~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Khamis, 2 Februari 2012

Pemergian AJK Muslimat Pas Cawangan Pulau Kerengga

  Ketua Pas Cawangan Pulau Kerengga, Hj Ibrahim bin Long menyifatkan pemergian AJK Muslimat Pas Cawangan Pulau Kerengga, Hajjah Zaharah binti Ismail (Kak Kioh) pada 26 Januari 2012 yang lalu adalah satu kehilangan besar kepada Pas Cawangan Pulau Kerengga khususnya kepada Muslimat Pas Cawangan sendiri.


Hj Ibrahim bin Long berkata, Allahyarhamah telah banyak menaburkan jasa dan berkorban sepanjang penglibatannya dalam perjuangan PAS.


Hajjah Zaharah bt Ismail,53 kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 11.30 malam di rumahnya di Kampung Pulau Kerengga.


Allahyarhamah adalah antara aktivis PAS yang bergiat cergas dan sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan UPU Muslimat Pas Cawangan.


Pas Cawangan Pulau Kerengga mengucapkan takziah kepada keluarga Hajjah Zaharah bt Ismail. Al-Fatihah...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan