~Sahabat Kami~

Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Kerengga

Jumaat, 3 Februari 2012

Cara menang dalam permainan kejam

najib pikul barang

Pagi ini, pagi yang bersejarah, Perdana menteri mengadakan lawatan kerja sehari ke daerah marang. Hari ini, nelayan tak turun kelaut, peniaga menutup kedainya, petani tidak ke kebun, perternak meninggalkan lembu-lembunya, dan ada yang meninggalkan majlis Ilmu di masjid Rusila semata-mata mahu hadir ke majlis bersama PM.

Umpama semut terhidu gula, beberapa buah bas, beratus2 kereta dan motosikal berpusu-pusu hadir menjejaki majlis PM bersama rakyat yang diadakan di padang Astaka Kg Paya Marang. Pelik, adakah penduduk Marang sudah melakukan perubahan besar. Tidak, tidak pernah sebelum ini program yang dibuat oleh BN mendapat sambutan seperti ramainya orang di kuliah Ustaz Azhar Idrus. Apakah rahsia disebalik semua ini??.Ohh,,rupa-rupaya ada majlis pemberian  Baucer Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500, patutlah!

Ingatkah kita bulan Ramdhan ketika dizaman kanak-kanak dahulu? Setelah seharian kita berpuasa, pastinya semua makanan yang ada diberikan kepada kita ingin dimakan dan ditelan tak kra sama ada makanan itu sedap atau tidak. Jika kita pergi ke bazar Ramadhan, pasti ingin dibolot dan dibeli semua makanan didepan kita. Tapi apabila tiba waktu berbuka, sedikit sahaja makanan yang dijamah.

Strategi "puasa' inilah yang digunakan oleh kerajaan Umno sejak dahulu lagi bagi memastikan rakyat terutamanya dikawasan pendalaman terus memberi sokongan kepada mereka. Selepas sahaja pilihan raya 2008 berakhir, kerajaan Umno Bn yang mendapat semula mandat memerintah terus mengumumkan kenaikan harga Petrol. Serentak dengan itu, harga barang naik mendadak diseluruh negara. Kenaikkan tarif elektrik juga dinaikkan secara senyap.

 Rakyat terpaksa menanggung derita. Setiap sen bagi mereka sangat berharga. Kerajaan setiap hari menyeru rakyat mengamalkan langkah berjimat cermat dikala mereka terus bermewah dan boros melancong keseluruh dunia dengan jet peribadi, membaiki rumah, menukar kereta baru, membeli belah digedung-gedung hebat diseluruh dunia, menyeleweng wang rakyat dan pelbagai jenis pengkianatan yang dilakukan.

4 tahun rakyat menanggung derita, berjimat cermat, mengikat perut dan mencatu pebelanjaan harian. Sedang rakyat terkais-kais mencari sesuap nasi, tiba-tiba kerajaan mengumumkan pemberian "oneoff" sebanyak RM500 kepada rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Rakyat terutama dikawasan pendalaman terus lupa, lupa kepada keperitan yang dirasai selama ini. Mereka terus memuji-muji tindakan Perdana Menteri.
Betapa baiknya kepimpinan DS Najib. Apabila PRU belangsung, maka mereka tampa berfikir panjang terus memberi undi-undi mereka kepada Umno Bend menyebabkan kerajaan zalim ini kembali memerintah.

Namun, selepas menang dengan majoriti selesa, rakyat terus dicekik bagaikan anjing yang baru terlepas dari tersepit. Harga-harga barang dinaikkan dan pelbagai jenis cukai diperkenalkan bagi menampung pebelanjaan sebelum dan semasa PRU. Akhirnya, kerajaan Umno beend terus menang dalam permainan kejam dan zalim mereka ini. Rakyat  menjadi mangsa dan terus menanggung derita.Gameover..Goverment The Winner..

Persoalannya, bagaimana rakyat mahu menang dalam permainan kejam  ini. Cara mudah,  rakyat perlu menjadi lebih cerdik, bijak dan jangan mudah ditipu dan tertipu. Contohi pengundi Cina, pengundi bandar dan pengundi di Kelantan yang sangat bijak mengatur strategi permainan. Strateginya sangat mudah, beri undi kepada parti pembangkang. Apabila pembangkang menjadi kerajaan, tuntut mereka laksankan janji mereka.

 Apabila mereka tidak menunaikan janji dan masih melakukan pembaziran, rasuah dan penyelewengan seperti kerajaan sebelumnya, tukar kembali kepada kerajaan yang lebih baik. Strategi inilah yang menyebabkan rakyat memperolehi kemenangan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan telah lama di Kelantan. Di selangor  Rakyat dapat air percuma, duit kepada pelajar cemerlang, orang tua dan pelbagai lagi inisiatif. Begitu juga di P.Pinang dan di Kedah. Di Kelantan, walaupun kerajaan susah, tapi rakyat senang lenang. Harga makanan murah, Skim takaful kifalah, sumbangan kepada warga tua, ladang rakyat dan pelbagai lagi program kebajikan menyebabkan rakyat Kelantan hidup gembira. Tapi, kemenangan di negeri-negeri menyebabkan kemenangan rakyat tidak secara menyeluruh. Oleh itu, rakyat perlu menang di Putrajaya untuk kemenangan mutlak yang akan menjamin kehidupan yang makmur, maju dan sejahtera.

P/S: Hati-hati makan umpan, jangan sampai tersangkut mata kail, buruk padahnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan