan hanya memberitahu masa kejadian. KENAPA??Mereka takut pembohongan mereka akan lebih terserlah apabila tarikh dikemukakan... kerana semua orang tahu bahawa jadual Ustaz Azhar sangat padat kerana memenuhi jemputan berceramah diseluruh pelusuk negara...



Antara kenyataan coverline dalam blog fitnah bagi mengelakkan disaman ialah:


"Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?"



CISSS!!!! Nampok sangat ni cerite lebong, pelawok, nipu, chong, kecek, sembang..bohong,,kecing..FITNAH!!!


Maka, terbuktilah bahawa tuduhan tersebut tidak berasas dan merupakan satu fitnah semata-mata. Fitnah ini dirancang kerana mereka berasa amat terhina dan malu apabila melihat kehadiran lebih 80k umat manusia bersama Ustaz Azhar di Shah Alam berbanding hanya 5k mendengar ceramah shahibul samaah haji Najib Razak dan hajjah Rosmah I-City. Mungkin fitnah ini atas arahan Hajjah Rosmah yang dikenali amat gemar mereka cerita fitnah berunsur seks bagi menjatuhkan seteru mereka. Mereka sentiasa berpegang kepada prinsip 'fitnah yang dilakukan secara berulang-ulang akhirnya akan dilihat sebagai cerita yang benar'. Mereka sudah tiada modal untuk menghalang gelombang kebangkitan rakyat dari segenap pelusuk negara. AMARAN keras kepada pengfitnah DAN UMNO bahawa anak muda akan TETAP bersama-sama Ustaz Azhar dalam meneruskan misi mengeluarkan masyarakat daripada zaman Jahilliah Moden..Cita2 tertinggi kami adalah syahid dijalan Allah..TAKBIR!!!


Ikuti penjelasan oleh sahabat baik Ustaz Azhar tentang fitnah terhadap kehidupan peribadi Ustaz Azhar disini..


Ikuti juga video penjelasan Ustaz Azhar..





13 ulasan:

  1. BIASA LA PUAK2 DORG NI XLEH TNGOK ISLAM BERKEMBANG.. DAH ASALNYA PUN ANAK EMAS BRITISH. CARA DORG NK "BUNUH" KAREKTER KT MALAYSIA NI SENANG JE, CUMA KAITKAN DGN SEKS.

    DAH KLAU HALAL, HARAM DORG X AMIK KISAH..
    AGAMA LAGI LA DORG X AMIK KISAH..
    SIAP HALANG AGAMA ISLAM LG.

    BalasPadam
  2. Amalan fitnah sudah amat tidak terkawal diMalaysia..

    teringat suatu hadis:

    أَخْبَرَنَا يَعْلَى، حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ ، عَنْ شَقِيْق، قَالَ: قَالَ عَبْدُ الله:كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا لَبِسَتْكُمْ فِتْنَةٌ يَهْرَمُ فِيهَا الْكَبِيرُ وَيَرْبُو فِيهَا الصَّغِيرُ ، وَيَتَّخِذُهَا النَّاسُ سُنَّةً ، فَإِذَا غُيِّرَتْ ، قَالُوا : غُيِّرَتْ السُّنَّةُ ” ، قَالُوا : وَمَتَى ذَلِكَ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ ؟ ، قَالَ : ” إِذَا كَثُرَتْ قُرَّاؤُكُمْ ، وَقَلَّتْ فُقَهَاؤُكُمْ ، وَكَثُرَتْ أُمَرَاؤُكُمْ ، وَقَلَّتْ أُمَنَاؤُكُمْ ، وَالْتُمِسَتِ الدُّنْيَا بِعَمَلِ الْآخِرَةِ

    Mafhumnya: Ya’la menceritakan kepada kami, katanya: menceritakan kepada kami al-A’masyh daripada Syaqiq katanya: Berkata Abdullah bin Mas’ud: “Bagaimana keadaan kamu, apabila kamu diselubungi fitnah, semakin lemah orang yang tua, dan semakin membesar anak-anak kecil, dan mereka menjadikan fitnah (amalan bukan agama) itu sebagai sunnah (dianggap sebagai agama yang perlu diikuti). Maka apabila fitnah itu hendak diubah, mereka berkata: Sunnah telah diubah (dibuang). Orang ramai bertanya kepada Ibn Mas’ud: Bilakah berlaku keadaan tersebut wahai Abu Abdul Rahman? Beliau menjawab: Apabila semakin ramai orang yang hanya pandai membaca al-Quran, tetapi sedikit orang yang memahaminya, dan apabila semakin ramai orang yang berebut jawatan pemimpin tetapi semakin sedikit orang yang amanah dalam kepimpinan, dan orang berlumba-lumba mencari habuan dunia dengan amalan akhirat.” (Sunan al-Darimi)

    BalasPadam
  3. na'auzubillah min zaalik..Marilah kita sama2 berdoa kehadrat llahi..Ya Allah...janganlah engkau turunkan bala keatas kaum kami...sesungguhNya Ya Allah...kami amat takut terhadap bala dan Azabmu...YA Allah...selamatkan kami daripada fitnah akhir zaman...Ya Allah...tempatkanlah kami bersama2 ulamamu Ya Allah...peliharakanlah kami...Sesungguhnya,,,Engkau Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengampuni..Ya Allah..selamatkanlah Malaysia daripada pemimpin2 zalim yang Allah..Engkau pesongkan hati musuh2 kami Ya Allah...engkau turunkan BENDERA mereka rapat keBumi...Engkau Turunkan BENDERA Mereka rapat kebumi...Engkau Turunkan BENDERA mereka rapat ke Bumi ya Allah...Sesunggunya segala kekuasaan adalah dalam kehendakMu Ya Allah...AMIN..Ya Rabbal Alamin..

    BalasPadam
  4. Nama pon blogger UMNO....smemangnye parti yg menyuborkan fitnah utk mnarik prhatian dan mengalihkan isu sebenar...mmg UMNO takkan survive tanpa mncipta fitnah...smoga blogger2 yg trlibat menyebarkan fitnah trhdap Ust. Azhar Idrus sedar akan kesalahan mereka dan memohon maaf....seandainya brdegil utk meneruskan fitnah itu....maka tunggulah balasan azab yanag bakal diterima oleh mereka....!!

    BalasPadam
  5. Mat Rempit bertaubat7 Januari 2012 5:43 PG

    Kami orang muda akan tetap mempertahankan Ustaz kami...kami akan tetap di belakang Ustaz Azhar...Umno kene ingat....cita2 tertinggi kami ialah syahid di jalan Allah..

    BalasPadam
  6. "Mungkin fitnah ini atas arahan Hajjah Rosmah yang dikenali amat gemar mereka cerita fitnah berunsur seks bagi menjatuhkan seteru mereka."

    Kita orang Pas ikut adab rasulullah... elakkan dari menghina walaupun seteru. Nyatakan yang fakta sahaja. yang Mungkin-mungkin ni elakkan. ini tidak elok buat pengundi atas pagar.

    Hidup Pas.

    BalasPadam
  7. konspirasi saiful bukhari terhadap anwar ibrahim..

    http://semutmalaysia.blogspot.com/2011/10/saksi-misteri-mari-menjawab-tuduhan.html

    BalasPadam
  8. kalu nak wat lawak pun bior le berpade-pade..akhir zaman..fitnah berleluasa..

    BalasPadam
  9. takbir..hapus semua yg cmarkan malysia

    BalasPadam
  10. nauzubillah himinzalik....Allah akan salu ada tok org yg traniaya...itu jnji Allah...

    BalasPadam
  11. aku benci orang yang buat fitnah!

    Bila kerajaan BN nak tumbang?

    BalasPadam
  12. "Mungkin fitnah ini atas arahan Hajjah Rosmah yang dikenali amat gemar mereka cerita fitnah berunsur seks bagi menjatuhkan seteru mereka."

    andaian ni pun fitnah juga.. xda bukti..

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini